Saturday, March 31, 2012

Worood The Dubai Mall

Salam..
Selamat petang..
Walid sedang melayan puteri Khadeejah Bella yang baru saje lepas mendapatkan imunisasi MMR dan Chicken Pox..Kay akan kongsikan pengalaman Khadeejah buat imunisasi di Dubai di post yang akan datang..
Haa.Entry kali ni, Kay nak share pasal kedai Fresh Flower yang bernama Worood yang terdapat di Dubai..
First of all, Kay nak cerita macam mana Kay boleh terjebak pergi ke kedai bunga ni..
Ceritanya begini, Kay masuk pertandingan yang di anjurkan oleh The Dubai Mall di laman Twitter sempena Mother's Day..
Pertandingan nya ialah buat ucapan untuk Ibu..
Alhamdulillah..Kay menang walaupun bukan hadiah First Prize..(Hurm.apa yang menyebabkan Kay menang...mungkin sebab masa Kay karang ucapan tu, Kay terkenangkan Ibu Kay  yang berada di Malaysia..sob sob..Miss Opahh so muchooo.. )

Jadi, memandangkan semalam, Lau Kong free semalam, makanya kami pegi le ke Dubai Mall untuk collect adiah..Thank you Lau Kong for entertaining Lau Po..

Yesterday, was my happiest day of my life since I was in Dubai coz i received prizes from one of the very popular mall in the world, which is THE DUBAI MALL..

Serba sedikit maklumat berkenaan Worood...
  1. Worood merupakan perkataan Arab yang bermaksud bunga
  2. Terdapat 4 cawangan di Dubai (The Duball Mall, Mall of The Emirates, Syeikh Zayed Road dan Uptown Mirdiff)
  3. Bunga-bungaan di import dari Holland
Hurm..Kay sangat excited sebab dapat melihat penggubah bunga, menggubah bunga di depan mata Kay dan Kay dapat la belajar serba sedikit..(Mana la tau, in the future Kay nak menjadikan menggubah bunga sebagai hobi...sekarang belum lagi terbuka hati ini...)

Ok..Kay tak nak cerita panjang lebar, enjoy the pics!!


Sekian..
Inilah Worood yang terletak di Lower Ground-120

Penggubah tengah pilih bunga-bungaan yang disimpan dalam peti sejuk yang besarrr..

Penggubah ni ialah Filipino..Sungguh lembut jari-jemari beliau..kalah jari Kay yang keras nihh...Petama ialah beliau lipatkan daun-demaun

Kemudian, susun pula bunga ros..Kay minta di campur merah dan putih..



Atas alsan untuk menjaga hak cipta gubahan bunga, maka tidak dibenarkan ambil gambar sebarangan..alauapa-apau pun Kay sudah cukup happy bila dibenarkan ambil gambar penggubah bunga tersebut yang sedang asyik menggubah jambangan bunga khas untuk Kayyyy!!!!


Bila dah siap gubah bunga, masa untuk pilih kertas untuk membalut..


Taddaa...inilah hasilnya..Terima Kasih Dubai Mall..

Tuesday, March 27, 2012

Resipi Rendang Ayam

Salam..
Selamat petang..Sekarang pukul 3:02 petang..
Khadeejah Bella dah makan tengahari dan sedang bermain-main exploring things around her..Jap lagi Kay akan bagi nenen..
Dalam pukul 1 tengahari tadi, masa Khadeejah bella tido, Kay sempat la bersilat di dapor..
Memandangkan semalam Mak Su dan Opah makan rendang dan membuatkan air liur Kay meleleh, makanya Kay pun masaklah Rendang Ayam untuk makan malam nanti..
Nasib baik kerisik dan rempah Rendang Chap Adabi ada dalam simpanan..Haa..memang jadi la plan nak membuatnyer..
Ok..we go straight to the point..Heheheh..

