Thursday, July 31, 2014

Rezeki di hari raya ke empat


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini bersamaa dengan 31 Julai 2014 merupakan hari raya ke-4.
Juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa mertua Kay yang ke 38 tahun..
Juga tarikh ini merupakan tarikh lahir 
kakak sulung Kay yang ke......(rahsia.. Hihihi).
Juga merupakan hari lahir sepupu Kay yang bernama Hani Suraya (sedapkan nama nya?)
Juga merupakan hari lahir kawan kawan Kay iaitu Juliana Azhani ( kawan sekolah rendah), Aini Ajit ( kawan masa di Universiti Malaya) dan juga Izyan ( kawan di Dubai).
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal buah terap, jering dan buah nenas yang diberikan oleh kawan Mak Usu (adik ipar Kay) yang bernama Priscilla. Untuk pengetahuan semua buah buahan yang diberi ini adalah dari kebun nya sendiri di Simunjan, Sarawak.
Cerita banyak- banyak tak best. 
Lets enjoy some pics!!

Memandangkan hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan mak dan bapa mertua yang ke 38 tahun, makanya kami makan tengahari di Singapore Chicken Rice Shop yang terletak di rumah kedai yang berhampiran dengan Star Mall, Sibu. Khadeejah makan banyak nasi ayam. Kay pun berselera makan sebab beberapa hari ni asyik makan nasi, ketupat, kari dan sebagainya. 

Inilah dia rupa buah terap!! Tak silap ini kali pertama Kay makan buah terap. Tapi pernah nampak buah ni di Pasar Filipin di Kota Kinabalu. Senang je nak kopak buah ni, cuma tekan atau picit kulit nya. Dan akan terbuka. Buah nya seperti buah  cempedak!! Buah terap dan buah cempedak merupakan buah kegemaran Lau Kong. Ouh kalau bahasa kampung, nama buah ni buah lumok.

Yang ini pula buah jering. Kay makan buah petai. Tapi buah jering tak biasa pula. Kay tengah fikir nak makan jering ni macam mana. Kalau buah petai tu Kay buat sambal selain dari makan mentah. Jering ni ada ke orang buat sambal tumis jering???

Inilah rupa sambal tumis petai dan ikan bilis yang dibuat oleh Kay sendiri.. Amacam??? Heheheh


Ya Ampun...besarnya nenas tu.. Subur sungguh tanah kebun Priscilla tu!!! Apa apapun terima kasih daun keladi. Alhamdulillah..

Saturday, July 26, 2014

Membayar Zakat di Sibu Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman membayar zakat di Sibu Sarawak.
Selain di Sibu, Kay pernah membayar zakat di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.

Ok cerita banyak/ banyak tak best so les enjoy some pics!!

Kay berselfie sikit di Baitulmal Sibu.. Hehehe

Walid membayar zakat..

Eh.. Kay baru tahu.. Boleh bayar pakai kad juga..

Hiasan di dinding..

Lepas bayar zakat, kami diberikan sebuah beg yang berisi buku nota, pen, tafsir al Quran, dan sebagainya.. Sila perhatikan gambar di bawah...








Thursday, July 24, 2014

Hari tanpa plastik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni pasal hari tanpa beg plastik!
Haishh.. Kat Dubai tak ada pula kempen hari tanpa plastik. Tapi ada usaha untuk menggalakkan pembeli menggunakan beg kitar semula.
Haa.. Hari Isnin yang lepas merupakan hari tanpa beg plastik. Maka nya untuk barang barang kering, dimasukkan dalam kotak. Untuk barang barang basah seperti mee kuning dan sayur sayuran , pihak kedai memberikan kelonggaran untuk diletakkan dalam beg plastik.
Ini adalah pemandangan didalam pasaraya Sing Kwong, Sibu.😊

Pengalaman kali pertama Khadeejah Bella ke klinik gigi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Haa.. Kay dah 5 hari berada di Bumi tercinta.. Malaysia..
Sepanjang 5 hari di Malaysia khususnya di Sibu, banyak yang berlaku dan Kay tak sempat nak tulis.
Apa apapun entry kali ni Kay bersemangat nak tulis sebab ini kali pertama Khadeejah Bella jumpa doktor gigi!!
Cerita banyak banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Semalam kami ke Klinik Pergigian Lanang untuk cek gigi kami anak beranak. Kay kene tampal satu gigi. Khadeejah pun kene tampal juga. Memangdangkan terlalu banyak temujanji di klinik Lanang, nurse mencadangkan untuk kami ke sekolah yang berdekatan bagi menampal gigi Khadeejah. Ouh Kay baru tahu!! Semestinya percuma. Perlu bawa kad gigi Khadeejah ke klinik gigi di sekolah berkenaan sahaja. Mudah.

