Selamat petang..
Memandangkan kusyen yang dibeli ini tidak mempunyai sarung, jadi terpaksalah jahit sendiri sarungnya.
Mudah saja untuk membuat sarung kusyen ini. Tidak perlu zip...
Bahan-bahan:
- Kain. Seelok eloknya kain kapas (cotton).
Cara-cara:
- Ambil ukuran panjang dan lebar kusyen. Untuk contoh ini, ukuran kusyen adalan 29 inci X 29 inci.
29 x 29 inci |
- Lebihkan 2 inci (panjang dan lebar) untuk potongan kain yang pertama. Dan lebihkan 2 inci untuk lebar dan lebihkan 4 inci untuk panjang bagi kain kedua. Ini kerana kain kedua akan di potong 2 dan dijahitkan bertindih.
Ukuran diambil dan kain digosok untuk mendapatkan tanda. Kemudian gunting kain. |
- Jahitkan potongan kain pertama dan potongan kain kedua. Pastikan muka kain yang bercorak menghadap antara satu sama lain.
Potongan kain kedua dipotong sama kepada 2 bahagian |
Kedua-dua potongan kain dijahitkan kepada potongan kain pertama secara bertindih |
Pandangan belakang sarung kusyen yang telah siap dijahit (bertindih) |
Pandangan depan sarung kusyen yang telah siap dijahit. |
Selamat mencuba!!!!
No comments:
Post a Comment