Tuesday, January 31, 2012

Satu Jari

Salam,
Selamat petang.
Khadeejah masih tido lagik..
Kay nak hapdet cecepat..Kang dah bangun, Kay tak bulih nak hapdet belog..muahahah
Selain dari angkat tangan, Khadeejah Bella dah pandai keluarkan satu jari (Jari telunjuk..)
Pastu angkat jari telunjuk tu (dah macam 1Malaysia pon ade gak)
Ade sekali tu, dia masukkan jai telunjuk dia kat dalam lobang idong, pastu masok ke molot..
Cepat cepat Kay halang..
Pak Andak bitau, kotor..
Haa..Khadeejah Bella sekarang ni dah pandai meniru. Kalau Kay angkat tangan buat High 5, Khadeejah pun akan angkat tangan High 5..
Kalau Kay tunjuk satu, dia pun ikut satu..
Kalau Kay tepuk tangan, dia pun ikut tepuk tangan..
Kalau Kay jelir lidah, dia pon ikut jelir lidah..
So sekarang ni, Kay tak bulih nak buat tak tentu, sebab dia akan tiru..

Sekian...

Laici

Salam..
Selamat petang..
Khadeejah Bella masih tidur..
Laici..Semalam masa kami bershopping di Ibn Batuta Mall, dan bershopping di Geant (itu hypermarket, macam carrefour gak la..)
Kay beli Laici, sebab Pak Andak nak makan laici..Kat Alexandria takdok laici..Rambutan pn ade kat Dubai ni..Tapinya, harganya agak mahal..
Laici yang Kay beli ni dari Thailand...
Tak rugi beli sebab manis.
Harga sekilo Laici ni ialah DHS 17.50.
Pagi tadi, Pak Andak makan Laici..Khadeejah Bella nampak Pak Andak makan, jadi Pak Andak pun bagi dia makan..
Haa..terkulat-kulat Khadeejah Bella makan..
Apa-apapun, this is first time Khadeejah Bella makan LAICI dengan Pak Andak pulak tu..Kellas ko Maria!!

eheheh..

Sekian..

Angkat tangan

Salam,
Selamat petang..
Khadeejah Bella tengah tido petang. Jadi, dapat la Kay hapdet belog.
Angkat tangan?? sape yang angkat tangan?
Khadeejah Bella la yang angkat tangan..
Sekarang ni dia dah pandai angkat tangan macam nak bagi High 5..
Bila kita pun angkat tangan, dia pun ikut juga angkat tangan. Bila kita High 5 tangan dia, dia pun happy sambil ketawa dan kemudian tepuk-tepuk tangan.
Kadang-kadang, angkat tangan separuh sampai takat dada..Kay tengok dah macam Nazi pun ade gak..heheheh..
Apa-apa pun, Khadeejah Bella dah semakin pintar..Kay tak ajar dia. Kay cuma tengok apa yang akan Khadeejah Bella buat dari sehari ke sehari..

Anyway, clever girl!!

Sekian.

Global Village Dubai

Salam..
Selamat tengahari..
Sekarang kat Dubai pukul 1201 tengahari..
Pak Andak tengah bersiap nak pi jenjalan..
Kay duduk rumah dengan Khadeejah Bella..Sebeb penat semalam masih belum hilang (semalam kami berjalan ke Ibn Batuta Mall)..
Haa..berbalik pada tajuk entry diatas..pada 27 Jan 2012 yang lepas, kami berjalan ke Global Village.
Ni pertama kali Kay datang ke sini..
Sangat besar sebab disini ada pavilion dari banyak negara. Antaranya Egypt, Malaysia, Lebanon, Iraq, China, India, Pakistan, Europe,Africa, Philippines, Thailand, Palestine.
Bukan setakat pavilion yang menjual produk negara masing-masing, tapi ada juga fun fair atau family amusement park yang ada ferris wheel..
Tapi Kay tak sempat nak berjalan di pavilion India. Adoii..
Tapi Kay sempat masuk pavilion Malaysia (ada jual biskut Julie's), pavilion Lebanon (ade jual accessories buatan tangan orang Lebanon yang sangat cantik, harga pon cantik juga),pavilion Pakistan (ada jual jaket kulit dan kain cotton pakistan), pavilion China (jual barang barang macam handbag, mainan kanak-kanak, baju, seluar legging) dan banyak lagi..Tak menang tangan Kay nak tulis...
Kami takde la borong. Cuma berjalan ambil gambar saje..sobsobsob.tengok orang lain, kiri kanan ada beg..banyak benor diorang borong..

Gambaran luar Global Village. Bayaran masuk AED 10 untuk dewasa. Kanak-kanak percuma. Global Village ni hanya buka sampai 3 March 2012. Selepas tu, Global Village ni akan jadi dead area. Takde apa apa. Kena tunggu tahun hadapan untuk buka semula.

Kami pergi ke information kiosk untuk ambil map.

Tadaa....Global Village Map..Haa..patah kaki juga nak round sampai habis..Kay pun tak sempat tawaf sampai habis. Lebih-lebih lagi bawa Khadeejah Bella dalam stroller di tambah lagi dengan orang yang berpusu-pusu masuk..



Kedai jual kebab.

Ferris Well..Ada orang jual belon gas juga. AED 25 satu biji belon.



Persembahan dari Africa.

Barang barang dari Africa.

Ada fireworks pulak..Macam lagu Katy Perry pulak...

Sebelum pulang, kami beli cekodok orang Arab..Sedap banget..ada gravy yang diperbuat dari buah tamar.
Gambar close-up cekodok Arab..


Sekian..