Khadeejah Bella tak takut langsung jumpa doktor gigi. Tanpa disuruh, dia dah bula mulut. Sebagai hadiah, doktor tu bagi Khadeejah Bella sticker MInnie Mouse, sama seperti kartun yang terdapat di baju dia tu... Nampak tak t shirt warna kuning tu? Hehehe

Keesokan hari nya kami ke Sekolah Rendah Thian Chin yang terletak berdekaan dengan rumah Nenek. Sebelum kami ke sekolah tu, Kay telefon Klinik Pergigian Lanang untuk bertanyakan dimanakah sekolah yang mempunyai klinik gigi yang terletak berdekatan dengan rumah nenek. Tak semua sekolah ada klinik gigi! Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Kali pertama Kay masuk ke dalam, terkejut juga sebab cantik klinik nya!

Kay sempat memuji kecantikan klinik tersebut! Nurse disitu cakap klinik tu baru lagi! Baru dibuka pada tahun ini(2014). Ouh rezeki Kay juga datang hari ini sebab kalau nurse nurse tiada di sekolah atau urusan travelling, tak dapat la Khadeejah Bella mendapatkan rawatan disini. Kay perlu ke sekolah yang terletak di kawasan bandar antaranya Sekolah Methodist, SEDC No. 3 dan Sekolah abang Ali.

Antara ruangan di dalam klinik.

Sebetulnya ada banyak gigi Khadeejah yang perlu ditampal teutamanya gigi dibahagian depan atas. Tetapi nurse beritahu, takut tampalan tak melekat atau mudah tertanggal. Maka nurse mencadangkan agar gigi bahagian depan atas tidak perlu ditampal memandangkan gigi tersebut cepat tanggal dalam usia 4,5 atau 6 tahun. Gigi akan longgar sendiri. Yang perlu diberi perhatian ialah gigi gerahama sebab gigi tersebut lambat untuk tanggal. Mungkin darjah 3,4 atau 5.

Kali ini, Khadeejah ada nangis sikit. Ditambah pula dengan keadaan bangun pagi yang tidak lancar. Dia ads merengek pagi tadi. Entah apa yang tak kena.. Hahahah.. Apa apapun, walaupun nangis, Khadeejah tetap buka mulut! Alhamdulillah so far Khadeejah Bella memberikan kerjasama yang baik.. Hehehe.. Diharapkan bila Kay bagi pendedahan awal kepada Khadeejah, dia tidak akan takut untuk berjumpa doktor gigi! Sebab bapa mertua Kay sangat takut untuk berjumpa dengan doktor gigi! Mungkin pengalaman waktu kecil yang memberikan kesan sampai sekarang.


Monday, July 14, 2014

DIY Sampul Duit Raya 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman kali pertama Kay buat sampul duit raya dengan Khadeejah Bella..
Kay belum lagi sampai seru nak buat kuih raya dengan Khadejah..Tunggu Khadeejah besar sikit baru Kay akan buat aktiviti membuat kuih raya.

Cerita banyak banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih..

Tiba tiba sahaja Kay tergerak nak buat origami sampul surat sekaligus merangkap sampul duit raya bagi tahun 2014. Tahun ini Kay akan beraya di Sibu. Kay bercadang nak gunakan sampul duit raya ni untuk kanak-kanak. Untuk dewasa Kay akan gunakan sampul duit raya dari bank lah..Kay gunakan kertas warna yang Kay beli tahun lepas untuk buat perhiasan origami arnab bagi sambutan harijadi Khadeejah Bella yang kedua..http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/03/khadeejah-bella-turns-2-celebration.html
Seronok buat aktiviti ni bersama Khadeejah. Sementara tangan Kay buat origami, Kay dapat ajar Khadeejah berkaitan warna dan juga bentuk iaitu rectangle, square dan triangle (Kay cakap bahasa omputih..hahah). Khadeejah tanya mana Oval. Kay jawab la tak ada oval..bila sampul duit raya dah siap, Khadeejah kutip dan kumpul. Kemudian dia ikut dialog Mail dalam cerita Upin dan Ipin "dua singgit..dua singgit...."..Haish..memang ada bakat untuk jadik Taukeh si Khadeejah ni. Semoga dapat menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti Saidatina Khadeejah, isteri pertama Rasullullah SAW. Amin.


Kay hanya menggunakan kertas yang berbentuk square. Khadeejah bermain dengan kertas yang berbentuk rectangle. Dia tahu kertas rectangle Kay tak perlukan. Jadi dia main yang itu lah..Bijak..Bijak...

Tuesday, July 8, 2014

Iftar cum birthday celebration at Fairmont Hotel Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman berbuka di hotel sekaligus konon-konon sambut harijadi di sini la..
Huuhh..Jimat duit Lau Kong..Kalau tak Kay dah demand nak candle lite dinner tadi..
Tapi dengan 2 orang tuan puteri (Khadeejah Bella dan Ayshah Bella) mana nak makan candle lite dinner dengan aman...
Apa-apapun Kay bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut hari lahir yang ke 30 tahun (ouh dah masuk 3 series). Lebih indah lagi disambut dalam bulan Ramadan bersama Lau Kong dan anak-anak dan rezeki kami sekeluarga sebab hari ini company ada buat majlis Iftar di Fairmont Hotel Dubai..
Dapat la Kay bercuti dari memasak..hehehe

Ok..Cerita banyak bayak tak best so lets enjoy some pixx!!


