Monday, May 30, 2016

Resipi Cucur Badak

Assalamulaikum Dan salam sejahtera.
Entri Kali ini Kay nak kongsikan cara Kay buat cucur badak.
Kuih ini juga merupakan Kuih kegemaran mak.
Kay siap telefon mak sebab nak Tanya cara-cara yang keluarga mak buat.
Menurut mak, Mak Cho (kakak mak yang sulung) pandai buat Kuih cucur badak.
Bukan Kuih cucur badak sahaja, semua jenis Kuih pun sedap.
Kuih koci, kuah kacang,sambal tumis..semua sedap.
Kay pernah makan Kuih apam Mak Cho...sedap juga...

Bahan-bahan:

Bahan untuk tepung
1.ubi keledek
2.tepung gandum
3.garam secukup rasa

Bahan untuk inti
1.udang kering
2.cili merah
3.bawang merah
4.bawang putih
5.serai
6.garam
7.gula

Cara-cara:
1.Ubi keledek direbus sehingga empuk. Kemudian dibiarkan sejuk. Kemudian level kan Dan dicampurkan tepung gandum dan garam secukup rasa.
2.Cili merah,bawang merah, bawang putih, serai dikisar Dan ditumis. Masukkan udang kering yang telah dikisar Dan tumis sehingga garing.
3.Masukkan kelapa parut Dan gaulkan sehingga sebati Dan cukup kering.
4. Ambil tepung Dan buatkan doh kecik. kemudian leperkan Dan masukkan inti yang telah disediakan.
5. Goreng kan cucur badak yang telah dibulat-bulatkan.

*
- Kay tak letak sukata n sebab pakai agak agak. Untuk tepung, masukkan secukupnya dalam lecekan ubi keledek.kalau tak cukup, akan lembik.kalau terlebih, akan terkeras pula.
-Kay tersalah pakai ubi keledek. Sepatutnya keledek putih.tapi terbako keledek oren.mak cakap keledek Oren tu lembut kalau buat Kuih. Kena hati hati untuk campurkan tepung.
-Kay kukus keledek. Kalau ikut resipi blog lain,mereka rebus.
- Kay pakai cili merah hidup. Dalam blog masakan lain guna cili boh atau cili giling.

Cerita banyak-banyak tak best.

So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Inilah dia bahan tumisan yang terdiri Dari cili merah,bawang merah,bawang putih Dan serai. Setelah bahan tumis garing, barulah dimasakkan kelapa parut Dan perasa (gula Dan garam secukupnya) 

Keledek Oren yang telah siap dilecek menggunakan tangan.

Agak agak jumlah tepung gandum yang diperlukan. Menurut blog lain, bila adunan tidak melekat pada tangan, jumlah tepung telah mencukupi.

Inilah dia hasilnya. Cucur badak. Alhamdulillah. 


Wednesday, May 4, 2016

Resipi Kuih kaswi

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entry Kali ini, Kay raji nak tulis pasal resipi Kuih kaswi.
Untuk pengetahuan semua, semua resipi yag Kay tulis, Kay buat dahulu ataupun Kay belajar secara terus dengan tuan yang empunya resipi.
Kemudian, segala tips Dan cabarannya akan dikongsikan.
Resipi Kali ini Kay ambil Dari blog- blog yag lain.
Ada pelbagai resipi Kuih kaswi antaranya Kuih kaswi yang hanya menggunakan tepung gandum. Ada yang guna tepung gandum Dan tepung ubi. Ada yang guna tepung gandum Dan tepung beras. Dan macam- macam lagi. Ikut la apa jenis tepung yang ADA dirumah.
Macam Kay, dirumah ada tepung gandum Dan tepung jagung.makanya itu lah bahan yang digunakan.
Ada resipi yang tidak menggunakan kapur. Tapi Kay gunakan kapur.

Bahan-bahan:
1.5 cawan air
2.2 cawan tepung gandum
3.1/2 cawan tepung jagung
4.1 sudu kecik kapur makan. Bukan kapur
       yang digunakan untuk papa
       hitam..hehehe
5.1 cawan gula merah/gula melaka ( Kay
       gunakan gula apong sebab di Sarawak          terkenal dengan gula apong)
6.1 cawan gula pasir
7. Kelapa parut yang ditambah dengan
    sedikit garam untuk menaikkan rasa
    lemak. Tips untuk kelapa tahan dan tidak basi ialah dengan mengukusnya.

Cara- cara:
1. Gula apong, gula pasir Dan air dimasakkan diatas api kecik sehingga larut. Boleh juga masukkan beberapa helai daun pandan.Kay tak pakai daun pada sebab tak ada. Kalau ada lagi nyaman/ sedap.
2. Kemudian sejukkan larutan air gula tersebut. Jika tidak, tepung akan bergumpal bila dicampurkan dengan larutan panas/ suam.
3. Untuk memudah kerja Dan menjimatkan masa, Kay menggunakan pengisar. bahan kering (tepung gandum, tepung jagung Dan kapur)  dicampur dengan larutan air gula yang suam. Kisar sampai gumpalan tidak kelihatan.
4. Tapis adunan ke  dalam Loyang yang telah disapukan minyak. Kay masukkan dalam Loyang bulat. Kalau ada bekas kecik- kecik lagi bagus. Sebab Kuih akan jadi bentuk cantik Dan sekata.
Kalau pakai Loyang, cabarannya ialah masa nak potong sebab melekat pada pisau.
Tips nya ialah potong masa sejuk. Macam Kay, lepas siap kukus, simpan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, baru potong.
5. Loyang berisi adunan tadi dikukus selama 30 minit. Tips untuk pastikan Kuih sudah siap dikukus ialah menggunakan lidi Dan cucukkan. Kalau ada tepung yang melekat,maknanya  belum cukup tempoh kukusan.
6. Akhir sekali, salutkan dengan kelapa parut.


Let's enjoy some pixx.

Sekian Terima kasih.

Kay gunakan sukatan bekas susu Ayshah sebab nak buat sedikit sahaja. Kay pakai yang warna merah jambu tu.

Inilah hasilnya. Kay puas hati Dan mengikut citarasa Kay. Cukup manisnya dan tekstur yang lembut Dan tidak terlalu lembik. Kawan- kawan yang merasa pun kata nyaman..alhamdulillah. 



Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...