Resipi Kari Ayam

Salam,
Selamat pagi..
Sekarang kat Dubai baru pukul 1120 pagi.
Kay nak kongsikan resipi kari ayam.
Ni bukan sebarang kari, sebab Pak Andak yang masak. Rupa-rupanya Pak Andak ada bakat terpendam dan juga mewarisi skil memasak dari Tok Bak @ Tok Cen..hehhehe..
Just to share, semalam kami berjalan ke Ibn Batuta Mall..
Walaupon kami balik penat, Pak Andak offer kan diri untuk masak dinner..
Dan memang berbaloi Kay tunggu sebab, memang sodap...heheheh

Bahan-bahan:
  1. Ayam
  2. Serbuk kari
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Halia
  6. Bunga lawang
  7. Bunga cengkih
  8. Kulit Kayu Manis
  9. Buah pelaga
  10. Air
  11. Minyak
  12. Garam 
  13. Santan
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar sehingga kuning.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah dicampurkan dengan serbuk cili sikit (ikut citarasa masing masing, kalau nak lagi pedas, tambah banyak..) (serbuk kari dan serbuk cili ni dibancuh dulu dengan sedikit air)
  5. Biarkan sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan air dan masukkan ayam.
  7. Kemudian masukkan kentang.
  8. Bila dah mendidih, masukkan santan. Bila dah masukkan santan, kena sentiasa kacau supaya santan tak pecah supaya masakan nampak menarik
Selamat mencuba!!

Apa-apapun, thank you Pak Andak for cooking for us last night..Lau Kong pon puas hati makan..Kay pon bersenang-lenang main dengan Khadeejah Bella sambil menuggu makan malam yang disediakan oleh Pak Andak..

Sekian.

Gambar yang diambil khas dari periok..muahaha..

Friday, January 27, 2012

karpet

Salam.
Selamat petang.
Kay tengah tunggu Pak Andak sampai.
Jauh perjalanan Pak andak.Dari Mesir ke Dubai ambil masa 4jam.
Dah la flight delay. .
Haa. .entry kali ni pasal karpet.
Lau Kong baru beli karpet baru sebab karpet lame udah koyak. .(kalau tak koyak,tak la kami beli karpet baru. .)
Sementara nak tunggu Pak Andak sampai dalam pukul 430ptg,Kay ajak Lau Konh jenjalan kat Mall Of Emirates..
Sebelum ajak jenjalan,Kay amik ati Lau Kong la dulu. .sarapan spesel sikit. .NASI lemak dan Ayam Goreng Kunyit. .
Haa. .Bila perot dah kenyang dan Khadeejah pun da sarapan,Kay siapkan pula lunch iaitu Ikan Sherri Sweet Sour.
Bukan ape Kay masak awal. .Bile dah balik shopping,balik umah terus makan.takde la membazir duit makan kat luar.Sekali sekala bulih la makan kat luar. .
Kami gerak ke MOE pukul 1030 pagi.
Pusing pusing masuk kedai keluar kedai dan last skali singgah di Carrefour.
Haa. .Memang nak rezeki kami,Carrefour ade buat promosi karpet.
Karpet yang menjadi pilihan hati berharga DHS 149.Sebelum tu,harga nya DHS 269.
Kay memang puas hati sebab karpet tu lembut,nipis dan cantik. .
Lepas beli sedikit bebarang keperluan,kami pun balik le rumah. .
Sebab nak kene standby kat umah.Pak Andak nak datang. .

sekian. .

Thursday, January 26, 2012

Sepuluh Bulan

Salam..
Selamat tengahari..
Khadeejah Bella tengah main dengan stokin..Kay pakaikan dia stokin, dia tarik stokin tu pulak..Adoyaii..
Takpe, asal dia senang..Kay dah bagi dia makan..
Haa..sementara Khadeejah Bella tengah diam, Kay nak hapdet pasal perkembangan dia sepuluh bulan nih..
Heheh..Alhamdulillah, Khadeejah Bella sehat..Selsema dah baik..
Selera makan bagus..Gigi 2 kat bawah semakin tinggi..
Pastu, dia dah pandai gigit lengan, peha Kay..haa..tak kesah la bahagian mana..asal dia dapat ngap, dia akan ngap..adoyaii..
Berjalan memapah ok..
Cuma belum bangun sendiri..Masih perlukan bantuan seperti meja atau dinding.
Pastu, dia suka baa baa chak..Terutamanya kat langsir..Kekadang tu, dia yang ajak Kay main tu..Dia selak kain langsir dan senyum-senyum kat Kay..muahahah
Pastu, kalau Walid balik, Walid suka acah acah agah dia..ape lagi, ketawa melekek lekek ler..pastu mintak Walid kejar dia..pastu dia lari lari merangkak la..Adulaaa..
Haa..dah pandai tengok citer kartun..bulih senyum senyum..mate tu dok melekat kat TV..
Pastu, dah pandai tepuk tangan dan melaga-lagakan barang di kedua dua tangan...
Perkataan mama, jaja, tata..dah bulih dah..
Dia ni suka pada cahaya..PS3 punya cahaya kat player PS3 pun dia akan pi dekat sane..pastu dia raba raba..dah la PS3 tu pakai sensor..kesian...masa Walid tengah syiokk syiokk main PS3, Khadeejah Bella pi tutup PS3 tu pulok..adoyaii..
Khadeejah Bella berak sehari sekali..paling lama pun 2 hari, pastu dia akan berak..
Kay dan Lau Kong pon ada train Khadeejah Bella berjalan..So far so good..
Masa ajar Khadeejah berjalan, dia ada hati nak lepaskan tangan..bila jatuh, nangis pulok..Bila dia dah penat, dia akan beratkan badan dan duduk..
Bila Kay panggil nama Khadeejah, dia akan toleh pada Kay..
Haa..lagik satu..dia suka jatuh kan barang..adulaaa...
Itu saje yang sempat Kay capture..
Nak layan Khadeejah pulak ni..


Sekian...

Penantian

Salam. .
Selamat pagi. .
Haish. .Khadeejah Bella tengah tido lagi ..
Esok Pak Andak akan sampai dari Alexandria. .
Tak sabo Kay nak ajak dia berjalan. .
Bukan ape,sementara Pak Andak ada di Dubai,bulih la jadik Bibik. .
Kay nak berjalan jalan romantik dengan Lau Kong. .
Hehehe. .
InsyaAllah,tomorrow we'll be going to Global Village or Dubailand.
Heard,it is a tempting place to shop. .
Whatever it is, I just have to make sure that i bring enough money. .

Sekian.

