Tuesday, November 25, 2014

Lemonade Sheikh Zayed Road Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan sedikit maklumat terbaru pasal tempat makan yang baru sahaja di buka di kawasan berdekatan dengan rumah Kay.
Restoren ni namanya Lemonade.
Baru hari ni Kay terbuka hati nak pergi mencuba makanan di Lemonade. 
Sebab Kay tengok design Lemonade dari luar macam menghidangkan makanan barat.
Tekak Kay tekak masakan Asia ( Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam) jadi itu yang membuatkan Kay kurang berminat untuk mencuba.
Cerita banyak banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!!

Sekian, terima kasih.

Apa yang menarik pasal Lemonade ini ialah semua masakan/makanan yang ada dalam kedai ini, resipinya terkandung dalam buku diatas, The Lemonade Cookbook. Masakan dari California Selatan. Buku tersebut berharga 150 Dirham.

Tujuan utama Kay datang ke Lemonade ialah untuk mencari kek ( cake testing ) bagi majlis harijadi Ayshah Bella yang pertama. Kay tak pandai buat kek (walaupun kek nampak mudah, tapi tak mencapai citarasa Kay. Kay mahukan kek yang sedap seperti di kedai. Kay pernah buat kek ikut resipi internet dan sebagainya, tetapi tidak sesedap orang lain buat..Kesimpulannya Kay kena belajar buat kek.. Hihi)..ada 3 jenis kek yang Kay cuba iaitu kek pisang, kek strawberry dan oren, kek red velvet. Kay ingin mencuba kek coklat, tetapi tiada.

Yang ini ialah cupcakes dan soft cookies.

Macaroon pun ada.

Kay cuba minuman limenade yang berharga 19 dirham. Kek diatas ialah kek pisang. Pada Kay , kek nya ok.

Yang ini pula ialah kek strawberry dan orange. Sedap. Ada masam oren dan manis strawberry. Tapi untuk majlis harijadi Ayshah, Kay rasa tak sesuai untuk kek yang berasa masam. Kay suka kek yang manis.

Dan akhirnya... Kay dan Lau Kong bersetuju untuk membeli kek red velvet dari Lemonade... Sedap.. Kay pernah mencuba red velvet cake dari Coco's Restaurant, tapi memandangkan pada harijadi Khadeejah Bella yang kedua tahun pada tahun lepas Kay dah beli kek coklat dari Coco's Restaurant ( memang sedap dan puas hati), tahun ini kami akan beli di restoren baru iaitu Lemonade...kiranya ada sedikit kelainan.. 






Saturday, November 15, 2014

Produk makanan sejukbeku Felda di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan sedikit info berkaitan makanan.
Bila di luar negara, tekak Kay mesti nak makanan tanahair tercinta.
Jadi, bila jumpa tempat yang menjual makanan Malaysia, Kay pasti teruja untuk kongsikan di dalam blog.
Selain berkongsi maklumat, ini boleh dijadikan kenangan Kay duduk di Dubbay..
Produk ini di jual di Lulu Hypermarket yang terletak di Al Barsha.
Untuk pengetahuan semua, Lulu ada banyak cawangan. Antaranya di Karama. Kay tak pasti pula di cawangan Karama ada atau tidak produk Felda ini.

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx..

Sekian, terima kasih.😊

Inilah antara produk keluaran Felda! Macam- macam ada!! Donut, bun kacang merah, karipap, bun sambal..
Untuk sesiapa yang berat tulang untuk menguli tepung di rumah untuk membuat kuih- muih.. Ini adalah penyelesaiannya... 


Kay beli 3 jenis produk iaitu karipap (sudah pasti), bun kacang merah dan bun sambal. Karipapnya sedap mengikut citarasa tekak Kay..😁.. Harga sebungkus karipap (10 biji) ialah Aed9.50

Ada juga tapioca cake dan sweet potato cake. Kay tak beli yang ini sebab kurang berminat.





Thursday, November 6, 2014

Pengalaman ke Dubai World Hospitality Championship 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama menghadiri Dubai World Hospitality Championship (DWHC)  yang berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2014 di Dubai World Trade Center.
Tahun ini merupakan edisi yang kedua DWHC.
DWHC edisi pertama adalah pada tahun lepas.
"Memandangkan Dubai menarik ramai pelancong dari seluruh dunia, DWHC disediakan dan menjadi platform yang sesuai untuk memperkenalkan makanan dan hospitaliti rakyat Emiriyah Arab Bersatu ataupun dikenali sebagai Emirati yang memfokuskan makanan tradisi popular United Arab Emirates (UAE)", Omar Amin, Member of DWHC Organising Committee.

