Saturday, June 9, 2012

P.F.Changs China Bistro at Mall of Emirates

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 6.38 petang..
Kay dah suapkan Khadeejah nasi dan sup ikan salmom dan sayur sawi hijau..(Sepanjang berada di Dubai baru Kay jumpa sawi hijau di Carrefour, Mall of Emirates..selalunya sawi jepun je Kay jumpa..)
Haa..Kay nak share pasal satu lagi tempat makan yang terletak di Mall of Emirates, Dubai..
Kali ni kami lunch di P.F Changs China Bistro..
Untuk lebih lanjut, boleh klik
http://en.wikipedia.org/wiki/P._F._Chang%27s_China_Bistro

Memandangkan Atok dan Nenek ada di Dubai, makanya Lau Kong ingin la belanja Nenek makan di restoran Cina memandangkan Nenek berketurunan Cina..
  
Hurmm..kalau citer banyak-banyak pun tak best, so enjoy the pics!!

So far, makanan nya sangat memuaskan hati..Memang Chinese Food la..So, for those yang nak makan makanan Cina, boleh la makan di P. F. Chang's..

Welcome to P. F. Chang's Mall of Emirates..Kedatangan kami disambut oleh kuda putih..

Buku menu P F Changs

Sedikit menu yang sempat Kay amik..tapi kalau nak tau lebih lanjut, bulih la google...

Trio Sauce Plate..Ada 3 mangkuk..yang paling kiri ialah mustard, yang tengah Kay dah lupa, yang kanan tu chilli paste..Kita boleh bancuh ikut citarasa nak light, mild or spicy..Kalau nak spicy, tambah chilli oil (warna merah), kalau nak masin tambah soy sauce (warna hitam), kalau nak kurangkan pedas tambah cuka (yang warna putih tu)

Green Apple Soda berharga 22 dirham..Refreshing bila diminum...


Pemandangan dalam P.F. Changs

Lau Kong order Mongolian Beef, Chine Fried Rice, Chicken Meatball dan sebagainya..Yang mangkuk kecik putih tu ialah nasi putih...

Haa..penuh sekali satu meja..Ni memang makan betul-betul nih...Tu Lau Kong tengan bagi-bagikan noodle ke pinggan Atok Nenek n Kay..

Ni noodle..Sedap dan penuh dengan bahan-bahan antaranya cendawan..nama nya Kay pun tak pasti sebab yang buat order is Lau Kong, Atok n Nenek..Kay sibuk layan Khadeejah..

Ni bebola ayam..Sedap..

Ni Itik..tapi apa namanya Kay tak pasti..Ada wrap, timun, sayur sikit dan daging itik..Cara makan ialah, kita masukkan daging itik, timun dan sayur dalam wrap, kemudian lipat dan masukkan dalam mulut..heheheh

Ni gambar yang Kay ambil bersebelahan dengan tempat duduk Kay..Ramai omputih makan sini..Mak Arab n Pak Arab pun ada...Bertentangan meja Kay ni, officemate Lau Kong pun makan kat sini..

Nampak tak ramai orang tengah beratur untuk masuk..Masa tu pukul 2-3 petang..Memang masa orang nak lunch la..Haa..kat entrance tu ada replika kuda putih yang melambangkan the original Forbidden City di China, yang di buat untuk Maharaja pertama Chian iaitu Qin Shi Huangdi..(Kite belajar sejarah sikit..heheheh)...

1 comment:

  1. FYI, P.F.Chang's quite glamour jgk... Br tau ade kat US too... :)

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...