Bahan-bahan:
  1. Ayam
  2. Rempah Rendang
  3. Bawang Merah, Bawang Putih, Halia,Serai dan Lengkuas (dikisar kesemua bahan-bahan tersebut)
  4. Kerisik
  5. Daun Kunyit dihiris halus
  6. Daun Limau Purut dibuang batang @ urat tengahnya (kalau tak buang, itu yang menyebabkan pahit)
  7. Santan
  8. Minyak
  9. Asam Jawa
  10. Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan rempah rendang. Kacau sehingga pecah minyak. Pastikan bahan-bahan tadi masak sepenuhnya..(Tak mentah la kiranya..)...
  3. Kemudian, masukkan santan, kerisik, dan ayam.
  4. Masukkan asam jawa.
  5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan sehingga kering atau menjadi pekat.
 Sekian..

Inilah hasilnya..Kay tak biarkan sampai pekat sebab Lau Kong suka makan masakan yang berkuah..Hurm, lepas tu..ada kekurangan sikit pada resipi ni..iaitu tiada daun kunyit..Kay belum jumpe lagi di Dubai ni..Tapi, so far, ada la rasa rendang nye..hehheh..

Saturday, March 24, 2012

Happy Birthday In Advance My Dear Princess

Salam..
Sekarang kat Dubai pukul 439 petang..
Hari, bersamaam 24 March 2012 iaitu hari Sabtu..
Hari esok, 25 March 2012, genaplah Khadeejah Bella Bt Khanif berusia 1 tahun..
Tapi, memandangkan esok hari Ahad dan Walid bekerja, jadi kami percepatkan sambutan hari lahir Khadeejah..(ngelat la sikit..tetapi esok ada sesuatu yang akan dilakukan untuk menguji Khadeejah Bella mengikut adat nenek yang berbangsa Cina..hehehhe..itu tak boleh share la..untuk maklumat ahli keluarga sahaja..hihihi)
Lagipun, hari ni kami tak keluar ke mana-mana..(Asyik keluar saje pon tak best juga..Lau Kong nak rehat-rehat juga di hujung minggu..)
Ok..back to the entry..
Kami mulakan proses untuk sambut birthday Khadeejah pada pukul 10 pagi dimana, Lau Kong bersilat di dapor untuk membuat muffin pisang khas untuk Khadeejah Bella..
Dalam pukul 1130 pagi, siap la muffin tersebut..
Sementara Lau Kong bersilat di dapur, Kay layan Khadeejah dan sambil itu Kay buat sedikit hiasan di dinding..
Lepas tu, aktiviti di berhentikan dan kami berehat..Khadeejah pun tido tengahari sebentar..
Dalam pukul 2 petang, Khadeejah bangun dan Kay pakaikan baju gaun yang di belikan oleh Tok Bak..
Lepas tu, Kay pula bersilat di dapur untuk masak Kari Ayam untuk lunch kami berdua..
Gitu gini gitu gini, dalam pukul 330 petang, siap la segala persiapan..Khadeejah dah pakai baju cantik, Lau Kong pon dah segak, Kay pun dah siap, maka kami pun pakaikan Khadeejah cekak rambut yang ada bunya dan bagi dia pegang kayu yang macam fairy pakai..(sila bayang kan ok..)
Lepas tu, nyanyikan lagu birthday dan Kay dan Lau Kong cium pipi Khadeejah..
Kemudian Lau Kong suapkan muffin pisang ke mulut Khadeejah..
Last skali, kami bergambar bertiga dengan menggunakan timer pada kamera..
Lepas siap bergambar, Kay tukarkan baju Khadeejah sebab baju gaun tu macam tak selesa untuk dipakai lama-lama..
Lepas tu Kay dan Lau Kong menikmati lunch bersama-sama..


Itu saja aktiviti sambutan Khadeejah Bella..sangat simple tetapi Kay sangat berpuas hati..
Kepada Lau Kong: Thank you sebab buatkan muffin pisang yang sedapp...
Kepada Khadeejah Bella : Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat..

