Assalamalaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman pertama kali berpuasa di Dubai.
Alhamdulillah Kay dapat bertemu dengan bulan Ramadhan Kareem 2014.
Sejak duduk di Dubai, tahun ini kali pertama berpuasa di Dubai.
2 tahun sebelum nya, Kay berpuasa di Malaysia dengan emak.
Untuk pengetahuan, sekarang ni bulan Julai dan Dubai tengah panas.
Kebetulan Lau Kong sekarang berada di Beijing.
Kay berpuasa bertemankan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella sahaja la....
Berpuasa macam biasa..
Cuma bila Kay baca Al Quran lepas solat, Kay teringat kenangan Kay bertadarrus Al Quran dengan Mak.
Kay akan baca, dan mak akan dengar bacaan Kay..
Tahun ni Kay baca seorang sahaja..
Alhamdulillah, jiran Kay berbangsa Indonesia ada bagi kurma segar yang di beli di Shindagha Fish Market (sejak berada di Dubai ni Kay tak pernah menjejakkan kaki ke Shindagha fish market. InshaaAllah kalau ada rezeki, Kay nak pergi juga ke Shindagha Fish Market tu..Kalau Kay pergi, of course la Kay akan update dalam blog!!!)
Market yang Kay pernah pergi di Dubai ni ialah Karama Fish Market.
Sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Al%20Karama%20Market%20Dubai
Memandangkan Kay seorang sahaja dirumah, makanya menu berbuka puasa ialah Nasi Mandy Kambing.
Enjoy some pix below!! Gambar di bawah tiada kena mengena dengan tajuk entry..hahahah
Sekian terima kasih.
Monday, June 30, 2014
Friday, June 27, 2014
Majlis untuk Kak Hayati Puasa
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal majlis yang Kay buat khas untuk salah seorang kakak yang Kay kenal masa berada di Dubai.
Untuk pengetahuan, Kak Yati akan pulang (back for good) ke bumi bertuah Malaysia pada 1 July 2014.
Memandangkan Kay pernah ajak Kak Yati datang ke rumah (girls date dengan tema red lipstick) maka hari ini tertunailah.
Kay susah juga nak ajak kawan-kawan datang ke rumah. Sebab kalau kawan-kawan nak datang ke rumah, Kay MESTI pastikan makanan dan minuman ada. Kay tak berapa gemar kalau tetamu tidak dilayan dengan baik. Ditambah lagi dengan kehadiran 2 tuan puteri, jadi agak sukar untuk masak banyak-banyak.
Kay juga PANTANG kalau orang nak datang ke rumah tanpa memberi sebarang notis (chewahhh macam orang nak berenti keje pulak bagi notis..hahah)
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Semua makanan mendapat pujian. Hinggakan air sirap Kay pun SEDAP katanya..
Kay tak ajak ramai kawan sebab majlis ini adalah untuk Kak Yati dan kuasa untuk memilih kawan terletak pada orang yang diraikan iaitu Kak Yati.
Lagipun Kay tak boleh terima ramai tetamu memandangkan ada anak kecil.
Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pix.

Senang je nak masak. Pakai rempah yang dah siap. Cuma tambahkan air. Tak perlu tumis. |
Ini kuah mee bandung yang dah siap! Kay gunakan air rebusan tulang lembu. Untuk pengetahuan, air rebusan tulang yang pertama Kay buang sebab ada bau hamis. Kay gunakan air rebusan tulang yang kedua. |
Mee kuning dan bihun yang akan Kay celur pada 26 hb nanti. |
Pada 26 hb, Khadeeejah Bella tolong Kay buat air sirap. Untuk pengetahuan, pada malam 25 hb Kay dah buat air gula dan air batu siap siap. Pada 26 hb terus bancuh sahaja. |
Nasi impit dan carikan daging ayam |
Telur yang telah siap dipotong untuk dimakan bersama mee bandung. |
Meja yang telah siap dengan hidangan. |
Khadeejah Bella gembira sebab ada kawan-kawan datang ke rumah. |
Kay dan Kak Hayati Puasa |
Antara tetamu yang hadir. |
Kak Shidah (anak jati Johor) dan Kak Mimi (orang Kedah) |
Bergambar beramai-ramai dengan orang yang diraikan. |
Wednesday, June 25, 2014
Khadeejah Bella jumpa Mak Long Juliana
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak bercerita pasal Khadeejah Bella berjumpa dengan Mak Long.