Tuesday, January 24, 2012

tidur

Salam.
Selamat Pagi.
Haa. .Sekarang baru pukul 748 pagi. .
Lau Kong da pi keje.Lau Po buat sarapan roti goreng,hotdog dan Milo.
Masa sibok sibok bersilat kat dapor,Khadeejah bangun pulak.
Lau Kong tolonh tengokkan.
Masa Walid sarapan,Khadeejah Bella pon sarapan,biskut sekeping.
Pastu nenen.
Bila Walid pi keje,Kay check facebook.Khadeejah pun ikut Kay. .
Kay takde la main main dengan dia sebab dia da kenyang makan dan nenen. .
Kay nak tengok dia buat ape.
Memandangkan Kay tak layan dia,dia cium cium Kay. .Pastu dia tido sendiri. .
Yeay. .Good girl.
Kay bukan hape,kalu dia nak nyonyot atau mengempeng (bahasa Jawa .),masak juga nenen Kay. .
Karang kembang dan melecet susah juga. .
Haa. .Sekarang Khadeejah dah tido. .
Kay nak buat keje rumah. .

Sekian. . .

Sunday, January 22, 2012

Times Square Center Dubai

Salam..
Selamat Petang..
Khadeejah Bella dah siap makan..
NI tengah main main sambil meneran berak..Jap lagi Ummi bersihkan..Sekarang nak hapdet belog jap ok..hihihi..
Haa.semalam, kami pi jenjalan ke Times Square Center Dubai..Kali pertama kami pi sane..
Kami naik metro dari Mall of Emirates dan turun di Furst Gulf Bank..Pastu jalan kaki..
Kami ingat dekat, tapi jauh..(hurm..ingatkan walking distance)
Kami gerak dalam pukul 1030 pagi..
Erm..dalam angin sejuk tu, kami meredah juga..hehhe..tapi best gak..
Mula-mula plan nak pi Oasis Centre Mall..tapi silap planning..
Jadi, bila dah sampai dalam pukul 12tengahari..Terus masuk dalam mall dan pusing pusing..
Ape yang menraik dalam mall ni? Erm..tak banyak kedai baju..tapi ada kedai yang jual digital items iaitu Sharaf DG..Pastu ada kedai jual peralatan outdoor, dan peralatan sukan..
Kat tingkat atas ada kedai jual alat kereta. Nama kedai tu Yello Hat, kedai Jepun.
Haa..ada Dino Live. Sesuai untuk bawa kanak-kanak. NI macam Jurasic Park la..ade dinosaur yang gerak-gerak tu..
Selain tu ada kedai jual alat muzik.
Yang best kat sini lagik ialah ada activity wall climbing. Nak buat aktiviti bayar DHS 50 untuk setengah jam. Kita datang pakai baju yang sesuai je..Kasut, tali, topi semua disediakan..best best best...Tapi Kay takde la nak memanjat manjat..lain kali la...hehehhe
Kejap je kami round mall tu..pastu terus lunch..
Lepas siap lunch, hari masih awal..Pastu kami plan ke Oasis Mall..

Sekian..



Lunch kami pada hari semalam..Chicken Don Buri berharga DHS 35 dan Buffalo Wings with Fries berharga DHS 30..

Panda

Salam..
Selamat petang..
Skarang kat Dubai pukul 3
630 petang..
Lau Kong tengah suapkan Khadeejah Bella makan..Jadik, Lau Po bulih la hapdet belog..muahahah..(Thank You Lau Kong..)
Haa..entry kali ni pasai PANDA..bukan NAGA..
Sebab Lau Kong balik bawak souvenir PANDA..bukan NAGA..muahahha..
Apa apa pun thank you Lau Kong for the gift..
Seperti biasa, Lau Kong akan belikan fridge magnet setiap kali travel..
Bukan satu, tapi 2 fridge magnet..satu gamba PANDA berharga 19 yuen dan satu lagi gambo China secara keseluruhannya..
Bukan fridge magnet, tapi one set of Bvlgari perfume, purse bentuk PANDA, dan coklat PANDA..haish..pendek kate, semua PANDA lah..huahuahua..tapi betul gak Lau Kong beli PANDA, sebab kat Malaysia and Dubai mana ada PANDA..
Haa..coklat PANDA tu, Kay nak makan dengan Pak Andak..
Khadeejah Bella takde pape..Nanti dah beso sikit, baru Walid belikan..muahahah..

Sekian..

Wednesday, January 18, 2012

Strawberry

Salam..
Selamat Petang..
Haa..entry kali ni nak cerita pasal buah yang Khadeejah Bella makan untuk Snack Time..
Haa..Selain dari Black Cherry, dia makan stroberi..
Kali ni Kay beli Strawberry dari Egypt..Haish..teringat kat Pak Andak..cepat le datang..
Kay dah tak sabo nak jenjalan..Masa Kay jenjalan, boleh la Pak Andak tengok tengokkan Khadeejah Bella..muahahaha..
Strawberry ni dijual dalam kotak..Ada la dalam 20 biji dan harga nya DHS11..
Erm..ok la..tak masam sangat..

Khadeejah Bella udah bangun..Bye!!!

Sekian...

Naga

Salam
Selamat petang..
Kat Dubai pukul 630 petang..tapi dah gelap dah..hehhehe..
Khadeejah Bella tengah tido..
Kesian dia, takde kawan nak main..Selalu main dengan Walid..Tapi Walid kat Beijing skang nih..
Haa..cakap pasal Beijing..Kay dah pesan kat Lau Kong untuk belikan buah tangan yang berbentuk naga..
Nak tau sebab apa NAGA??Sebab Tahun Baru Cina 2012, ialah tahun NAGA..dan Pak Andak lahir tahun NAGA...
Kay tengok AL Jazeera, haa..ramai orang Cina beratur untuk mendapatkan koleksi stamp berlambang Naga..Bukan saje stamp, patung naga dan sebagainya la..itu yang membuatkan Kay pon nak jugak la ape-ape yang bermotifkan naga..Lebih-lebih lagi Lau Kong kat tempat yang strategik iaitu Beijing..
Tapi sekarang ni Beijing sejuk..Masa Lau Kong sampai, suhu is minus3..Ermm..harap-harap Lau Kong dapat la bershopping shoping sikit untuk Lau Po dan Khadeejah Bella ye..hehehhe...
Tahun depan ialah tahun Ular..Which is my Lau Kong's year..
Haa..cakap pasal Tahun Baru Cina ni, Amma atau Nenek sambut Tahun Baru Cina..hihihi..Dia akan masak best sikit la dari hari biasa..Dan Mak Usu akan balik awal sebab nak makan dengan Atok dan Nenek...
Nanti Khadeejah Bella dah besar, boleh makan besar dengan Amma..
Pape pun, may this Dragon Year bring prosperity to my family and all of us!!!...

