Friday, October 12, 2012

Happy Birthday Hilmi

Salam dan selamat tengahari..
Sekarang ni pukul 2 petang..
Haa..entry kali ni Kay nak ceritakan pasal sambut birthday jiran sebelah rumah yang juga dari berasal dari bangsa serumpun iaitu Indonesia.
Haa..Kay tak sangka pulak akan berjumpa dengan jiran Indonesia di kawasan rumah baru ni sebab kebanyakan nya orang dari Middle East, Pakistan dan India..
Apa-apa pun Kay rasa happy sebab ada jiran serumpun..
Kebetulan meraka pun baru pindah masuk dan nak sambut birthday anak lelaki nya, Hilmi..
Tak rugi datang sebab ada Bakso!!!

So enjoy the pics!

Ini adalah tradisi Indonesia kalau sambut hari istimewa..Nasi kuning, begedil, telur puyuh, ayam panggag, tempe goreng sambal dan sebagainya. Aduh..tempe goreng bersama kacang tanah dan ikan bilis nya sangat sedap..haish..kena belajar macam mana nak buat ni dari Chef Om Randy..

Happy Birthday Hilmi.. Kek nya bertemakan Animals!!

Lucky potong kek sambil diperhatikan oleh kawan-kawan suaminya.Hilmi cranky sikit sebab dia tak selesa sebab tengah tumbuh gigi..

Bakso!!!

Me and my Indonesian friends!!Best juga Kay datang gathering ni sebab Kay dapat berjumpa dengan Vivi yang hobbynya menjahit dan punya 2 mesin jahit jenama Bernina!! Next time Kay akan melawat rumah Vivi untuk tengok mesin jahitnya!!From left (Kay, Lucky, Ella, Dian and Vivi)

Saturday, October 6, 2012

Malaysian Night Market in Dubai

Salam dan selamat malan..
Hehehe..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama pergi ke Malaysian Night Market bertempat di Consulate General of Malaysia, 83, Street 10D, Mankhool, P.O. Box 4598
Tujuan utama Kay ke sini ialah untuk mencari makanan Malaysia...

Hurm..cerita banyak-banyak pon tak best, so please enjoy the pics!!

Kami datang bersama-sama dengan Edmund (kawan Lau Kong..sebenornye sebelum pi night market, diorang pergi main badminton)


Kay datang dalam pukl 5 lebih dan dah ramai orang datang..Aktiviti jual menjual bermula pukul 4 petang hingga 8 malam. Untuk pengetahuan, aktiviti ini selalunya diadakan pada setiap bulan, minggu pertama. Belacan Kiosk tu online groceries..Kalau Belacan Kiosk ada product dari Malaysia seperti Kicap Kipas Udang, Sos Linghams, Petai, Tempoyak, Telut Masin, mereka akan promote dalam Faceebook dan sesiapa yang berminat meraka akan hantar ke Metro station yang berhampiran.

Gerai yang menjual kuih muih dan air (air mata kucing, air asam boi, ABC)..Lau Kong yang berbaju oren tu tengah beli Popiah Basah..Kay pon beli juga Cucur Badak..Sedap...

Haa..yang ini memang Kay beli sebab teman rindu ke kampong halaman teman..Laksa nya memang sedap...


Antara yang Kay borong..Tempe, Tempoyak, Telur Masin, Keropok Lekor..dan Cucur Badak

Sekian..

Monday, October 1, 2012

Simple Butterfly Crochet

Salam..
Entry kali ni Kay nak kongsikan dengan minat terbaru Kay iaitu Crochet..
Wahhh..tengok macam comel je buat crochet ni..sekalai bila Kay cuba buat, mahu terjojol mata dan lenguh jari jemari ni..
Apa-apa pun, it is worth trying..
Kay tengok dari youtube..Kay ambil yang paling simple..
Esok-esok bila dah terer, Kay boleh buat topi, blanket etc..(wah..angan-angan besar..hehehe)


Enjoy the pic!!

Sebelum tu, Kay beli dulu bebarang jahitan di Satwa..Harga sebatang hook tu ialah 2 dirham, benang crochet tu 1 dirham each, kapur untuk menanda kain ialah 1 dirham, snipper berharga 2 dirham, benang satu gulung 75 fils, getah kain saiz 16 berharga 4 dirham, yang warna hitam tu ialah zapping untuk buat projek sofa cover.


