Friday, December 23, 2011

Sudu KFC

Salam..
Selamat Malam semua..
Dah makan malam ke belum?
Kay nak tulis pasal sudu KFC..Bukan pasal KFC...heheheeh
Kan Deejah ni masih kecik..jadi bila nak suap makan, kena pakai sudu plastik..dan sudu yang kecik..
Kat rumah Opah banyak sudu KFC (kan kalau kite beli mashed potato akan dapat sudu kecik)..
Berguna juga sudu KFC ni..sebab dapat digunakan untuk menyuapkan Deejah makan...
Satu sudu untuk suap makan, satu sudu untuk suap air masak..


Sekian.

p/s: Kay suke makan KFC..heheheh

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Salam..
Selamat malam.
Kay nak berkongsi resipi Ketam Masak Lomak Cili Api.

Bahan-bahan:
  1. Ketam
  2. Santan
  3. Daun Kunyit
  4. Kunyit hidup (kalau pakai serbuk kunyit pun boleh)
  5. Garam
  6. Serai
  7. Cili Api (ambil bilangan genap sebab petua cakap kalau genap tak podas)
  8. Nenas
Cara-cara:
  1. Kunyit hidup di tumbuk bersama cili padi.Dan serai dititik.
  2. Masukkan santan bersama-sama dan kunyit. Daun kunyit tak perlu dihiris. Masukkan sehelai atau 2 helai.
  3. Masukkan kunyit hidup, cili padi dan serai ke dalam periuk dan kacau tanpa henti. Sebab kalau berhenti, akan pecah minyak. Bila pecah minyak, maka tak cantik la masakan.
  4. Bila dah mendidih, masukkan nenas dan ketam.
  5. Agak-agak ketam dah masak, matikan api.
Sekian.

Selamat Mencuba!!!

Ketam

Salam..
Selamat malam..
Deejah tengah baring baring sambil tengok Galaxy Tab sambil ditemani oleh Mak Su..
Tok Bak kat surau solat Isya'
Opah bersilat kat dapor jap, menyediakan makanan yang Tok Bak pesan untuk makan malam..
Berbalik pada kisah ketam, Kay sebenor nye nak makan ketam sebelum balik Dubai (Seafood kat Dubai amat mahal)
Kay pesan kat Tok Bak, tak sangka Tok Bak balik koje dan bawak ketam 6 ekor.
3 ekor buat masak lomak cili api, 3 ekor buat goreng kunyit..(meleleh air liur den..)
Itu je nak bitau..Pape pun, thank you Tok Bak sebab belikan ketam..
Hihihih..

Sekian..

p/s: Kali terakhir Kay makan ketam ialah masa pregnantkan Deejah dalam 2 bulan lebih..hihihi.

Aksi Mat Yoyo

Salam..
Selamat petang semua..
Kay tengok TV bersama Opah n Mak Su..
Sekarang ni kat JB..jadi kat rumah, dapat tengok citer Singapore..
hahah..Dah lama tak dengar pasal Aksi mat Yoyo ni..
Masa kecik kecik, Kay suke tengok Aksi Mat Yoyo ni..
Ni macam educational program la..
Ade 2 ekor kucing, jantan dan betina..namanya Yaya dan Yoyo..
Sekarang ni ada versi Aksi Mat Yoyo baru..
Akan start 1 Janari 2012..
Tapi Kay tak dapat la tengok sebab dah balik Dubai..sobsobsob..

Sekian..

p/s: Deejah kalu balik Dubai tengok cerita kartun Arab..saluran Baraem.

Jubing

Salam..
Selamat pagi semua..
Pagi ni Opah mandikan Deejah.Memang bila dok ngan Opah, bab-bab mandi ni, Opah yang buat, dari mandi pagi, mandi tengahari dan mandi petang, semua Opah yang buatkan. Kay akan take over lepas mandi..Bab-bab pakai baju Kay yang buat..
Lepas mandi, Opah bagi makan. Nak jadikan cerita, Deejah ni telinga nya ni memang menangkap bunyik. Makan kat dapo, jadi, Opah tengah basuh baju. Bunyik mesin basuh pun Deejah boleh tangkap, Opah pun kate telinga Deejah ni jubing (kalau orang Perak, bunyiknya Jo-Beng)..
Jubing ni maknanya capang. Memang telinga Deejah ni capang. Dah la capang, ade pulak tanda lahir kat telinga..Tapi Mok Nah kate, tanda kat telinga ada Ong.
ape-ape aje la..Semuga Khadeejah Bella membesar dengan sehat dan dilindungi Allah SWT. Aminn..

