Thursday, April 22, 2021

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

 Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya.

Kita masih berperang dengan COVID 19.

Elakkan tempat sesak, pakai pelitup muka dan sentiasa cuci tangan.

Kali ini Kay nak abadikan kerajinan anak nombor 2, Ayshah Bella yang ringan tulang membuta kerja rumah seperti kemas katil, susun buku dan lipat baju.

Ayshah ni suka kalau diminta tolong untuk Bantu buat kerja rumah. Alhamdulillah.


Tadi dia balik rumah, dia dapat hadiah dari Ustazah sebab dia dapat jawab 10 soalan kuiz pasal Surah Al Masad.

Bila balik rumah, si Shafeeyyah Bella pula nak pensel tu. Adoiii...


Cerita banyak-banyak tak best. So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Inilah dia hasil lipatan Ayshah Bella. Anak patung tu pun dia yang susunkan.






Friday, March 19, 2021

Khadeejah Bella dan surah Al Asr

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Harap sihat hendaknya.

Kita masih lagi dalam usaha melawan Covid 19.

Kerajaan pun sedang dalam pemvaksinan rakyat.

Kita tunggu sahajalah bila giliran  untuk dapatkan vaksin.

Balik kepada tajuk diatas, 

Khadeejah beritahu dia dah hafal Makna Surah Al Asr. Dia hafal sendiri dalam kelas. Kawan- kawan yang lain ada buat pairing untuk menghafal .

Kaedah masing-masing.

Alhamdulillah, Khadeejah boleh hafal dengan sekejap. Dan boleh jawab bila disoal oleh Ustazah Farisha.

Inilah tulisan Khadeejah di kelas. Bolehlah. Kemas dan boleh dibaca. Harap dia dapat teruskan kecemerlangan di sekolah.











Sunday, February 14, 2021

Ayshah Bella Naik Al Quran

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya.

Malaysia masih PKP sehingga 18 February 2021.

Tahun Baru Cina disambut dalam Norma Baharu. Keluarga tidak dapat berkumpul jika jarak lebih dari 10KM.

Seperti tajuk diatas, Kay ingin rakamkan memori Ayshah Bella masuk Al Quran. Kebetulan 1 Rejab dan hari pertama  Tahun Baru Cina. Cantik harinya.

Tapi agak lambat dia membaca. Tetapi lama lama, harap ok lah.

Khadeejah Bella dulu macam tu juga. Kay yang ajar sendiri dari mengenal huruf seterusnya mengeja. Bila dah lancar, naik Al Quran. Sekarang Khadeejah dah masuk surah Al Imran. Dan ada kelas tasmik Online dengan Ustazah sekolah. Alhamdulillah.

Khadeejah naik  Quran Masa darjah 3.

Ayshah Naik Quran Masa darjah 2.


Shafeeyyah Bella belum lagi. Masih Mengenal huruf. Pelan- pelan- kayuh.


Semoga dipermudahkan segala urusan.


Sekian, terima kasih.


P/s: patuhi SOP, jaga kesihatan. Semoga Malaysia cepat bebas dari COVID 19 ini.

Thursday, December 3, 2020

Selamat harijadi Ayshah Bella

 Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya.

Kes Covid 19 masih meningkat dan membimbangkan. Sila jaga SOP dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Sekolah pun ditutup sehingga tarikh yang akan diumumkan.


Seperti tajuk entri diatas, hari ini Hari jadi Ayshah Bella yang ke 7 tahun. Alhamdulillah dia sihat dan semua adik beradiknya sihat. 

Ingatkan dapat sambut disekolah sebab bila sekolah dibuka sekejap, katanya sekolah dilanjutkan hingga bulan dilanjutkan sehingga bulan December sebab PKP haritu, dah cuti hampir 3 bulan. 

Kay dah siap beli goodies untuk diberikan pada kawan sekelas Ayshah. Tapi, tak kesampaian apabila sekolah ditutup semula ekoran kes meningkat.


Apa apa pun, Kay bersyukur kerana anak anak sihat dan Selamat sepanjang musim COVID 19 ni.


Cerita banyak-banyak tak best.

So, let's enjoy some pics.


Sekian, terima kasih.


Beli kek secret recipe combo dengan mc Cafe rm12.99
Ayshah nak kek oreo, Shafeeyyah nak cheesecake, Khadeejah nak kek coklat.

Simple decoration for Ayshah. Dia cukup gembira. Siap tidur awal malam tadi. Dia bangun awal. Kay wish dia happy birthday. Layanan dia nak beli Domino's dan happy meal Chicken burger. Alhamdulillah. Lepas makan, buat kerja sekolah online. Walaupum Covid ,dan stay at home, pelajaran tetap diutamakan. Setiap Hari ada kerja sekolah pagi, dan sekolah Agama akan diberi pada waktu petang. Sabtu Ahad baru mereka rehat sebab tiada online homework.



Kay buat Juga kek until dikongsikan dengan jiran. Kebetulan jiran ada yang berpuasa Sunday Hari Khamis, rezekinya untuk berbuka puasa. Dibalasnya dengan pajeri nenas.  Alhamdulillah.

Saturday, November 7, 2020

Ayshah dan kucing

 Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Ayshah suka sangat akan kucing.

Kebetulan ada latihan di buku Bahasa Inggeris.


Kebetulan ada latihan di buku. Sesuailah jika ditukar nama- nama yang terlibat..heheh


Ada 2 ekor anak kucing. Satu ekor panjang, satu ekor kontot. 

Inilah emaknya...


Saturday, October 10, 2020

10 10 2020

 Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Hari ni tarikhnya cantik. 10 10 2020.

Kay tengok di Facebook yang Hari ini ialah world mental health day .

Yang nak membuatkan Kay menulis ialah, pagi tadi semasa ke bank, ada orang minta sedekah. Dia tulis OKU : Mental


Ada sekarang pakcik bertanyakan apa yang OKU Mental nya? Dia jawab, dia tertekan. Sebab bercerai. Tiada anak. Sekarang on medicine. Bila dah ada rekod OKU Mental, Tak dapat Cari kerja. Ubat yang diberikan sekarang kena beli di klinik swasta. Begitulah sedikit ceritanya.


Orang ya lelaki, pandai speaking London. Kay bagi sumbangan dan dapat tisu.

Apa yang berlaku Hari ini lagi ialah, Khadeejah Bella dah pandai Naik basikal without training wheels!!!! Yeayyy!!!!


So, Kay nak abadikan di dalam blog.

Ayshah belum pass lagi. InshaAllah akan menyusul pandai bawa basikal ... Aaminnn


Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 6, 2020

Ayshah Bella dan Maskara

 Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Harap sihat hendaknya.

Kes Covid-19 semakin meningkat.

Jaga kebersihan dan penjarakkan social.

Al kisah...Masa nak ke sekolah, tengah sibuk sibuk nak menyiapkan mereka ke sekolah, Ayshah datang dengan bawa Maskara. Dia cakap dia nak pakai.

Kebetulan Khadeejah Ada Kat sebelah, dia cakap Mana boleh. Nanti Cikgu marah.

Ayshah jawab, boleh..sebab Maskara Kan warna hitam.


Kay pula sempat bergilir, bulu mats Ayshah pun lebar Dan panjang. Kalau pakai pun Cikgu Tak nampak.

Kay pun pakaikan.

Asal mereka mahunke sekolah sudah. Jangan nak Cari pasal pagi pagi buta...


Haa..itu  aje lah yang Kay nak abadikan dan blog ni.


Sekian, terima kasih.



Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...