Daripada Kay: Thank you Allah diatas segala nikmat yang dikurniakan..




Sekian..

Akhirnya

Salam..
Selamat petang..Kat Dubai pukul 413 petang..
Khadeejah Bella tengan main sambil diperhatikan oleh Lau Kong..
Haa...Kay nak kongsilah perassan gumbira bila akhirnya kami *Kay n Lau Kong ) dapat membuat sambal nasi lemak yang macam kat kedai..(hehehe..Kay bukan ape..Kay suke makan makanan kat kedai, jadi bila masak musti nak yang macam kat kedai walaupon ada resipi yang kat kedai tak sedap pun..Tapi Kay memang ketagih dengan sambal nasi lemak yang orang selalu jual kat kedai..huhuhu..)
So, semala merupakan hari Jumaat dan Lau Kong cuti..
Maka, Kay menggunakan peluang yang ada (Lau Kong boleh jaga Khadeejah) sementara Kay masak di dapor..(hurm..memasak memerlukan perasaan yang tenang supaya masakan menjadi..kalau tak, tak jadi ler..huhuuh)
Sebelum buat sambal nasi lemak tu, Kay lakukan banyak research di internet..
Berpandukan petua-petua dan tips-tips, maka, akhirnya Kay dapat buat sambal nasi lemak yang Kay rasa pada tekak Kay seperti di kedai..huhuhuhu..
OK..Kay akan kongsikan resipinya di entry yang akan datang..

Sekian...

Thursday, March 22, 2012

Malam yang BERJAYA

Salam. .
Sekarang ni pukul 1:48 pagi. .
Khadeejah sedang nyenyak tido. .
Kay tak tito lagik. .Hihihi. .
Entry kali ni Kay nak share kegumbiraan bilamana Khadeejah dapat tito tanpa mengempeng (tu bahase Jawa). .
Hurm,memandangkan petang tadi Khadeejah da tido petang jadi malam tadi Kay duduk dengan dia sambil tengok Karton di Youtube. .
Hurm. .sangat seronok sambil baring baring kat badan Kay. .
Sambil tengok karton.sambil nenen. .
Bila dah kenyang nenen,tengok lagi karton.
Kay nampak dia dah ngantuk dan main main nenen. .Tak boleh jadik nih. .
Kalau nenen main main,karang melecet pulak nenen. .
So Kay type la sleep song kat Youtube dan terjumpa dengan satu musik yang sangat soothing.
Sambil Kay pasang lagu tu,Kay baca la komen. .
Ramai yang memberikan komen positive. .
Khadeejah dah baring baring relaks kat sebelah Kay. .
Kay nak try la betul ke bulih buat orang tido. .Sebab ada satu komen tu,dia kata,dia akan pasang lagu tu untuk dia,suami dan 2 orang anaknya. .Kiranya lagu tu memeng ok lah,
Haa. .Kay pun buat buat tido. .Khadeejah pusing kiri kanan carik posisi yang best kot. .
What a surprise!!! Dalam beberapa minit,Khadeejah dah terlelap. .
Selamat nenen Kay. .Kalau tak,melecet la kalau Khadeejah ngempeng. .
Untuk memastikan Khadeejah lena,Kay terus pasangkan lagu tu. .Dan Kay dah buat favourite kat Galaxy Tab. .
Malam esok,Kay nak try lagi!!

Sekian!!