Inilah hasil dari percubaan pertama Kay..hhehehe...Sebetulnya, Kay nak try buat bunga, tapi tak menjadi, so Kay try buat butterfly and menjadi!! walaupon senget -benget tapi ok la..ada rupa butterfly..heheheh..crochet ni boleh buat craft tambahan kalau kita buat bag dan sebagainya la...boleh digunakan mengikut kreativiti masing-masing...

Sekian.

Khadeejah Bella 1 tahun 6 bulan

Salam dan selamat pagi..
Sekarang kat Dubai pukul 11.32 pagi..
Khadeejah tengah tidur lepas makan ubat mucolytic sebab dia ada batuk batuk sikit (not frequent) dan hingus.
Kay tak perlu masak lunch sebab Lau Kong ada makan kat luar dengan Hj Nasir..
Makanya, Kay ada la masa untuk update blog..
Entry kali ni Kay nak ceritakan imunisasi Khadeejah Bella di Dubai..
Untuk pengetahuan, Khadeejah Bella dah 2 kali ambil imunisasi di Dubai iaitu
  1. Imunisasi MMR dan VZV pada usia genap 1 tahun (total dalam 500 dirham) pada 31 March 2012
  2. Imunisasi DTPa/IPV/HIB (250 dirham) dan Hep A (Dosage pertama) (300 dirham) pada minggu lepas iaitu 27 September 2012. 
Alhamdulillah kedua-kedua imunisasi tu Khadeejah Bella tak demam. Dan Alhamdulillah juga sebab Kay masih lagi banyak susu dan memang Kay nak bagi Khadeejah susu badan sampai 2 tahun.

Cumanya, sekarang ni Khadeejah ada cold dan cough sikit. Tak surut-surut lagi dari minggu lepas.
Apa-apapun, Kay dah jumpa doktor dan sekarang ni makan ubat mengikut masa yang telah ditetapkan.

Ubat ni ubat yang minggu lepas 27 September 2012,  Doc bagi, perlu ambil 5 hari berturut-turut, 3 kali sehari.. Kay dah bagi sampai 5 hari tapi Khadeejah tak baik juga, jadi Kay pergi jumpa Doc lagi sebab malam tadi Khadeejah ada batuk pulak..Batuk sampai nak termuntah..Batuknya tak la selalu cuma sekali dua saja....Tapi kasihan Khadeejah terbangun waktu malam.. Kotak yang warna biru tu nasal drop dan kotak yang warna oren tu oral drop...

So hari ni, Kay jumpa Doc lagi dan Doc bagi ubat yang lagi kuat...PediaVIT tu multivitamin sebab Kay beritahu Doc yang Khadeejah ni sekrang tak suka makan..Kay suap nasi, ayam, ikan, semua dia keluarkan..Kotak yang warna kuning tu ubat untuk buang kahak di hidung dan tekak...perlu makan untuk 3 hari, 3 kali sehari sebanyak 2.5ml.Tadi Kay bagi Khadeejah makan ubat ni dengan tiada masalah langsung (sebab sebelum ni kalau nak bagi makan ubat, Khadeejah akan palingkan muka atau tepis tangan Kay..mungkin sebab ubat ni tak ada rasa ubat sangat sebab no sugar dan no alcohol..) Kotak yang warna putih tu ialah nasal drop, 2 titis untuk 3 kali sehari selama 5 hari.. ZITHROMAX tu ialah antibiotik..Doc kata kalau makan Mucolyte selama 3 hari, kalau tak sembuh, baru makan antibiotik selama 5 hari.

Kalau kita tengok cara ubat di beri ni, tak macam kat Malaysia dimana kat kotak ada tulis nama pesakit, etc.. Kat sini, pharmacist tulis pakai marker kat kotak..
Macam mana nak bacanya? Mari sini Kay tunjukkan..contohnya macam ubat yang kat kotak kecik warna putih tu (ubat titis hidung) Nampak tak ada tulisan nombor 2 yang di tulis 3 kali? Maknanya, ubat tu kena ambil 2 titis, 3 kali sehari selama 5 hari..haish..
Contoh kotak yang warna kuning tu pulak, 2.5ml dimakan 3 kali sehari selama 5 hari..haddoii..


Sekian..


Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...