Thursday, February 28, 2013

EIS International Day

Salam dan selamat petang..
Haa..agak lama Kay tak update blog!..
Bukan hape..sebab tak ada cerita!!..
Haa..hari ni Kay join aktiviti International Day yang diadakan di Emirates International School (EIS).
Terima kasih Kak Lili sebab menjemput Kay datang..
Ni kali pertama Kay datang ke aktiviti yang diadakan di International School Dubai...
Yelah sebab Khadeejah belom masuk sekolah lagi..Kalau dah masuk sekolah, mesti Kay tak menang tangan nak settlekan Khadeejah sekolah dan nak hapdet blog!
Selain dari Kak Lili, ada juga kawan-kawan lain yang menjemput Kay datang ke aktiviti International Day di sekolah yang berlainan. Tetapi memandangkan Kay tak ada driver (a.k.a Lau Kong), maka aktiviti-aktiviti seperti ini terpaksa dilupakan..
Apa-apapun, thank you Lau Kong sebab sudi bawak Lau Po ke International Day di EIS hari ini.
It was such an experience!! (ambil mood sebelum Khadeejah masuk sekolah..hahaha..walupon Khadeejah baru nak 1 tahun 11 bulan, tapi Kay rasa macam tak lama lagi je Khadeejah nak masuk sekolah! mood sedih pulakk)
Ok..cerita banyak-banyak tak best. So enjoy the pics!!

Sekian.
Ni lah Kak Lili yang cantik..terima Kasih sebab jemput Kay datang.. Di booth Malaysia, ada menghidangkan makanan-makanan Malaysia, antaranya Karipap Sardin, Karipap Daging, Kuih Lapis, Kueh Tiaw Goreng, Cucur Badak, Sirap Bandung!! memang meriah makanan nya dan memang untung la Kay datang!!


Yang ini pula, Kay di booth Russia. Kay try air teh dan sempat bergambar dengan penjaga booth dengan pakaian mereka. Kebetulan baju Kay pun sama warna purple!!
Kay bergambar di bahagian United Arab Emirates (UAE) pula...

Haa..tahu tak orang tu tengah masak apa? Orang tu tengah buat cekodok (atau jempot-jempot orang Arab la gitu..) Ramai yang sabar menanti untuk mendapatkan nya!! Sedap!!
Yang ini pula di Booth India..Kay cuba juga makanan mereka..Sebenarnya, banyak lagi booth yang Kay tak sempat nak pergi sebab ramai sangat orang dan Khadeejah nak dukung..Tapi kira puas hati juga dapat pengalaman di aktiviti ini..
Cantik tak budak Emirati tu dengan baju yang bercorak bendera UAE.
Haa..yang ini memang Kay puas hati..Sebab dapat bawa Khadeejah tengok secara dekat dengan Unta (Bahasa Melayu) / Jamal (Arabic)/ Camel (English)
Last but not least, bersama kawan-kawan Malaysia!!!

Wednesday, February 13, 2013

Al Mashrbia Millennium Plaza Hotel Dubai

Assalamualaikum dan selamat malam..
Entry kali ni Kay nak kongsikan tempat makan yang Kay baru cuba..
Dekat je tempat makan ni dengan rumah Kay..
Nama restoren ni ialah Al Mashrbia yang terletak dalam Millennium Plaza Hotel.
Kami makan Meat Mandy.

Cerita banyak-banyak tak best so enjoy the pics!

Last but not least, thank yoy Lau Kong sebab belanja makan dinner kat luar..(Lau Po tak perlu masak..hehhe)

Sekian.

Al Mashrbia terletak dalam Millennium Plaza Hotel, Sheikh Zayed Road. Landmark islah ia terletak bersebelahan dengan Burger King dan Chili's.

Ni buku menu nya. KAlau nak tahu apa maksud Al Mashrbia, boleh taip "Mashrabiya" di Wikipedia. Ada penerangannya.

Antara hidangan yang ada..

Sempat lagi Kay snap gambar pekerja tu tengah buat jus mangga yang kami order. Jus mangga berharga 20 dirham.Jus nya memang di perah dari buah mangga dan tidak dicampur gula. Sebenarnya nak amik gambar set teko tu.. Cantik tak?

Pemandangan dari sudut yang lain.


Intai sikit apa yang ada kat luar jendela ni..

Lagi pemandangan di dalam..cantik tak?