Wednesday, March 21, 2012

Selamat Hari Ibu 2012

Salam..
Skarang pukul 140petang..
Khadeejah tengah tido kejap lepas makan tengahari nasi dan manok panggang..
Manok bermakna ayam dalam bahasa Sarawak..
Walaupon duduk di obersee, Kay kene juga ajar Khadeejah cakap Sarawak..hihihi
Disamping mempelajari Bahasa Arab..huhuhu..
Ok back to the entry..
Haa..Hari ni United Arab Emirates menyambut Hari Ibu..Iaitu setiap 21 March..
Apa yang Kay dapat perhatikan, banyak pertandingan yang dianjurkan oleh shopping mall di Dubai ni sempena Hari Ibu..Kay ada juga try masuk..Tapi tak menang pon..
Kay saje je masuk sebab hadiah yang di tawar kan, bukan calang-calang..Sangat best..
Selain dari pertandingan, banyak juga kedai-kedai seperti kedai emas buat promosi rantai leher dan buah/pendant yang tertulis 'Ummi' atau dalam bahasa Melayu ialah 'Ibu saya' atau dalam bahasa omputihnya ialah 'My Mother', selain itu pusat rawatan spa yang menawarkan potongan harga untuk ibu-ibu bersantai dan sebagainya..
Tahun ni, merupakan tahun ke-2 Kay sambut Mother's Day dengan kehadiran puteri sulung kami iaitu Khadeejah Bella Bt Khanif..(which is lepas 4 hari, birthday Khadeejah pulak menyusul..Haish..Kay takde idea nak sambut camner nihh..Kalu ada Mak Long, Opah, Mak Usu dan Nenek boleh la sub-con pada mereka untuk buat parti..hehhehh..)
Dikesempatan ini, Kay nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu Kay, Puan Noormah dan Ibu Mertua Kay, Puan Latifah..
Dan Kay bersyukur kerana masih berpeluang untuk menyambut Hari Ibu dengan Opah(Puan Noormah) dan Nenek (Puan Latifah)yang masing-masing tersangatla sayang kan cucu pertama mereka, Khadeejah Bella..kuikuikui
Nenek sekarang ni berada di Mekah membuat Umrah dan Opah bakal menyusul lagi 2 minggu..
Hurm..Nenek dah bitau supaya nak doakan kami supaya dapat banyak anak..(Harap-harap lepas ni dapat Boboiboy..kuikuikuik)
Walauapa-apa pun, jantina bukan la menjadi keutamaan, yang penting sihat dan menjadi anak yang soleh & solehah..

Sekian...

Monday, March 12, 2012

Demam

Salam..
Selamat tengahari..Kat Dubai pukul 1251..
Khadeejah Bella tengah main dengan permainan baru..
Lunch tadi makan ikan salmon panggang..
Hurm..Alhamdulillah Khadeejah Bella aktif..
Sebab pada 9 & 10 March yang lepas, Khadeejah Bella demam..
Kay bagi paracetamol 2.5ml setiap 4 jam dan Alhamdulillah, demam hilang..
Dan 2 hari tu juga Kay jelum kepala dan badan..
Hurm..tapi semalam, 11 March 2011, masa Kay mandikan dia, Kay nampak bintik-bintik merah kat badan..
Haish..tak boleh jadi ni..Kay bawa jumpa Doc di BurJuman (Haa..kali pertama Kay pi BurJuman salah satu shopping mall yang mesti dilawati jika berada di Dubai)..
Tapi tak sempat nak hapdet pasal BurJuman ni sebab nak jaga Khadeejah..hehehhe..
Ok, back to the entry, Kay buat appointment dulu dengan Unicare sebab kat sini, kalau tak buat appointment susah sikit..
Business hour kat UniCare ialah waktu pagi sampai pukul 1230 tengahari. Lepas tu pukul 5 petang-9 malam.
Jadi, kalau nak tunggu Lau Kong pulang baru pegi klinik, susah juga, jadi Kay pun minta izin Lau Kong untuk bawa Khadeejah ke klinik.
Alhamdulillah, perjalan kami dipermudahkan dan kami dapat sampai tepat pada waktu appointment...
Haa..Doc kata, beberapa hari kebelakangan ni, dia ada dapat patient yang sama macam Khadeejah..2-3 hari demam, kemudian keluar binti-bintik merah..
Doc kate, tu macam measles, tapi bukan measles...
Disebabkan oleh virus (maka tiada antibiotik diberi) dan disebabkan oleh air-borne (ataupun pembawaan oleh udara..)
Sistem imuniti badan yang lemah, maka boleh la dijangkiti oleh virus tersebut.
Jadi, Doc bekalkan ubat:
1)Calamine Loition untuk disapu pada binti-bintik merah..
2)Atarax, 2.5 ml, 1 satu sehari selama 3 hari
3)Multivitamin untuk boost imuniti badan Khadeejah, 1 ml, 1 kali sehari selama 1 bulan.