Sekian terima kasih.
Kami berjalan kaki ke Fairmont Hotel yang terletak berdekatan dengan Dubai World Trade Center Metro Station. Iaitu cuma satu perhentian sahaja dari Emirates Tower Metro Station (yang terletak di rumah Kay). Tak rasa jauh sebab masa berjalan kami berbual-bual dan Kay sibuk ambil gambar untuk dikongsikan di dalam blog!Kami keluar rumah dalam pukul 6.20 petang

Ouh..Ambil gambar Lau Kong yang segak berbaju melayu warna biru dan kebetulan kami lalu di hadapan kedai Burger Elevation yang juga berwarna biru sama macam warna baju Lau Kong!!

Kami juga lalu depan kedai yang menjual makanan dan minuman yang diperbuat daripada UNTA!!ouh Kay dah cuba Hotdog Unta..ok la..Cuma sekali itu sahaja Kay beli lepas tu tak beli lagi...hehhe..


Ini adalah pemandangan yang menghadap laut dari tingkat 34 Fairmont Hotel Dubai.

Susunan diatas meja..

Bahagian sup dan roti. Ada 2 jenis sup iaitu Lentil Soup dan Mushroom Soup.

Yang ini bahagian Salad..

Dalam kotak tu ialah lilin..Cantik kotak nya..itu yang Kay ambil gambar..ahahaha

Yang ini tempat letak pinggan..Kay suka perhiasan kotak kayu dan lampu gantung tu...nampak tak???

Susunan buah-buahan...

Roti Naan dan Dhal Makhani..

Daging Lembu...

Moroccan Delights

Me n Lau Kong..Dengan tema BIRU!!

Antara pekerja syarikat yang berbangsa Arab..

Yang ni Kay nak tunjukkan susunan kerusi di meja pertanyaan. Kerusi disusun begitu. Kalau di Malaysia kerusi menghadap meja kan? Di Dubai, kerusi disusun sebegitu...

Sunday, July 6, 2014

Selamat Hari Jadi Emak yang ke 60 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak tulis sikit pasal hari jadi emak a.k.a Opah yang ke 60 tahun.
Alhamdulillah tanggal 4 Julai 2014, emak berusia 60 tahun.
Mak Long (kakak sulung Kay) belikan kek dan sambut bersama Mak Su (adik Kay yang bongsu) dan juga dengan Mak Cho (kakak emak yang sulung).
Kay di Dubai dan tidak dapat sambut harijadi mak bersama.
Apa-apapun Kay doakan mak dikiurniakan kesihatan dan sentiasa dirahmati Allah.

Enjoy some pix below.

Sekain terima kasih.

Cantik kek yang Mak Long belikan untuk Opah..


Play Area di dalam Babyshop Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak tulis pasal tempat kegemaran Khadeejah Bella.
Bukan Khadeejah je yang suka datang sini, Kay pun suka datang sini..
Lukisan dan warna yang terang dan menarik.
Babyshop merupakan tempat yang menjual barangan kanak-kanak seperti baju, mainan, buai, bouncer, nursing chair, breast pump, dan sebagainya. Kiranya one stop center untuk beli barang keperluan anak-anak baik di peringkat bayi atau pun kanak-kanak.

Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pics!

Sekian terima kasih.


Kay datang ke sini untuk membeli buai jenama GRACO untuk Ayshah Bella. memandangkan Ayshah dah tak mahu duduk di kerusi bouncer sebab dah mula nak roll over dan merangkak. Kebetulan Lau Kong nak keja luar kawasan ke Beijing, makanya Kay memeelukan alat bantuan untuk menjaga Ayshah sementara untuk menyelesaikan Khadeejah pula..macam nak suap makan, nak basuh berak, nak mandikan dan sebagainya.

Khadeejah Bella yang melompat kegembiraan. Lagi 2 orang kanak-kanak kat belakang tu ialah warga Mesir. 3 beradik bermain sementara menunggu ibu membeli barangan mereka.

Yang berbaju merah jambu tu ialah kakak sulung berumur 7 tahun. Pandai menjaga adik-adik nya.

Khadeejah gembira dapat naik sampai ke atas. NAmpak tak kepala dia kat atas tu?heheh Siap lambai tangan tu...

Bermaian dengan walker. Kay bagi Khadeejah main puas-puas supaya bila pulakng ke rumah dia tidur kepenatan. Jadi Kay boleh la buat kerja rumah...hehheheh

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...