Inilah rupa Mandy Daging nya..Berharga 65 dirham. Rasa nya ok la..Not bad, tapi makan kat Tawasol lagi best. Cuma nya di sini, tempat nya best sikit (yelah..kat dalam hotel bertaraf 5 bintang!). Kebetulan masa kami makan, tiada orang. Kami je yang ada dan conquer tempat tu..hehhe..semasa makan, kami di dendangkan dengan muzik arab..

Saturday, February 9, 2013

Hissing to The Year of Snake 2013

Salam dan selamat petang..
Khadeejah tengah tidur so Kay boleh lah update blog..
Ha..Esok merupakan Tahun Baru Baru Cina dan Kay ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Gong Xi Fa Cai yang bermaksud sambut kebahagian dan dipenuhi dengan kekayaan (jangan main main, ini di terjemahkan oleh Lau Kong!!) hahaha..
Kami baru je telefon Nenek Perempuan di Sibu. Nenek berketurunan Cina, jadi Kay tanya la Nenek masak apa untuk makan besar!! Haa...jangan main-main..Nenek masak daging goreng, ayam panggang, kuah sate, ikan stim, butter prawn, dan akhir sekali sup seafood (yang dicampur GAMAT!!)

Haish..meleleh air liur kami di Dubai nih..
Takpe la, lain kali kalau ada kesempatan kami akan menyambut Chinese New bersama dan menziarahi keluarga cina Nenek untuk collect Ang Pau!!

Semoga tahun Ular ini memberikan kebahagian dan kekayaan kepada semua!!

Last but not least, ucapan khas dari Lau Po kepada Lau Kong yang lahir pada tahun ular, tahun ini Lau Kong genap 36 tahun, semoga tahun ini memberikan kejayaan yang besar untuk Lau Kong!! Chaiyokk!!

Ok..Please enjoy some of the pics!!

Sekian.

Atuk dan Nenek..ala tomey-tomey..

Lau Kong dan Lion Dance

Lau Po dan lion gak..Khadeejah tu dia takut kaat lion tu..harharhar..


Tuesday, February 5, 2013

Johnny Rockets Mall of The Emirates Dubai

Salam dan selamat malam..
Entry kali ni Kay nak kongsikan satu tempat makan yang Kay baru cuba!!
Thanks to Izyan and her husband for suggesting this place to us!!
Johnny Rockets ni jual burger..macam Burger King la..tapi lebih best la..Lau Kong cakap sedap..Hurm, Kay tak pandai makan burger so tak tau nak komen ape but so far, ok la..

So enjoy the pics!!

Kami pergi ke Johny Rockects cawangan Mall Of The Emirates. Kat kawasan rumah Kay (Sheikh Zayed Road) pon ada Johnny Rockets..Tapi saje je nak berjalan ke Mall Of The Emirates.

Interior dalam kedai..Kat wall belakang tu ada collection topi, t-shirt dan mug.

Cantik tak?

Ni setting atas meja. Ada fresh flowers. Mungkin sebab nak Valentine's Day kot dia letak bunga merah atas meja?

Memang kedai ni specialty nya is hamburgers!! Lau Kong order Hamburger Smoke House. Ada lagi satu recommended hamburgers iaitu Route 66. Mungkin kami akan try next time.

Antara menu yang lain..Cheese Steaks. Minuman antaranya Shakes & Floats.

Ada juga salads dan kids meal.
Itu dia..Cheese Fries..Itadakimas!!

This is what we ordered. Kesimpulannya disini menurut commenter iaitu Lau Kong, hamburger di sini sedap, harga sedikit murah (dari Burger Fuel) dan soft drinks boleh refill 1 kali (which kat Burger Fuel tak boleh refill!!). Harga ialah 23 dirham untuk Cheese Fries, 39 dirham untuk Hamburger Smoke House dan 12 dirham untuk soft drinks.

Sekian.

Monday, February 4, 2013

Sunflower Supermarket Dubai

Salam dan selamat malam..
Kat Dubai pukul 9.19 malam.
Khadeejah dah dinner salmon panggang dan steamed carrot.
Haa..entry kali ni Kay nak kongsikan satu tempat (supermarket) yang boleh kita cari sayur-sayuran yang kita tak boleh beli kat pasaraya besar Carrefour ataupun Lulu di Dubai ni.
Apakah jenis sayur-sayuran yang kita boleh beli itu??
Haa..antaranya kacang botol, daun kesum, kailan dan petai. Kueh Tiaw pun ada ..tak silap harga nya 24 dirham.