Sunday, January 15, 2012

Katil

Salam. .
Selamat tengahari. .
Khadeejah Bella dah makan dan nenen. .Sekarang ni tengah berdiri kat tepi meja sambil mennyanyi. .
Ntah lagu hape. .Perut da kenyang,senang hati la. .
Haa. .Entry kali ni ialah katil. .Tadi masa Kay mengemas,Kay letak dia kat atas katil.Bagi dia main dengan patung patung.
Sekali satu patung ni jatuh. .Kay perhatikan,ape yang dia akan buat. .
Haa. .Dia ada niat nak amik patung jatuh tu. .Tapi bila sampai kat hujung katil,dia stop. .Sebab dia dah tau,kalau dia gerak lagi,dia akan jatuh katil. . .Hehehe. .
Pandai anak Ummi n Walid. .

Itu saja entry kali ni.

Sekian.

Saturday, January 14, 2012

Deira City Centre

Salam..
Selamat Malam..
Hihihi..Kay baru balik dari jenjalan di...DEIRA CITY CENTRE..
Ni first time Kay pi sana..
Khadeejah Bella tengah main dengan Walid.. Sampai rumah je Kay bagi makan nasi dan sup..
Dah abes makan, Kay bagi nenen..
Ni dia macam nak berak..Dia da buat bunyik bunyik da..
Haa..kalu dia dah berak,right timing la untuk lap badan dia dan pakai kan baju tido...

Haa..berbalik pada kesah Deira City Centre..Kay idak le habis round shopping mall tu..
Kami sampai pun dah pukul 230 petang..Sempat la masuk kedai kedai sikit..Debenhams, Zara,MNG, Stadium..Haa..Mark n Spencer, Woolworths dan banyak lagik, den tak sompat den nak masuk.. (takpe, banyak lagik masa...muahahaha)

Kalau nak dibandingkan dengan Ibn Batuta Mall, Kay suka lagi Ibn Batuta Mall sebab design mall tu at least ada cerita la..bahagian Egypt, Tunisia, China, India dan sebagainya..
Macam Deira City Centre ni, macam mall mall lain..Cumanya, dia banyak kedai..haa..sampai julin mate pandang kiri kanan..muahahahh

Akhir sekali, sebelum nak balik, kami masuk ke Carrefour untuk beli baby bites untuk Khadeejah Bella...Heinz 1st Baby Biscuit berharga DHS 12.40. Dah alang alang, kami beli la barang dapor..Ingat nak balik rumah naik teksi, tapi makaihh..bila tengok kat tompat tunggu teksi tuh, ramai pulak orang beratur..Kami pun balik naik Metro dengan barang-barang yang dibeli..

Masa dalam Metro, Alhamdulillah, ada lelaki Filipina ni bagi seat dia kat Kay...
Kay duduk sebelah isterinya. Kay pun berbual la, tanya dia nak pi mana..Dia kata nak pi church..Dalam 5 tahun juga la dia dah bekerja di Dubai ni..Ada 2 orang anak, seorang laki dan seorang perempuan. Tapi tak ada di Dubai, anak-anaknya tinggal di Filipina..
Last sekali, sebelum dia turun, dia kata "Enjoy your stay in Dubai"..Kay kata thank you and nice meeting you!!

Haa...bila dah sampai stesen Mall of Emirates, kami berjalan kaki balik ke rumah..
Ape-ape pun, thank you Lau Kong, for bringing Lau Po out..muahhhh...

Sekian...

Kay n Khadeejah Bella..

Untuk pengetahuan, kat sinilah pelancaran Dubai Shopping Festival dilangsungkan..

Hasil tangkapan untuk minggu ini..muahahahha..

Sempat lagik Kay amik booklet Deira CIty Centre ni..Balik rumah, Kay nak study dulu, then datang lagi sekali n tawaf betul betul..Tapi tak bulih nak kata juga, sebab bila jalan bawa Khadeejah Bella ni, ikut mood dia la..kalau mood dia baik, bulih la Kay berjalan dengan hati yang sonang, tapi kalau mood dia tak baik, merengek saje, makna nya Kay kene balik rumah awal la...

Friday, January 13, 2012

Thank You Devon

Salam.
Selamat malam. .
Khadeejah tengah main dengan Walid.
Jadi dapat la Kay hapdet belog.
Lau Kong balik keje,Lau Po hidangkan lauk daging masak lemak cili api dan telur dadar (nak kene amik hati Lau Kong,sebab esok Lau Po nak pi jenjalan. .Muahahaha.)
Entry kali ni,khas untuk ucapkan terima kasih atas hadiah baju warna pink merah yang Devon bagi. .Heheh. .Sangat cantik. .
Untuk pengetahuan,Devon Ekhart Rao ni,anak kepada Auntie Elmryano dan Uncle Prakash Rao. .Sangat hensem tau Devon nih. .
harap-harap esok Kay dapat pi jenjalan. .Muahaha..

Sekian.

Wednesday, January 11, 2012

memapah

Salam. .
Selamat malam. .
Entry kali ni Kay nak hapdet pasal perkembangan terbaru Khadeejah Bella. .
Haa. .Sekarang ni bila dia berdiri sambil berpegangan pada coffee table,dia dah boleh bergerak dari satu point ke point yang lain. .Tapi tak jauh la. .Dalam jarak yang dekat. .Mungkin baru lagi. .lepas lepas ni mungkin akan bertambah jauh. .sekarang pun,bila Kay pegang dia,dia dah boleh ikut Kay berjalan. Bertatih. .Muahahaha
Syabbas. . .

nangis ngade ngade

Salam. .
Selamat petang. .
Khadeejah Bella masih lena tidur diulit mimpi. .
Masa tenok Khadeejah tido,Kay teringat gelagat dia bila nampak nenen. .
Kay saje je nak usik dia. .Bila dia main best best,tak nampak nenen,elok je dia main. .
Bila Kay tunjuk nenen, haa. .Mula la dia mengelatat. .Terus buat bunyik bunyik dan terus nangis ngade ngade (takde air mate pon. .). .
Sambil merangkak datang kat Kay. . .
Adoyaii anak Ummi. .

