Selamat petang..
Ini adalah entry lama di dalam blog terdahulu Kay iaitu Ummi Kay..
Kay dah tutup blog lama tersebut..
Ok..kali ni entry pasal jahit manik pada baju kurung..
Kay belajar jahit manik ni dari ibu Kay (atau pun, dalam blog Kay ni, Kay bahasakan Opah sebab dah ada cucu yang tomei, bernama Khadeejah Bella..kuikuikui)
Hurm..pertama kali jahit manik, sangat excited..Opah kate senang je..
Dan memang senang..(untuk corak yang simple.....pakai jahitan jelujur)
Kalu corak yang susah, mahu terbelit tangan Ummi menjahit nyer..kuikuikui..
Sejak pandai jahit manik ni, habis baju Khadeejah Bella, Ummi kerja kan...sila tengok gambar-gambar di bawah..
Apa yang dapat Ummi simpulkan bila dah mula menjahit manik ni adalah seperti berikut:
- Dengan menjahit manik, dapat merubah penampilan baju..Dari baju yang nampak suram, boleh jadik macam baju dari butik..
- Memerlukan latihan..(Sebab, Ummi jahit manik mula-mula ni, tangan tak berapa nak steady, jadi jahitan nya kurang kemas la...)
- Memerlukan masa..tapi kalu dah minat, sekali dah buat, tak boleh nak bergerak-gerak dah..asyik saje mengadap manik nih..hehehe
- Memandangkan Ummi suri rumah sepenuh masa, dapat la Ummi menggunakan masa yang terluang untuk menjahit manik..(yang jadi mangsa, sudah semestinya baju anak Ummi, Khadeejah Bella Bt Khanif..hheheheh)
- Untuk lebih mencabar, boleh beli buku manik di pasaran (ada contoh-contoh corak)..
- Kalau kreatif, boleh la comes out with your own idea..
Kepada sesiapa yang berminat untuk jahit manik, boleh la mula rajin-rajin kan tangan untuk menjahit nya..
Tak rugi, sebab jahit manik boleh buat kain yang murah, nampak catik dan mahal..
p/s: Terima Kasih Opah sebab mengajar Ummi jahit manik!!!
Sebelum..Bunga nampak biasa saje.. |
Selepas..bila dah jahit manik, nampak mahal..(memang harga baju ni tak mahal pon..hihihi..Tok Bak yang belikan untuk Khadeejah Bella) |
Simple je..Ummi buat jahit manik lurus..samgat mudah (jahit jelujur saje..) |
Ni pun jahit jelujur..tapi mungkin tak nampak sangat..sebab Ummi ambil gambar guna kamera henpon.. |
Di bahagian tangan, Ummi jahitkan dengan 3 jenis warna manik... |
Haa..ni baju Mak Long..Ummi tengok -tengok dan dijadikan contoh.. |
NI baju Mak Long yang lagi satu..Mak Long banyak baju yang berjahit manik.. yang ni punlak, manik nya bercorak bunga.. |
Ni pon koleksi baju Mak Long lagi.. ni corak berjalur panjang.. |
Lagi koleksi baju Mak Long.. Yang ni corak simple jer.. |
Yang ni contoh corak di tangan.. |
Yang ni nampak berat sikit manik nya..tapi tak susah jahit nya.. |
Lagi contoh corak manik di bahagian tangan.. |
Informasi Yang Menarik... Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung Moden Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Baju Kurung Moden Dengan Ebook Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL...
ReplyDeleteSiLa KLik Sini