Sekian..

P/s : Kay suke dengor Opah cakap Perak..hihi

Tuesday, December 20, 2011

Cabaran Menyusukan Anak

Salam..
Tajuk macam mencabar..hihii
Erm, Kay nak berkongsi lah sikit pasai menyusukan anak nih..Memang mencabar..Ape yang mencabarnya?
Mencabar bila nenen dah luka (crack @ sore nipple), ditambah dengan susu yang banyak. Kesian bila tengok anak nak nenen, tapi kite macam taknak bagi sebab nenen sakit. Kalau bagi, kite macam nak nangis atau gigit barang untuk tahan sakit.
Haa..Kay dah rase dah. Alhamdulillah, Kay mengharungi cabaran ni dengan Opah.
Opah yang juga berpengalaman crack nipple masa menyusukan Mak Su. Tapi Opah punya jalan penyelesaian, ialah makan ubat untuk memberhentikan susu, sebab masa tu Mak Su dah 2 tahun dan gigi pun dah penuh..jadi memang boleh la untuk amik pil berhentikan susu.
Macam Kay ni, Khadeejah Bella baru 8 bulan lebih, rasanya rugi sangat kalau buat keputusan untuk berhentikan susu..ditambah lagi Kay surirumah sepenuh masa, dan dinasihatkan oleh Pak Andak untuk menyusukan Khadeejah Bella sampai 2 tahun untuk imuniti badan Deeja..
Kay pun ada bertanya pada Kak Yati (penasihat breastfeed) yang menyatakan crack nipple ni sementara saje. Untuk memulihkan crack nipple ni ialah, jangan bagi anak nenen sampai luka sembuh atau kering. Bila dah kering, baru bagi nenen, kalau anak salah nenen, betulkan cara nenen.Sementara nak tunggu nenen kering, perahkan susu keluar.
Kay ada juga bertanya dengan kawan, Cath yang berkongsi, sepanjang menjaga 2 orang anak, dia tak pernah kene sore nipple. Dia ada beritahu yang ada jual nipple shield 2 breast shield.
Jadi, Kay pun pegi la beli (masa tu kat Sibu) dapat la 1 set nipple shield yang berharga RM7.90
Awal-awal pakai, Deeja boleh la hisap, cuma dia tak biasa. Kay pun rasa kurang sakit.
Kemudian balik JB, Deejah dah mula taknak nipple shield sebab bila dan guna nipple shield, budak rasa tak berapa puas hisap nenen.
Beberapa hari juga suruh Deejah hisap guna nipple shield (Opah panggil topi keledar)..Ada masa Deejah mengaruk, nangis macam orang kena dera pun ade gak.
Tapi Alhamdulillah, sekarang ni dia dah biasa. Nenen Kay pun dah bertambah baik. Selain dari guna topi keledar, Kay sapukan juga air susu pada nenen dan biarkan nenen berangin supaya cepat kering dan sembuh.
Kay ada juga mengadu nasib dengan sepupu Kay (Along). Dia pun sama gak, sekarang ni sore nipple. Tapi masih gagah untuk susukan Haiqal.

Apa-apa pun Kay, bersyukur sebab dapat mengharungi cabaran menyusukan anak ni dengan Opah. Paling tidak, masa sakit nenen, ada orang yang prihatin dan menyokong belakang kite.
Kay hampi-hampir putus asa nak berhentikan susu, tapi berkat sokongan Opah, Along, Cath dan PakAndak, Kay tak meneruskan niat tersebut..hihihi..

Hurm..kalau ikutkan hati, boleh je nak stop susu badan, tapi memandangkan khasiat susu badan ni baik, Kay kuatkan semangat untuk susukan Deejah sampai 2 tahun, InsyaAllah.