Sekian

black cherry

Salam. .
Selamat petang. .
Khadeejah Bella tengah tido petang .
Jadi dapek la Kay berbelog sambil makan buah oren (untuk menyingkirkan lemak lemak degil. .Muahaha )
Entry kali ni pasai buah black cherry. .
Sila ambil perhatian,bukan henpon blackberry dan sebagainya. .Muahahah
sekarang ni Kay pakai henpon Nokia,Lau Kong nak beli Galaxy Note,jadi iPhone4 akan diperturunkan pada Kay. .(thank you Lau Kong). .
haa. .Minggu lepas masa gi shopping groceries kat carerrefour,ada la nampak buah cherry ni. .Sangat cantik dan macam geram. .Jadi suruh la Lau Kong beli sikit. .harga sekilo DHS 69.95,jadi Lau Kong ambil 0.160 gram bersamaan dengan DHS 11.20
Berbaloi beli sebab sedap dan manis. .Muahahah. . .

Sekian.

vakum

Salam,
selamat tengahari. .
Kay nak tulih pasai vakum. .
Haa. .Bila Khadeejah Bella dah pandai masukkan barang dalam mulut,makanya Kay kene pastikan lantaibersih.
Memandangkan rumah ada karpet yang sentiasa berdebu,Kay kenela vakum.
Bukan dua hari sekali. .Tapi tiap tiap hari Kay kene vakum.
Sebab ade je benda benda kecik atas lantai,benang la,tisu la,rambutla dan sebagainya. .
Sekarang ni,tangan Khadeejah pantas ke masukkan kan barang dalam mulut.
Aih. .pape pun,masa Khadeejah Bella merayap atas lantai,Kay akan memantau pergerakannya. .

Sekian. .

Tuesday, January 10, 2012

cupcakes

Salam. .
Selamat petang. .
Sekarang kat Dubai,pukul 320petang.
Khadeejah Bella dah makan dan nenen.
Sekarang tengah main.
Jadi dapat la Kay,hapdet blog. .Muahahaha. .
Entry kali ni pasal cupcakes.
Kay ni tak biasa makan cupcakes. .
Sekali,satu hari tu kat Dubai International Financial Center,Kay terjebak beli cupcakes. .
Bukan hape,kedai cupcakes tu nampak menarik..muahaha. .
Warna pink dan cupcakes nye nampak cantik. .
Harga. .Makaih. .Satu cupcake yang kecik, DHS 5.
Kay beli 6 cupcakes yang kecik.Jadi,total ialah DHS_30.
Memang puas hati makan. Cupcakenye sedap.Kay amik 3 jenis cake yang berbeza perisa.
Ada vanila cake,chocolate cake dan red velvet cake.
Untuk pengetahuan,Kay kali pertama makan red velvet cake with cheese cream. .Memang mantopp. .Muahahah.
Khadeejah Bella pon makan cupcake. .Kellas ko Maria!!. .
Ape yang Kay dapat lihat,ada pelbagai jenis cake,dan cream yang pelbagai.
Macam kat kedai tu,cream warna hijau ialah perisa Lime,yang merah perisa berries,yang putih perisa cheese,dan sebagainya.
Kesimpulannya,makan cupcake sedap. .Tapi tak bulih makan selalu. .Kang seluar tak muat pulak nak pakai. .Muahahah. .

Sekian.

Monday, January 9, 2012

Karaoke

Salam..
Selamat petang..
Kat Dubai pukul 530 petang..
Khadeejah Bella dah siap makan, berak dan nenen..
Kay baru lepaih Skype dengan Opah..
Naseb baik ada Mak Su, senang la nak Skyoe dengan Opah..Kalau Mak Su dah masuk U, sapo la nak nolon bukak laptop dan Skype..
Ok..berbalik pada tajuk entry diatas, KARAOKE..
Sape suke karaoke? Kay ni takde la minat sangat berkaraoke..tapi sejak dua menjak nih, karaoke la terapi minda..muahahahah..dan juga menjadi aktiviti bersama Lau Kong..
Hehehe..sementara tunggu Lau Kong balik rumah, Lau Po karaoke jap...
Khadeejah Bella asyik je tengok tangan Kay pegang Mic dan mulut Kay terkumat -kamit...muahahaha..
Lagu feveret ialah Kaulah Segalanya Untukku by Ruth Sahanaya..
Suare Kay takde la sodap sangat..tapi practice make perfect..muahahaha..
Haaa..lepas nyanyi tadi, Kay score 91 percent..(level super star)..
Tapi Lau Kong musti tak percaya..
Ok, Lau Kong balik, kite karaoke ok??

Sekian..

Sunday, January 8, 2012

Gigit Ibu Jari Kaki

Salam. .
Selamat petang,
skarang kat Dubai pukul 5:50ptg. .
Khadeejah Bella dah makan dan nenen. .
Ni tgh tgu Walid balik sambil merayap atas lantai .
Berbalik pada entry di atas. .Satu lagi pencapaian Khadeejah Bella. .
Dia dah gigit ibu jari kaki. .Tapi bukan masa baring dan gigit. .
Tapi masa duduk. .Dia bongkok kan badan dan gigit ibu jari kakai kiri. .
Adakah itu petanda dia mahukan adik?muahahaha. .
Lagi satu,sekarang ni dia suka letakkan mulut kat permukaan. .Tak kira la meja,kerusi,walker. .Hatta lantai dan carpet. .
Kay kene sentiasa perhatikan Khadeejah nih. .

Sekian. .