Kalau 3 hari bintik merah tak hilang, maka kene jumpa Doc semula..

Kay ada email Pead Khadeejah di Prince Court Medical Centre,
Yelah, sepanjang nak masuk umur satu tahun ni, Khadeejah tak la pulak pernah demam, bila dah demam, cuak la Kay, lagi 1 minggu, Khadeejah genap 1 tahun nak akan ambil injection MMR di Dubai..
Pead kata bintik-bintik merah tu harmless..Itu menunjukkan demam dah kurang..(Hurm..Khadeejah Bella tak demam dah sekarang..Cuma Kay pantau bintik-bintik merah kat badan la..)

Sekian..

Monday, March 5, 2012

Kaitan hepatitis B dan Rawatan Kuku

Salam. .
Selamat malam. .
Tahukah anda bahawa,anda boleh mendapat Hepatitis B di salon rawatan kuku ataupun dalam bahasa omputih,manicure and pedicure?

Bagaimana ini boleh berlaku?
-sekiranya alatan yang digunakan tidak di steril dengan baik.Mungkin semasa rawatan,alatan terkena darah pelanggan yang ada Hepatitis B. Kemudian. Pelanggan seterusnya menggunakan alatan tersebut dan ada luka.Maka pelanggan seterusnya boleh dapat Hepatitis B.

Bagaimana untuk mengelakkan dari mendapat Hepatitis B semasa membuat rawatan kuku?
-bawa sendiri peralatan.
-jika tangan atau kaki ada luka,jangan buat rawatan sehingga lah luka telah sembuh. .

Sekian. .

11 bulan 1 minggu 1 hari

Salam,
Selamat malam.
Khadeejah tengah main main sementara tunggu Walid balik. .
Hari ni,perkembangan terbaru Khadeejah ialah,cara merangkak dah lain. .
Beliau tidak lagi merangkak menggunakan kepala lutut.
Hari ni stail baru. .pakai tapak kaki.
Haaa. . .Itu macam petanda nak berjalan kot. .
Sekian. .

Sunday, March 4, 2012

International Women's Day at Mall of Emirates

Salam..
Selamat petang..
Tahukah anda, International Women's Day di sambut pada setiap 8 March ?
Tema pada trahun ini ialah "Connecting Women, Inspiring Futures".
Dan pada tahun 2012 ni, Mall of Emirates mengambil bahagian dengan meraikan International Women's Day selama 10 hari bermula 1-10 March 2012..
Banyak kedai-kedai yang mengambil bahagian dengan menawarkan diskaun kepada wanita-wanita sahaja..
Antara kedai yang mengambil bahagian ialah Debenhams, Faces, prettyfit, DVF, Sephora, See By Chloe, Juicy Couture, Emporio Armani Caffe dan banyak lagi..
Selain daripada itu, di bahagian Galleria, ada sessi ambil gambar (ibu dan anak atau dengan kawan-kawan wanita) dan gambar tersebut boleh didapati di facebook.com/MallofTheEmirates

Sekian.

Ini adalah Galleria..

Kertas-kertas yang digantung dengan soalan "What you love about being a woman and your inspirational message" Haish..tergelak Kay bace kertas-kertas yang tergantung tu..macam-macam..