Untuk pengetahuan, Kay ada juga bagi Deeja minum susu formula. Lactogen dan NAN. Tapi, Deejah ni tak biasa minum dari botol usu dan tak biasa susu lain selain dari susu badan, makanya, Deejah ada kesukaran sikit untuk menghabiskan susu formula tu. Kay akan bagi susu formula sekali sekala la memandangkan dah beli. Sekarang ni nenen dah semakin pulih. Kay akan bagi Deejah minum nenen. Yeayyyy!!!



Sekian.

Perkhidmatan Pos Laju

Salam,
Tahukah anda, jika kita tiada dirumah dan ada parcel yang ingin disampaikan oleh Pos Laju, mereka akan letakkan notis untuk pengambilan?
Jika kite tak boleh nak pergi sendiri ke lokasi pengambilan, kita boleh telefon Pos Laju dan minta untuk mereka hantar kali kedua (kiranya kita buat temujanji supaya boleh set masa untuk posmen datang hantar semula).
Kay baru tahu jugak..sebab tadi ade abang posmen hantar surat untuk Mak Su..
Kay ambil kesempatan untuk bertanya..
Apa-apa pun, selamat maju jaya untuk Pos Malaysia!!!

Sekian.

Monday, December 19, 2011

Bagaimana menyediakan bubur nasi bagi bayi berusia 8 bulan

Salam..
Kay ada berjumpa dengan nurse di sebuah klinik kerajaan untuk bertanya berkaitan dengan penyusuan sebab nenen Kay masih tidak baik lagi. 
Memandangkan Khadeejah Bella dan berusia 8 bulan, Kay mengambil kesempatan untuk bertanya dengan nurse, bagaimana persediaan makanan untuk bayi 8 bulan.
Nurse memberitahu yang bila anak nak berusia 8 bulan, untuk menyediakan bubur nasi, tak perlu dikisar kemudian di masak.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah masukkan segenggam beras kedalam periuk dan masak sehingga pecah.
Alasan disebalik kenyataan yang dibuat ialah, bila kita kisarkan beras kemudian dimasak, makanya, banyak air yang diperlukan. Bila banyak air, maka bila di suap pada bayi, makanya, kuantiti nasi yang masuk tidak banyak (sebab banyak air).
Bila banyak air, tubuh bayi tidak mendapat kuantiti makanan yang diperlukan untuk membesar. Jika ini berlaku, boleh menyebabkan berat badan menyusut atau tidak berubah.
Kay cuba kaedah yang disarankan oleh nurse. Alhamdulillah Khadeejah Bella tak menolak nasi lembik yang disuapkan. Malahan dia dah mula mengunyah. Kuantiti nasi lembik yang dimakan juga agak banyak dan memuaskan.
Untuk pengetahuan, sebelum ni Kay memberi Khadeejah Bella makan nestum. Nurse kata tak baik bagi makan nestum sebab nestum sangat manis (memang diakui pun, sangat manis).
Bila diberi makan nestum, kata nurse lagi, bila bayi meningkat ke 1 tahun, dia akan mula kurang selera makan, maka akan akibatkan berat badan merosot atau pun tak berubah.
Pesan nurse lagi, sebaiknya berikan anak makan ikan sebab ada DHA. (erm, susah untuk mendapat bekalan ikan di Dubai, sebab harganya mahal, jadi Khadeejah makan ikan puas-puas kat Malaysia lah..Opah masak sedapp...hihihi)

Apa-apapun, Kay bersyukur sebab dapat berjumpa dengan nurse dan berkongsi ilmu yang didapati dengan semua!!

Sekian.

Cas Bayaran untuk Tambah Gas Peti Sejuk

Salam..
Adakah peti sejuk anda sudah terasa kurang sejuk?
Jika kurang sejuk, mungkin menunjukkan gas perlu ditambah.
Tahukah anda berapakah cas bayaran yang dikenakan untuk menambah gas peti sejuk?
Kay dapat tahu, sekarang ni untuk tambah gas, perlu bayar RM120 (ini di Kuala Lumpur).
Kalau di negeri lain, tak pasti pula.

Sekian.