Cili Kering

Salam..
Selamat tengahari..
Entry kali ni pasal lada kering..
Kay hengat nak masak ayam goreng berlado..
Masa di Malaysia ada la beli sepeket cili kering kat TESCO..
Kat sini bukan nye takde jual..tapi saje je gatai nk bli kat Malaysia, tanah air ku..muahahaha
Kalau pakai serbuk cili tak sedap..Untuk tidak mengambil risiko masakan tak sodap, makanya Kay tak jadik la masak ayam goreng berlado
Haa..baik punye plan nak masak..sekali carik carik dalam beg (belum susun sepenuhnya sebab tak sempat) tak jumpe pulak cili kering nyer..
Hurmm..kompem tertinggal kat rumah Mak Lon..
Kalau pakai serbuk cili tak sedap..Untuk tidak mengambil risiko masakan tak sodap, makanya Kay tak jadik la masak ayam goreng berlado..Nak kene beli cili kering la pasnih..
Jadi, resepi tengahari ni berubah ke ayam goreng saje...

Sekian..

P/s: Cili kering sangat penting dalam masakan Kay..heheheh

Ibn Batuta Mall Dubai

Salam..
Selamat pagi..
Sekarang ni kat Dubai pukul 720 pagi..
Khadeejah Bella sedang nyenyak tido..
Muahahahah...boleh la hapdet belog....
Semalam, hari Sabtu, kami menghabiskan masa berjalan-jalan di Ibn Batuta Mall..
Ini merupakan kali pertama, Kay, Walid dan Khadeejah Bella ke sana..
Kami naik metro dari station Mall of Emirates dan turun di station Ibn Batuta
Pertamanya, Kay tak de la expact much on this mall..
Sebab Kay ingat same saje...macam mall mall yang lain...
Tetap....bila pegi...muahahahha..rupa-rupanya mall ada terbahagi kepada 6 bahagian..(seperti sejarah perlayaran Ibn Batuta..)
Ada bahagian Egypt, India, China, Tunisia, Persia dan Andalusia...
Memang cantik dan mengagumkan..
Memandangkan sekarang ni ialah Dubai Shopping Festival..muaahahahah..ape lagik..shopping la..
Sebab banyak kedai yang buat sale...
Tapi Kay takde la borong sakan..beli mana yang diperlukan..
Apa-apapun, kami akan datang lagi bershopping disini..sebab tak puas tawaf mall ni..( walaupon kami sampai di Ibn Batuta Mall pukul 1040 pagi dan keluar dari mall pukul 7malam..(hari dah gelap..muahahahha)

Sekian..
Ini bahagian Persia kalau tak silap..dah lupa la..kepala ingat banyak barang yang on SALE...

Ini Andalusia kottt...

Ini kat bahagian mane ntah..Fountain harimau..Aummmm...

kubah yang besar dan cantik...

Replika kapal layar Cina

Kat Ibn Batuta Mall ni ade movie yang terletak di bahagian China. Cantik tak? warna merah...kalau jalan kat sini, Kay rase macam kat China pon ade gaks..

Gajah yang besar..

Hasil tangkapan semalam..first round of Dubai Shopping Festival..Lau Kong belanja kasoot dan baju...thank you Lau Kong..Next week Lau Po nak jalan lagik..muahahaa

Friday, January 6, 2012

Winter Picnic at Al Barsha Park

Salam.
Selamat petang.skarang kat dubai baru pukul 630ptg.Tapi dah gelap.
Entry kali ni pasal piknik.bukan sebarang piknik. .Ni piknik musim sejuk.
Bestjuga sebab kali pertama Kay piknik dalam sejuk. .
Petro Ladies Dubai yang organise this event.
Thank you Elm for adding Kay into this group.
In the future,kalau tak ada aral,boleh la Kay join lagi activity.
Piknik kali ni stail potluck.
Kay buat jempot jempot.selain tu bawak dodol (Tok Bak belikan),asam buah pale kering dan goreng popia otak-otak (Mak Long belikan).
Tak la memasak bagai.sebab tak reti masak untuk kuantiti yang banyak.
Tapi sebelum nak join piknik, ade juga halangan..
Ape halangan nye? Mase Kay bsiap siap nak goreng jemput jemput, sekali gas abes daa..
Tunggu orang datang hanatr gas pulak setengah jam..
Tapi Alhamdulillah..Kay dapat juga buat jempot jempot dan goreng popia otak-otak.
Ape ape pun,nice having this kind of activity in Dubai.
Dapat berkenal kenalan dengan kawan baru.
Kami berjalan kaki saje ke Al Barsha Park..Tak la jauh sangat (dalam 15 minit ade kott). Lagipun sejuk, jadi boleh la kami jalan kaki. Kalau musim panas, boleh rentung juga jalan kaki. heheheheh

Sedikit info pasal Al Barsha Park:
-masuk percuma
-tak boleh buat barbekue
-kanak kanak boleh belajar naik basikal
-sesuai untuk berjogging atau bersenam
-ada taman permainan kanak kanak

Sekian.

Masa kami sampai AL Barsha PArk, Khadeejah Bella tido. Sebelum bergerak, Kay dah bagi makan (roti cicah sup itik) dari rumah.

Kemeriahan Winter Picnic. Banyak makanan yang sedap sedap. Asam pedas, nasi ayam, ayam paprik, fruit salad, KFC, dan sebagainya.

Elm tengah breastfeed Devon. Yang belon belon tu, family Arab buat birthday party.Orang Arab tu offer belon pada Khadeejah Bella, tapi Walid tolak sebab Khadeejah Bella masih kecik la..tak sesuai main belon..Kang meletop, terkejut pulak...

Merayap

Salam. .
Selamat tengahari.
Entry kali ni,pasal merayap.
Ape yang merayap?
Khadeejah Bella yang merayap. .
Walid ada kat rumah,boleh la dia merayap lama sikit.
Kalau kay je sorang kat rumah,tak dapat la sebab akan duduk kan dia kat high chair atau walker.
Haa. .Bila kite bagi dia merayap,makanya dia dapat la explore the world.
Korek sane,capai sini, goyang sane, belek belek sini.
Kelakar juga bile kite tengok ape yang dia buat.
Bila dapat barang atas lantai,dia akan buat bunyik gembira dan terenjut enjut kegumbiraantangan pun tergoyamg goyang.pastu, tinggalkan barang yang dia dah dapat tadik,dan merangkak ke tempat lain.