Kebetulan Mak Long baru balik dari berjalan di Eropah dan kami dari Dubai balik sebentar di Malaysia.
Kebetulan Mak Usu dari Sibu pun ada di Kuala Lumpur.
Memang seronok la kami semua.
Cerita banyak banyak tak best so enjoy some pics!

Alhamdulillah..Khadeejah Bella salam MAk Long. Ingat kan Khadeejah tak mau salam Mak Long. Al Maklum lah dah lama sangat tak jumpa Mak Long sejak dari hari raya tahun 2013. |
Ini antara baju yang Mak Long belikan untuk anak buah nya Khadeejah Bella dan Ayshah Bella. |
Baju ni agak besar tapi tak apa sebab bila besar, Khadeejah dan Ayshah boleh guna.... |
Terima Kasih Mak Long Juliana ku sayang diatas tanda ingatan. Kay dan Lau Kong juga masing masing mendapat sehelai baju....Muaahhhh |
Telekung untuk Mak dan Mak Cho
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak tulis pasal telekung..
Hahahah..macam dah tak ada cerita jer..
Tapi tak ape lah..saja je Kay nak tulis...
Al Kisah..Buat masa sekarang ni mak Kay duduk dengan kakak yang sulung bernama Puziah Bt Hj Ahmadiah di Kuala Lumpur sebab mak sekarang banyak follow up di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan juga Institut Jantung Negara (IJN).
Nama panggilan Mak Cho. Perkataan Cho adalah singkatan bagi Besor atau orang Perak panggil Cho.
Mak Cho sangat teliti dalam menjaga Mak..Kay bersyukur sebab ada Mak Cho yang sudi menjaga Mak daripada orang gaji Indonesia yang jaga Mak. Bak masih bekerja jadi tidak dapat menumpukan perhatian pada Mak.
Memandangkan Mak Cho jaga Mak, Kay pun tanya lah apa buah tangan yang Mak Cho nak dari Dubai.
Jubah atau kain ela. Mak Cho cakap dia tak pakai jubah dan kain ela..dia minta telekung..
Buat pengetahuan, di Dubai ni jarang dapat jumpa telekung yang 2 helai (bahagian kepala dan kain) sebab kat Dubai ni jenis telekung yang satu helai (dia bercantum bahagian kepala dan bahagian kain).
Lagipun orang kat Dubai ni pakai jubah, jadi mereka terus solat pakai jubah atau pun pakai stokin dah memadai untuk solat.
Kay ingat apa yang dihajati oleh Mak Cho. Kay ada juga buat survey online. Ingat nak beli telekung online.
Kebetulan Kay balik ke Malaysia pertengahan bulan 6 dan kebetulan adik ipar Kay @ Mak Usu dari Sibu turut berada di Kuala Lumpur.
Haa...apa lagi, teman untuk berjalan dah ada..Kami berempat (Kay, Mak Usu, Khadeejah Bella dan Ayshah Bella) pun pergi la ke Masjid India.
Kebetulan Mak Usu nak cari tudung dan juga baju raya untuk kami sekeluarga di Sibu dengan tema warna oren.
Kami bersarapan di hotel dan kemudian terus naik teksi ke Masjid India dari Impiana Hotel. Harga bayaran teksi ialah 8 ringgit mengikut meter tapi Kay bagi 10 ringgit.
Memandangkan kami pergi pagi dalam pukul 1030 pagi, jalan tak sesak dan Masjid Inida belum ramai orang.
Bila balik dalam pukul 4 petang, teksi yang kami tahan tak menggunakan meter. Dia minta 15 ringgit.
Kay terus setuju sebab dah petang dan agak sukar nak dapatkan teksi ditambah lagi dengan Khadeejah Bella dan Ayshah Bella yang dah kepenatan.
Kay pun teringat nak beli telekung..Alhamdulillah..jumpa juga telekung yang dihajati dengan harga yang berpatutan.
Alhamdulillah juga, Khadeejah Bella memberikan kerjasama yang baik semasa kami membeli baju raya dan telekung. Ayshah Bella pula diam sahaja sebab bersangkut di baby carrier
Jom tengok gambar dibawah..

Tada..inilah dia telekung untuk Mak Cho. Bersulam warna cokelat. Kain cotton yang lembut, tak panas dan yang penting tak jarang. Berharga 100 selepas ditawar. Kalau tak tawar, berharga RM150. |
Monday, June 23, 2014
Ecco Shoes
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan koleksi kasut Kay!!(macam banyak kasut jerrr..)