Pukul 12 noon, photographer sampai..Untuk ambil gambar, kite kena buat registration dulu..Details yang perlu diberi ialah Nama, No HP dan email...Sessi bergambar ini akan berlangsung dari 1-10 March 2012..Booth dibuka pada pukul 12 tengahri..Kay tak pasti pukul berapa ditutup...

Diane Von Furstenberg Mall of Emirates Dubai

Salam..
Selamat petang..
Sekarang pukul 2.54 petang di Dubai..
Khadeejah Bella dah makan dan sedang bermain-main sementara Kay nak hapdet pasal aktiviti sebagai surirumah sepenuh masa ini..
Heheheh..Best kat Dubai ni..Especially bila rumah dekat dengan Mall of Emirates (MOE) dimana MOE ini merupakan salah satu shopping mall yang musti dilawati jika berada di Dubai..
Cuba bayangkan, kat United Arab Emirates yang panas dan berpadang pasir ini, boleh ada tempat main ski..Kellas ko Jah!!..
Ok..back to the entry..
Pagi tadi, Kay pertama kali pergi ke Diane Von Furstenberg (DVF) di MOE..
Macam mana Kay boleh terjebak nak pi sana ialah bila Kay nak window shopping di MOE..(ada barang nak carik..Bila Kay dah dapat barang tu, Kay akan story kat blog ok??)
Haa..Rupa-rupanya, MOE ini ada mengambil bahagian untuk meraikan International Women's Day, dan DVF mengambil bahagian dengan memberi surprise gift kepada 10 pelawat pertama yang datang dan cakap " Be the women you want to be"..
Apa lagi, Kay pun pergi la dengan membawa Khadeejah Bella..
Alhamdulillah..I got it..
Untuk pengetahuan, DVF di MOE ini satu-satunya kedai yang ada di UAE...
DVF tiada di The Dubai Mall dan sebagainya..Untuk mendapat gambaran yang lebih lanjut, enjoy the pics!!!

Diane Van Furstenberg yang terletak di aras 2, Mall of Emirates

Buku yang menceritakan siapa dia Diane Van Furstenberg

Inilah wrap dress yang direka oleh DVF

Inilah adalah salah satu bahagian yang display New Collection




















New Collection


Scarf..Setiap scaft ada signature "Diane"

Belts..

This is my surprise gift!! it's a scarf !!wink wink
Thank you Lau Kong for allowing Lau Po out with Khadeejah Bella..

Sekian...

Thursday, March 1, 2012

Semoga Roh Arwah Nek Mah dicucuri Rahmat

Salam..
Selamat pagi..
Kat Dubai baru pukul 8 pagi..
Pagi ni, Kay dapat berita nenek saudara Kay (Nenek Mah) yang tinggal di Singapura telah meninggal dunia..
Hurm..terus teringat tentang Nek Mah..
Memori yang takkan pernah Kay lupa ialah masa kecik-kecik, kalau Nek Mah datang melawat keluarga Kay, sebelum pulang ke Singapura, Nenek Mah mesti akan bagi duit..
Bukan duit syiling tau, tak main la duit syiling...hehhehe..duit kertas warna merah..Tak silap Kay 10 dollar atau 20 dollar..Dan kalau tak silap, masing-masing dapat duit tau, bukan berkongsi adik-beradik..
Lagi satu kenangan dengan Arwah Nek Mah, ialah beliau hadir di majlis persandingan Kay di JB..
Walaupun sakit lutut (tak silap otot tisu beliau dah haus), Arwah Nek Mah datang juga..Dengan segerombolan saudara-mara dari Singapura..
Kali terakhir Kay dan Lau Kong berjumpa dengan Arwah Nek Mah dan Arwah suami beliau adalah 2 atau 3 tahun lepas..
Kay berjalan-jaalan di Singapore sambil melawat saudara.

Innalillahhi wainna ilaihi roji'un..

Semoga roh Arwah Nek Mah dicucuri rahmat..

p/s: memori kanak-kanak sangat kuat..jadi berbuat baik lah pada kanak-kanak..

Sekian..

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...