Ni kay tengah buat sup itik untuk makan tengahari Khadeejah Bella.Walid tengah layan Khadeejah.jadikya bulih la update belog.


sekian.

Thursday, January 5, 2012

Croissant Butter

Salam..
Entry kali ni pasal roti..
Kay ni bukan nye suke sangat makan roti..
Kalau duduk hotel dulu, kalau sarapan, Kay akan makan nasi lemak, bihun etc..tak pernah la nak hambek roti, butter, fruit cake dan sebagainya...
Tapi disebabkan dah dok luar dari Malaysia..terpaksa la juga makan roti..
Kalau kat Malaysia tu, boleh la beli roti gardenia inti ikan bilis, atau jagung, dan sebagainya..
Haa..kat sini..hambek ko..mana nak dapat...
Roti arab le jawab nyer..
Walid ada beli roti croissant..untuk dijadikan bekal ke opis..beli kat Carrefour Mall of Emirates..10 keping = DHS 18.95
Kay pun try la..
Hurmm..kalau dah takde mende nak makan, roti croissant tu pon sedap..
Eh..tapi memang betul..Sodap...


p/s: Nasib baik ada jual cili padi kat sini..kalau makan nasik, Kay akan ulam kan cili padi dan timun..Kellas ko Maria!!!

Sekian...

Wednesday, January 4, 2012

Dubai Shopping Festival 2012

Salam..
Sekarang kat Dubai pukul 740 malam..
Wah.tajuk entry yang membuat Kay tersenyum lebar sampai ke telinga...ahahahhah..
Shopping..shopping..dan shopping...(Walaupun Kay ni bukan kaki shopping..window shopping aje..cuci cuci mate..)
Dubai Shopping Festival dah masuk 17 tahun..
Tahun 2012, Dubai Shopping Festival (DSF) bermula 5 Jan 2012 dan tamat 5 Feb 2012..
Kay tengok siaran Dubai One, semata mata nak tengok pengumuman DSF ni..yang best nye tetamu jemputan yang nak cerite pasal DSF ni namanya juga seperti Khadeejah Bella..
Nama dia Khadija..(Memang orang yang nama Khadeeja ni memang terdorong untuk menjadi entreprenuer kot..)
Tahun lepas, DSF ni membawa 4 juta orang ke Dubai untuk bershopping..
Tahun ni tak tahu la berapa..mungkin akan meningkat..
Yang best nya Walid nak belanja Kay dan Khadeejah Bella..
Hadiah nye ape???
Biarlah rahsia..

Sekian...

Terlebih Sudah

Salam..
Entry kali ni  pasal berat beg dari Malaysia ke Dubai..(Bukan berat badan Kay)
Haritu masa nak balik ke Dubai, Kay cuak juga..takut beg terlebih muatan..
Bukan ape..Kay tak nak la kene bayar..(kedekottt)

Akhirnya, masa yang ditunggu tunggu telah tiba...Beg pun ditimbang...
Alhamdulillah...tak terlebih sudahhh...cer teka berapa berat beg Kay???
39.9 kg..lagi 100g nak sampai 40 kg...(dramatik sungguh..)
Sempat lagi Kay tanya petugas Emirates Airlines..kalau terlebih berapa kene bayar..
Haa..RM100 untuk 1 kg..(mahal tak??)

Kesimpulannya: Jangan bawak lebih muatan kalau taknak kene bayar..


Sekian...

Garment Steamer

Salam..
Selamat tengahari..
Khadeejah Bella tengah tido kejap..
KAy nak cerite pasal Garment steamer..
Hari tu, pegi beli garment steamer..sebab ada baju Walid yang tak boleh digosok menggunakan seterika biasa..sebab kalau gosok pun, masih ada kedutan kedutan halus..
Jadi kami pun pegi la ke Carrefour, Mall of Emirates..
Jumpa la steamer..ada macam macam jenis dan jenama dan macam macam harga..
Kami pilih yang paling murah, DHS 159..
Balik rumah, try la..
Alhamdulillah..baju dapat di steam dan kedutan kedutan halus pun takde..
Baju jenama Velentino Rudy..(baju hantaran kawen dolu...hikhikhik)..Coat Walid pun bulih pakai steamer..
Baju lain pun dapat di steam..tapi bila guna steamer ni kene berhati hati..sebab bil elektrik akan naik..
Jadi, Kay akan gunakan steamer untuk baju baju yang tertentu..baju yang tak perlu, akan di gosok guna seterika biasa..

Kesimpulannya, ada baju yang hanya boleh guna steamer...ada baju yang tak perlu steamer..Jadi, belilah steamer kalau perlu...hehehhe

Sekian..

Supermom

Salam..

Selamat Pagi..sekarang kat DUbai pukul 1030 pagi..
Entry kali ni nak citer pasal Supermom..bukan SUperman ok..
Haa..bilah Khadeejah Bella dah 9 bulan, Kay pun jadi tak tentu arah..
Bukan ape..kalau nak buat keje rumah, tak berapa nak boleh sangat..
Sebab kena perhatikan Khadeejah betul betul..Takut karang terhantuk kat bucu meja, makan tisu, dan sebagainya..
Boleh je nak letak kat kerusi makan atau walker, tapi kejap je,,sebab lepas tu Khadeejah akan jerit jerit..dia suke merayap atas lantai..
Bila khadeejah Bella tido, masa tu la Kay bertukar menjadik Supermom..
  1. Masukkan baju dalam mesin basuh
  2. lipat baju
  3. sidai baju
  4. masak sup untuk makanan Khadeejah Bella
  5. kemas rumah
  6. masak air dan masukkan dalam termos
  7. basuh mainan Khadeejah Bella dengan air panas
  8. basuh botol susu 
  9. dan sebagainya..
Khadeejah Bella dah bangun..tido setengah jam je..adoyaiii

Sekian..