Sebenarnya Kay tak ada la banyak sangat koleksi kasut.. Kay beli sepasang dua kasut, lepas tu pakai sampai lunyai..
Kasut lama Kay ialag skechers..Dah pakai hampir 3 tahun..Masih elok lagi tapi dah nampak buruk la...
Makanya Kay nak beli kasut baru..Kami ke KLCC (masa tu kami balik ke Malaysia dalam 10 hari).
Kebetulan skechers ada sale!! Itu yang kami masuk ke dalam kedai tu..
Malangnya, Kay tak jumpa kasut yang berkenan di hati..
Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!!
Sekian, terima kasih...
Ada tempat ukur kaki bagi kanak-kanak!! itu yang Kay amik gambar tu...heheheh |
Sementara Lau Po sedang mencari kasut yang sesuai, Lau Kong sabar menjaga Ayshah Bella... |
Saturday, June 21, 2014
Arte Market di Times Square Dubai
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak kongskikan pasal pasar seni atau ARTE MARKET..
Kebetulan Kay termasuk dalam Arte Market pada Jumaat yang lepas di Times Square.
Sebetulnya, kami ke Times Square sebab nak teman Lau Kong beli handphone baru memandangkan handphone SAMSUNG Note 3 tu dah macam bagi signal bila-bila masa je nak rosak.
Untuk tidak mengambil risiko, Lau Kong nak beli handphone baru dan pindahkan segala nombor telefon yang maklumat penting ke handphone yang..
Haa...sebenarnya iphone 4 Kay pon masuk air..Bukan air sebarangan, tapi air kencing Ayshah Bella...
Kisahnya macam ni..Kay letak iphone tu kat craddle Ayshah..Lepas mandi petang Ayshah, Kay letak la Ayshah kejap lepas tu pi cari barang..Masa tu jugak la Ayshah kencing atas tilam tu..Terkena la iphone tu..
Kay cepat-cepat la lap..Tapi air ada termasuk juga.. Lepas tu skrin tu ada keluar garis-garis. Kay dah cuak sebab ada 6000 lebih gambar yang Kat belum transfer dalam komputer.
Kay pon cepat-cepat keringkan pakai pengering rambut lepas tu terus transfer gambar ke komputer. Masatu Kay ada nampak tompokan air dah meresap kat skrin.
Apa-apapun Kay bersyukur sebab lepas 2-3 hari tompokan air tu dah kering dan iphone Kay SELAMAT!!
Gambar pon dah selamat di transfer ke komputer. DUIT PON SELAMAT!! heheheh
ok back to the story, lets enjoy some pixx below!!

Itu Lau Kong tengah tengok SAMSUNG DUAL SIM..Tapi akhirnya LAu Kong piling handphone Lenovo, iaitu jenama China..juga DUAL SIM..Kami nak try jenama lain la..Dah pakai Iphone, SAMSUNG, Nokia.. |
ARTE MARKET ni ada di aras 1 dan juga Aras 2 di dalam TIMES SQUARE. Arte Market ni diadakan sekali dalam sebulan. |
Yang ini menjual patung buatan tangan. |
YAng ini barang perhiasan wanita macam rantai gelang dan cincin. |
Ada juga yang menjual hasil lukisan!!! |
yang ini pelekat kereta..Macam -macam tulisan la yang ada.. |
yang ini pula menjual tutu dan perhiasan kepala khusus untuk kanak-kanak! |
Lagi meja yang menjual perhiasan wanita. |
Yang ini kedai jual kotak yang diperbuat dari kayu! |
Sekop kepala!! |
Yang ini menjual hasil crochet..Atau kait.. |
Yang ini pula menjual sabun yang diperbuat dari sabun UNTA!! |
Yang ini pamplet pasal perkhidmatan yang diberikan.. Kalau kita nak tempah barang perhiasan untuk majlis-majlis. |
Yang ini ada juga yang menjual hasil dari clay polumer. Turut mengadakan kelas untuk ibu ibu dan anak anak yang berminat... |
Yang ini pula menjual produk kelapa dara.. |
Ouh..ada juga ramai orang yang menjual cupcakes!!salah satu daripadanya ialah Sweeeet Tooth... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ayshah Bella ringan tulang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat. Jom baca Quran.. heheh.. Entry kali ini Kay nak kongsikan bagaimana nak reset ...