Saturday, December 17, 2011

Apek ooo Apek

Salam..
Kali ni K nak citer pasal Apek..Jangan salah sangka..bukan Apek (Khairul Fahmi) yang penjaga gawang gol Skuad Harimau Malaya..Tetapi Apek penjaga kedai surat khabar..
Ni lah tempat yang Kay suke pegi masa kecik-kecik sebab nak beli jajan
Keropok super ring, rota, hiro, kerook perisa durian dan sebagainya..hihihi
Apek dan Khadeejah Bella..
Amik ambo dengan Apek sikit untuk amik aura berniaga..
Tapu Khadeejah Bella major business ialah import export..
Minor business bulih la bukak kedai jajan...hihihi

Moto ni yang mahal ni..
Topi keledar dari Kay kecik sampai besar ni, tak tukar tukar..selamat lagi ke Apek ooii???

Ni la kedai Apek yang menjual suratkhabar dan jajan atau cikedis
Dulu takde jual aiskrim..skang dah ada dah..

Wednesday, December 14, 2011

Buang Buruk

Salam..

Pernah dengar istilah 'buang buruk'?
Kay pun pertama kali dengar dari mulut Opah..
Opah kata orang dulu dulu guna istilah buang buruk bila anak-anak nak mula pandai jalan..
Sekarang ni Khadeejah Bella dah menunjukkan tanda-tanda untuk berjalan.. Bab memapah dan angkat badan sehingga berdiri, Khadeejah Bella dah lulus dengan cemerlang..Syabbas my dear!!
Opah kata lagi, pokok durian, sebelum gugurkan buah durian yang elok, pokok durian tu akan  buang atau gugurkan buah yang buruk dulu..dari situ lah datang istilah 'buang buruk'.

Sekian terima kasih.

p/s: Kay berminat juga belajar istilah-istilah dari orang lame-lame nih...hihihihi

Demam Nenen

Haa...tajuk di atas memang menakut kan..sila jangan ambil mudah bila demam nenen..
Demam ni ni telah dirasai oleh Kay sendiri..
Apa yang menyebabkan demam ni boleh terjadi ialah, puting susu belah kanan telah luka..(mungkin lelangit Khadeejah Bella dah keras, makanya bila dia hisap nenen, maka melecet dan luka..)
Bila dah melecet, Kay kuranglah bagi susu..Tetapi, Kay akan perah secara manual, sebab kalau pakai pump lagi sakit..
Bila perah, maka tak keluar habis..Demam nenen ni berlaku pada pukul 1 pagi...Kay dah rasa berdenyut-denyut kat nenen belah kanan..Bila pukul 1.30 pagi, Kay dah menggigil-gigil satu badan. Telefon Opah kata demam. Opah pun kata tu Demam Nenen la...
Kay pun  kejutkan Nenek dan Atok..Mak Usu pun terjaga juga..Agak keberatan juga nak kejutkan Nenenk sebab nenek ni susah tidur..takut mengganggu..
Bila dah menggigil satu badan pukul 1 pagi, Nenek jom pi hospital yang terletak depan rumah.akan Khadeejah Bella.
Mak Usu tolong jag
Sampai di hospital, makan panadol 2 biji untuk kurangkan panas sementara menunggu doktor yang bertugas.
20 minit juga menuggu doktor. Nenek balutkan badan Kay dengan selimut dan Atok tolong urutkan tapak kaki yang pucat.
Kay dibekalkan dengan antibiotik di khuatiri nenen ada jangkitan.
Bila balik ke rumah, Kay bersihakan badan dan Nenek buatkan milo dan makan roti sebelum makan antibiotik. Kemudian, Kay tido sementara Nenek juga tido satu bilik untuk menjaga Khadeejah Bella..

Selain dari makan ubat, Kay pedap kan nenen yang bengkak dengan tuala panas untuk melancarkan perjalanan susu dan perahkan..

Tak lama Kay di rumah Nenek, Kay minta izin dari Nenek untuk pulang ke rumah Opah supaya Opah boleh jaga Kay..

Apa-apa pun, terima kasih Nenek, Atok dan Mak Usu.

Panjang umur murah rezeki, kita jumpa lagi.

Sekian.

Selamat Datang ke Blog Baru

Hello..
Selamat datang ke blog baru saya..
Format kali ini ialah, kurang gambar dan banyak tulisan..
Kay akan berkongsi pengalaman dalam penjagaan anak, tempat-tempat yang telah dilawati dan sebagainya..
Jadi silalah jangan bosan membaca tulisan-tulisan saya yang mungkin akan memberi sedikit maklumat...
Terima kasih.

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...