Tuesday, January 3, 2012

bulun

Salam. .
Entry kali ni pasal perkataan negeri Perak.
Tahukah anda ape makna bulun?bulun tu,mengikut kate Opah,bulat atau berisi.Opah guna peekataan ni masa timang Khadeejah Bella lepas mandi.Opah kate Deejah dah bulun. .
Bagus la. .Khadeejah Bella membesar dengan sihat. . .Hihihi

Sekian

Selamat Tahun Baru 2012

Salam..
Walaupun dah 3 hari berlalu, rasanya tak terlambat lagi nak tulis pasal tahun baru..
Hehehe..Tahun baru 20102 ni special sebab celebrate kat obersee..
Alhamdulillah..Rezeki Khadeejah Bella ni...Kay numpang ajer..
Kecik kecik dah gi obersee..Kay, tua tua baru dapat gi obersee...
Pengalaman manis sebab hari terakhir berada kat Malaysia..
Keesokan harinya pulak kat Dubai..Alhamdulillah Dubai cuti pulak pada 1 Jan 2012, jadi dapatlah Walid berehat.
Countdown kat dalam teksi, on the way balik rumah dari airport..Kellas ko Maria!!!
Apa-apa pun, semoga tahun ini membawa lebih rezeki kepada kami.
Azam tahun baru ni?? Biar la rahsia..hehehhe

Aktiviti 1 Jan 2012, ialah pegi beli barang dapor kat Carrefour, Mall of Emirates..Walid tengah pilih ceri..


Sekian.

Pencapaian Khadeejah Bella

Salam..
Selamat Pagi..sekarang ni kat Dubai pukul 930 pagi..
Khadeejah Bella tengah tido lepas sarapan pagi dengan Walid dan nenen..
Jadi Kay sempat la update blog..
Kat dapor tu tengah masak daging masak kicap..hehehe.simple je..tengah tunggu daging empuk..
Khadeejah Bella dah 9 bulan..Alhamdulillah..membesar dengan sihat..
Milestone dia sekarang ni dah banyak..cuma Kay tak sempat nak tulis setiap bulan..
Makanya, Kay update sekali harung la..
Erm..sekarang ni kalau Kay nak pi dapor jap (dia tak nampak muka Kay, mulanya dia merengek..)
Kalau Walid pegang dia lama-lama, dia merengek sebab nak Kay dukung dia..
Berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa lebih kurang 10 saat..
Pandai bangun dan turun kan badan dengan sendiri..
Sekarang dah pandai main sorang sorang..kekadang tu sambil keluar kan bunyik bunyik..
Yang best nye, sekarang ni, bila Walid ada kat rumah, dia akan tegur-tegur Walid (buat bunyik bunyik..nak ajak Walid main dengan dia la tu...hihihihi)
Kalau pi jalan-jalan, Kay dukung, Walid kat belakang ikut Kay, Khadeejah akan ketawa melekek lekek macam la Walid tu nak kejar dia..adoyaiii...
Pastu, kalau nampak Kay dah tido, Khadeejah akan tido sendiri juga (cumanya kene pastikan la dia dah kenyang dan dan cukup nenen..) Kay kene biasakan dia tido sendiri..tak boleh la asyik nak mengempeng je (bahasa Jawa..maknanya nak kepala nenen kat mulut dia a.k.a nyonyot)..kalau asik nak ngempeng, kembang la nenen dan luka la nenen...
Mainan sekarang ni dia suka jatuh jatuh kan..tapi tak baling baling..
Kalau merayap atas lantai, dia nampak benda benda kecik, dia akan pegi kat benda kecik tu dan dia akan kutip..Kay perhatikan dia buat apa..tapi tak selalunya dia masukkan barang dalam mulut..(apa-apapun, Kay akan pastikan dia tak makan apa-apa..cumanya masa haritu dia ada makan tisu..mulut dia terkulat-kulat..nasib baik dapat keluarkan..)
Khadeejah Bella ni suka main dengan tisu dan kertas.Dia akan carik carik kan tisu dan kertas.
Kalau Khadeejah tengok cerita kartun, dia akan buat bunyik suka..
Khadeejah Bella ni, merangkak bukan macam biasa..dia merangkak macam orang tua mengesot..kelakar gak..huhuh
Kalau bangun tidur, dia tak menangis..Tapi bila mata dia dah bukak, Kay takde kat situ, mula lan dia buat bunyik..Bila Kay ada kat situ, relax je dia main maianan atau tengoh TV cerite kartun yang sentiasa terpasang.
Dia dah pandai cangkung, kemudian pegang meja dan angkat badan dan berdiri..
Selera makan Khadeejah Bella ok..Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.Kay bagi makan nasi dan sup yang dicampur dengan lobak merah. (Ayam, daging dan ikan salmon diselang selikan)..Minum petang biskut dan roti yang di cicah dengan air atau air susu nenen. Buah buahan juga ada diberi..Bila Kay suap makan, dan Kay lambat nak suapkan lagi, Khadeejah Bella akan buat bunyik macam geram..Kalau dah kenyang, dia akan paling kan muka kalau di suap lagi..Selalunya, masa Kay suap makan, akan dengar bunyik angin keluar. Kay akan berhenti sampai Khadeejah palingkan muka atau bila Kay rasa agak-agak dah banyak dia makan..
Jari jemari Khadeejah Bella ni suka mengorek ngorek..lubang telinga, mata, lobang idong pun dia nak korek..adoyaii...
Itu saje yang dapat Kay capture.

Sambil main itik kuning, sambil tengok TV..Pandai pulak Khadeejah Bella ni, tak kacau DVD PS3 Walid..Good Girl..


P/s: Pak Andak, sila la komen.

Sekian, terima kasih...

Monday, January 2, 2012

Beg Plastik Sampah

Salam..
Ni nak citer pasal guna beg palstik untuk dijadikan alas bakul sampah..
Memandangkan Khadeejah Bella berak 2 kali sehari, makanya Kay kene la selalu buang sampah..
Jadi untuk memudahkan kerja Kay, makanya, Kay alaskan beg plastik bebrapa helai..
Kiranya, kalau nak buang sampah, buang plastik yang atas..Pastu tak payah ganti masukkan beg plastik lain..(sebab dah tersedia aad..)heheheh...

p/s: Tips ni boleh digunakan bagi sesiapa yang tak sempat nak buat keje 2 3 kali..Ni baru sorang anak, kalau 5 macam mana la agak nye..hehehehe

Sekian.

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...