Kay selalu cari daun kesuum sebab suka makan asam pedas yang ada daun kesum. Kalau tak ada daun kesum macam tak kena..hehehe..


Bunga kantan tak pernah jumpa.Kalau nak bli bunga kantan, kalau ada rezeki ada dijual di Malaysian Night Market. Sila klik

 http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Malaysian%20Night%20Market%20in%20Dubai

Nama kedai tersebut ialah Sunflower Supermarket yang terletak di Karama. Susah Kay nak jelaskan dimana kedudukan nya sebab yang dapat cari jalan ni ialah Lau Kong. Dia guna google map. Kalau ada GPS lagi mudah kot..

Selain dari yang terletak di Karama ada lagi satu cawangan sunflower supermarket yang terletak di dalam Pasar Ikan Karama (Karama Fish Market ).

Yang Kay nak kongsikan ialah Sunflower supermarket yang terletak di Karama..Bukan yang kat dalam Pasar Ikan Karama.
Untuk masuk ke lorong menghala ke sunflower supermarket Karama, landmark nya ialah bertentangan dengan Karama Dubai Municipal. Lorong 12D.
Supermarket ni terletak disebelah Restoran Malabar.

Kalau tak silap Kay, ada sedikit perbezaan harga pada sayuran yang dijual. Macam 1 hingga 2 dirham la beza. Contohnya harga petai (Satoe) di Supermarket Karama ialah 13 dirham, manakala harga petai di Sunflower Supermarket di dalam Pasar Ikan Karama ialah 11 dirham.  Sunflower supermarket di Karama lebih banyak pilihan berbanding Sunflower supermarket di dalam Pasar Ikan Karama.

Enjoy some of the pics!!

Ni alamat penuh kedai Sunflower Supermarket beserta dengan nomber telefon. .Selalunya sebelum Kay nak datang beli daun kesum, Kay akan telefon Sunflower cawangan Karama +971 4 3964611. No telefon Sunflower supermarket di dalam Pasar Ikan Karama ialah +971 4 3371416. 
Kailan..beli juga walaupon mahal sebab dah lama tak makan Kailan..tak silap harga satu bungkus tu ialah 17 dirham. Baby Pak Choy berharga 8.50 dirham, dan kacang botol (Wing Bean ) berharga 5 dirham. Kacang botol ni kalau kat rumah Kay, Bak tanam je. Kalau nak makan petik....Kalau kat Malaysia, jual kat pasar malam, mungkin sebakul atau seikat 2 ringgit...Tapi disebabkan nak makan, pejam mata dan beli la juga..heheh
Haa...Kay masak Asam Pedas sebab Kay beli Daun Kesum kat situ...hahahah..Mahal jugak daun kesum tu, tak silap satu bungkus ialah 4 dirham. Kalau kat Malaysia, kita tanam kat belakang rumah atau beli kat kedai 50sen atau 1 ringgit je kot..
Sekian..

Khadeejah Bella main gelongsor

Salam dan selamat petang.
Entry kali ni Kay nak kongsikan perasaan gumbira Kay bila tengok Khadeejah dan pandai main gelongsor!!
Credit to Walid sebab tolong ajarkan Khadeejah main gelongsor.
Ceritanya begini..pada 28 Jan 2013 yang lepas, Kay bawak Khadeejah Bella ke Al Barsha Pond Park sebab ada picnic sempena winter ni..Yelah, cuaca sekarang ni memenag sesuai untuk berkelah ..hehehe..
Haa.Dah namanya park, jadinya ada la taman permainan kanak-kanak..
Dari jauh, Khadeejah Bella dah riang semacam dah..Excited nak main kat playground..

Cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pics!!

Ni la ghoper nye bila Khadeejah nampak pasir dan playground. Dia tinggalkan Ummi kat belakang..hahaha

Macam latihan tentera la pulak.Kay perhatikan Khadeejah..so far dia tak jatuh and pandai naik ..Bila tengok gambar ni, Khadeejah yang paling muda dan yang paling kecik, tapi lasak semacam..

Yeayy!!! Khadeejah pandai gelongsor sendiri.Kay tengok je dan amik gambar..hahahah

Sekian..

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...