Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak tulis pasal mee kuning.
Mee kuning ataupun dalam bahasa inggeris ialah Egg Noodle.
Ada ke mee kuning dijual di pasaraya di Dubai?
Jawapannya..... ada!!
Antara pasaraya yang menjual mee kuning ialah Carrefour, Lulu Hypermarket dan Spinneys.
Lets enjoy some pixx.
Sekian terima kasih.
Friday, October 31, 2014
Resipi Eclairs
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak tulis sedikit cara-cara membuat eclairs.
Untuk membuat eclairs, kita menggunakan choux dough iaitu adunan yang terdiri daripada mentega, air, tepung gandum dan telur.
Sangat mudah.
Apa-apapun terima kasih kepada Baking Guru iaitu Noor Saleha yang sudi mengajar Kay cara cara membuat eclairs. Kiranya bila dah tahu buat eclairs, secara automatiknya Kay dah boleh buat cream puff dan churros kerana ketiga-tiga menggunakan doh yang sama iaitu choux dough.
Haa...bukan eclairs sahaja Kay akan kongsikan..InshaAllah, Baking Guru akan mengajar bagaimana untuk membuat pavlova!!..
Semoga ilmu ini dapat diperpanjangkan dimanfaatkan kepada semua pembaca..chewahhh...
Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!
Sekian terima kasih.
Entry kali ini Kay nak tulis sedikit cara-cara membuat eclairs.
Untuk membuat eclairs, kita menggunakan choux dough iaitu adunan yang terdiri daripada mentega, air, tepung gandum dan telur.
Sangat mudah.
Apa-apapun terima kasih kepada Baking Guru iaitu Noor Saleha yang sudi mengajar Kay cara cara membuat eclairs. Kiranya bila dah tahu buat eclairs, secara automatiknya Kay dah boleh buat cream puff dan churros kerana ketiga-tiga menggunakan doh yang sama iaitu choux dough.
Haa...bukan eclairs sahaja Kay akan kongsikan..InshaAllah, Baking Guru akan mengajar bagaimana untuk membuat pavlova!!..
Semoga ilmu ini dapat diperpanjangkan dimanfaatkan kepada semua pembaca..chewahhh...
Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!
Sekian terima kasih.
Ha..kalau nak buat kek atau pastri atau roti....mesti ada penimbang. Kiranya peralatan yang WAJIB la.. |
Resipi eclairs ini menggunakan 2 biji telur. |
Sepatutnya 45gram mentega pada suhu bilik. Tapi kami terletak 47gram. Kira ok la..hihi |
Mentega dicampurkan dengan 100 ml air dan dimasak sehingga mendidih. |
Kemudian masukkan 60gram tepung gandum. |
Masak doh tersebut. |
Sehingga berkerak. Jangan sampai hangit pula... |
Cantik tak choux dough ni? |
Ok..seterusnya masukkan dalam piping bag. |
Mulakan buat bentuk cream puff ataupun eclairs. |
Semasa membuat choux dough, panaskan terlebih dahulu ketuhar pada suhu 200C |
Itu dia..bentuk bulat tu dipanggil puff..yang panjang panjang tu eclairs. TIPS: sapukan air diatas puff dan eclairs. Kalau tak mahu sapu pakai tangan, boleh juga pakai penyembur (spray) |
Masukkan dalam ketuhar dalam 20-25 minit. |
itu dia..eclairs naik dengan cantik. |
Kami menggunakan whipping cream jenama Puck. Whipping cream ni cecair macam susu segar dalam kotak. Bila di pukul dengan whisker, cream tu mengembang. |
Itu dia..Nampak gayanya eclairs dah boleh di keluarkan dari ketuhar. |
itu dia..Eclairs dibiarkan sejeuk seketika. Dan kemudian dibelah tengah bagi memasukkan inti (whipped cream) |
Ini pula ialah topping coklat. Kami menggunakan coklat chips separuh manis dan dicampurkan dengan sedikit susu segar. Panaskan diatas api sehingga cair. |
Thursday, October 30, 2014
Resipi Lepat Labu Inti Serikaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Hehehe..Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi Lepat Labu Berinti Serikaya.
Haa...Kay tak biasa makan Lepat Labu..apatah lagi berintikan Serikaya!
Kay biasa makan Lepat Pisang sahaja.
Resipi ini istimewa sebab di ajar oleh Dian, kawan serumpun iaitu Indonesia.
Bilangnya Dian, Lepat ini dipanggil Timpan..Iaitu manisan dari Acheh yang dibungkus dengan daun pisang.
Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!
Kami menggunakan 3/4 daripada separuh biji labu |
Labu dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk. |
Santan dicampurkan bersama labu. |
Agak-agak santan menutupi keseluruhan labu dan dimasak sehingga empuk. |
Sementara menanti labu empuk, sekarang mari kita sediakan inti Serikaya. Bahan-bahan nya ialah 1 cawan gula. |
1 cawan telur (pecahkan telur telur kedalam penyukat 1 cawan) |
Dalam kes kami, 1 cawan telur bersamaan dengan 5 biji telur. |
Gaulkan gula dan telur. |
Masukkan 1 cawan santan pekat. |
Tambahkan 1 sudu teh garam dan 1 penutup esen vanilla. |
Untuk memudahkan kerja, campuran bahan bahan untuk membuat serikaya dipukul dengan handblend. |
Selepas dipukul, masukkan ke dalam kuali dan sedia untuk dimasak. |
Warna kuning cair diawal proses memasak serikaya. |
Lama-kelamaan menjadi warna kuning pekat. |
Seterusnya serikaya memekat. |
Serikaya memekat sehingga berbiji-biji. |
Serikaya disebelah kiri dan labu disebelah kanan. |
Selain menggunakan labu, boleh juga menggunakan pisang. Tapi bukan sebarang pisang. Gambar pisang diatas tu pun tak boleh juga. Pisang diatas tu sesuai untuk dibuat pengat atau pisang goreng.hehehe |
Inti Serikaya yang telah siap. |
Labu pun sudah empuk dan dibiarkan sedikit sejuk. |
Sementara menunggu labu sejuk, sediakan daun pisang. |
Daun pisang dipotong menjadi segiempat tepat. |
daun pisang yang telah siap dipotong dan dibersihkan, di layurkan atas api bagi tujuan melembutkan daun. |
Ketulan labu diambil dan lenyekkan. |
Hanya gunakan labu. Airnya hanya digunakan sedikit. |
Tepung beras dimasukkan sikit demi sedikit ke labu yang telah dilenyekkan menggunakan tangan. |
Tepung beras ditambah lagi sehingga paste tidak melekat dipermukaan mangkuk. |
Lenyekkan lagi dengan menggunakan spatula. Sekarang sedia untuk dibungkus dengan daun pisang. |
Daun pisang disapukan dengan sedikit minyak. Kemudian baru diletakkan paste labu. Ratakan paste labu. |
Kemudian letakkan inti serikaya diatas paste labu. |
Angkat kedua-dua belah daun pisang untuk menutup inti serikaya. Kemudian rapikan paste labu tersebut. |
Lipat daun pisang seperti gambar di atas. |
Sediakan air yang mendidih. Bila air dah mendidih, barulah diletakkan lapisan periuk yang telah disusun lepat labu. |
Lepat Labu disusun dalam satu lapisan sahaja. Jangan di timpa antara satu sama lain. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ayshah Bella ringan tulang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat. Jom baca Quran.. heheh.. Entry kali ini Kay nak kongsikan bagaimana nak reset ...