Apa-apapun Kay sangat berpuas hati dapat datang ke sini. Jika ada rezeki untuk berada lebih lama di Dubai dan akan ada lagi pameran sebegini tahun depan, InshaaAllah Kay nak datang lagi!!


Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Ada 2 tempat yang boleh dikunjungi. Salah satu nya ialah pameran di dalam Sheikh Saeed Halls. Dibahagian dalam dewan ada pertandingan memasak yang dibahagikan kepada beberapa categori. Selain pertandingan memasak, ada juga pameran dari 7 buah negeri United Arab Emirates. Ataupun dikenali sebagai 7 Emirates.

Negara Arab dan pokok kurma, tidak dapat dipisahkan..hihi


Sebelum minyak ditemui, aktiviti masyarakat UAE ialah hasil laut.

Ini Kay tak tahu apa namanya..Kay ambil je gambar..hahaha

Ini kereta polis UAE zaman dulu. Tapi Kay tak pasti pulak zaman 50 an, atau 60 an atau 70 an.. Dulu kereta polis UAE macam gambar diatas, TETAPI..zaman sekarang..HUMMER, LAMBORGHINI AVENTADOR dan sebagainya.

Ini adalah corak pada bahagian tangan baju kahwin wanita Emirati dulu-dulu. (Wedding Dress)

Yang bergantung diatas ialah Wedding Dress. Patung tersebut memakai baju pengantin beserta hiasan emas (rantai dan hiasan kepala)

Yang ini akviti membuat inai. Warga emas sedang menunbuk daun inai.

Attar, dalam bekas empat segi tu ialah Za'faran (dalam bahasa Arab) ataupun Saffron (dalam bahasa Inggeris) yang telah dihancurkan dan dibancuh dengan air. Tak silap, orang Arab minum susu yang bercampur dengan sedikit saffron.

Dalam bekas kuning tu ialah Bukhoor (dalam Bahasa Arab) ialah scented bricks. Scented bricks ini dibakar untuk mewangikan dalam rumah dan pakaian menerusi asap tebal. Selalunya dibakar pada hari besar seperti perkahwinan, hari Jumaat atau pun secara umum untuk mewangikan rumah.
Mahal jugak harga bukhoor yang dijual dalam bekas kuning tu..Berharga 120 dirham.

Nampak tak bukhoor dalam bekas kuning tu?
Nak bakar bukhoor dalam apa? Jawapan nya ialah dalam Mabkhara..iaitu gambar diatas. Ini Mabkhara yang telah dihias. Cantik tak?


Cuba teka apa tu? Itu adalah Galena (Lead sulphide).
Kohl ialah kosmetik mata zaman purba (ancient eye cosmetic) yang secara tradisinya menghancurkan galena dan bahan-bahan lain.(Sumber WIKI).
Secara mudah nya, itu ialah celak mata..

Ini pula menunjukkan bagaimana kain diwarnakan menggunakan pewarna semula jadi. Kay tak bertanya pula lebih lanjut disebabkan keterbatasan bahasa. Kay tak pandai bahasa Arab dan warga emas disana tak fasih berbahasa Inggeris.

Ingat tak gambar corak di bahagian tangan Wedding dress? Gambar ini menunjukkan cara untuk membuat hiasan tangan tersebut.


Gambar keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh wanita Emirati.

Ini pula wanita Emirati tengah membuat penutup muka (Burqa). Dalam dialek tempatan dipanggil burga. Burqa ialah kain embroideri warna metalic tradisional yang digunakan untuk menutup sebahagian muka. Sekarang ini Burqa hanya digunakan oleh generasi lama.

Ini tak silap menenun benang benang untuk dijadikan sehelai kain.

Antara hasil tenunan ialah tali yang digunakan untuk diletakkan diatas unta.

Kain tenunan digunakan untuk membuat beg.

Bahagian dalam beg. Ada ruangang-ruangan kecil.

Kain tenunan yang dijadikan table runner

Sementara Kay membuat liputan di sekitar Dubai World Trade Center, Lau Kong tolong jagakan Ayshah Bella. Sambil tengok Ayshah, sambil menikmati Emirati Folk Dance. 



Ini pula wanita Emirati sedang mengayam daun untuk dijadikan beg, bakul, kipas dan sebagainya.

Yang ini Kay tak pasti tengah buat apa..



Yang ini pula bahagian wanita Emirati menunjukkan makanan yang selalunya dimakan. Yang Kay nampak, mereka banyak menggunakan tepung.


Tempat makan yang disediakan kepada para pengunjung untuk merasai masakan Emirati. 

Beginilah keadaan dalam tempat makan. Wanita yang berbaju kuning tu akan menghidagkan makanan kepada tetamu.

Haa..Falcon merupakan burung kebangsaan UAE. Kay sempat bergambar dengan burung ni..Mak aih..bila burung ni mengepak..bau nya...tak tahan...macam bau hapak la..atau bau burung tak mandi..hehehehe.. Ouh.. Mata falcon tu ditutup.. Mungkin takut falcon tu jadi agresif kot bila matanya dibuka..

Ini pula aktiviti kaum lelaki yang berada di padang pasir. Duduk mengelilingi unggun api sambil berbual atau bermesyuarat


Yang ini gambar close up. Bagaimana mereka minum kopi ataupon dalam bahasa Arab ialah kahwah. Nampak tak lesung besi dan biji kopi diatas? Teko besi atau tembaga diletakkan berdekatan dengan unggun api untuk dipanaskan..


Yang ini pula seorang lelaki tua duduk sambil meletakkan dulang yang berisi gula gula di atas peha.. Ramai kanak- kanak datang!

Yang ini gambar yang menunjukkan peralatan yang digunakan kaum lelaki untuk menangkap hasil laut.

Ini pula adalah tiram ( osyter ) yang mentah lagi segar!!

Lagi peralatan untuk menangkap hasil laut.

Ini pula aktiviti membuat dan mengukir porselin atau tanah liat.

Selain menghasilkan pasu, pinggan, mangkuk.. Ada juga ukiran bahan hiasan seperti ikan dan bot.

Selain menunjukkan aktiviti kaum wanita dan lelaki, ada juga dipamerkan aktiviti waktu lapang kanak kanak.. Dulu mana ada video game ataupun ipad yang boleh dimain didalam rumah. Jadi kanak kanak bermain diluat rumah. Dalam banyak banyak mainan, Kay berminat dengan mainan lori hijau yang disangkut dengan tin tin kosong. Tin tu tak silap Kay ialah tin bekas oat.. 


Gambar ini pula menunjukkan pakaian seragam polis Dubai yang dahuli. Warna oren.. Sekarang warna hijau..

Gambar ini pula menunjukkan peralatan dapur. Anyaman bulat yang tergantung di dinding tu untuk alas lantai macam tikar la. Anyaman diatas lantai pula yang macam topi tu ialah tudung saji! Terdapat pelbagai saiz dan jenis corak diatas dulang besi.

Yang ini pula kedai yang menjual rempah ratus. Kebanyakan rempah ratus datang dari India, Syria, Iran dan negara Arab yang lain.

Gambar ini menunjukkan persembahan dari kaum lelaki. Ada beberapa jenis tarian antaranya  Al Ayalah, Al Razfa, Harbiyya, Liwa, Al Habban dan Al Youlah. Masing- masing mempunyai ciri ciri persembahan tersendiri. Sedikit info, Iyaly bermaksud seorang penyerang/ penceroboh dalam dialek tempatan. Iyala ialah plural iaitu banyak penyerang. Gendang dan jeritan akan memberikan amaran kepada penduduk untuk mempertahankan kawasan. Jika penyerang berjaya dikalahkan, tarian Iyalah akan ditarikan bagi meraikan kejayaan.

Kenapa Kay ambil gambar ini? Sebab itu adalah gambar pengantin perempuan Emarati. Nampak tak banyak perhiasan emas. Penuh satu kepala, tangan, leher..hehehe

Yang ini pula gambar di dalam Sheikh Saeed Hall. Ada booths dari 7 Emirates dan juga Kingdom of Saudi Arabia (KSA)

Lukisan lukisan yang dipamerkan.


Haa....cantikkan tempat letak bukhoor dan mabkhara?

Ada menjual teko untuk letak teh dan kopi. Teko ini dihias cantik-cantik...Macam macam corak ada!!!

Apakah ini? Ini adalah meja beserta alas/tilam dan bekas untuk kurma atau manisan. Harganya ialah 1700dirham

Yang ini pula menjual meja, alas/tila dan juga 2 teko yang dihias.

Yang ini pula booth yang menjual teko arab yang bersalut emas dan perak. Menurut penjual, Sheikh Mohammad Al Makhtoum ada memberikan teko produk hasil keluaran syarikat ini kepada Queen Elizabeth sebagai cenderahati. Teko tersebut dibuat sendiri (handmade) oleh pakcik penjual tersebut..

ini pameran set pinggan mangkuk dari syarikat Jashanmal. Haa..syarikat Jashanmal ni menjual alat alat meja dan peralatan dapur. Kay ada beli handblend jenama Kenwood di Jashanmal Mall of Emirates kalau tak silap. Jashanmal ni banyak cawangan.

Yang ini ialah manisan Arab yang dihias cantik!!

Lagi manisan yang menarik perhatian Kay untuk ambil gambar. Lolly pop yang diukir seperti mak Arob dan pak Arob..hehehe

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...