Selamat petang..
Sekarang ni pukul 1.46 petang..
Khadeejah tengah tido kejap..
Jadi Kay nak share la pasal aktiviti memasak yang Kay buat pada hari Jumaat yang lepas..
Sekarang baru la ada masa nak hapdet....
Haa..Kaybukan ape..tetiba nak makan Kuih Apam plak..
Kalau kt Malaysia, Kay da pu beli kat pasar malam dah..
Abes, dah dok kat Dubayy ni..Terpaksa la buat sendiri..(Bagus jugak dok luar negara ni, so bulih la menjadikkan Kay lebih rajin untuk memasak..kuikuikui)
Ok..back to the story..
Kay dapatkan resipi ni dari MyResipi.com tetapi Kay kurangkan sukatan sebab Kay nak masak sikit je dan Kay ada ubah sikit la ikut cita rasa Kay..
Just nak share la..tengok macam mudah..(memang mudah pun..) cuma kalau kita tak buat praktikal, kita tak tau..(untuk memahami apa yang Kay bebel ni..sila tengok gambar..)
Bahan-bahan:
- Nasi 1 cawan
- Tepung beras 1 cawan
- Tepung gandum 1 cawan
- Gula putih 1 cawan
- Air 1 1/2 cawan
- Yis 1 sudu kecil
- Kelapa parut
- Garam secukup rasa
- Nasi di blend dengan 1 1/2 cawan air. (Kay pakai handblender..mudah sikit..kalau takde handblend, pakai blender biasa pon boleh)
- Bila nasi dah hancur, masukkan gula dan blend lagi.
- Dalam bekas yang lain, satukan yis, tepung gandum dan tepung beras. Gaulkan sehingga serata.
- Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam bekas yang berisi yis, tepung gandum dan tepung beras dan kacau sehingga sebati.
- Biarkan selama 3 jam.
- Setelah sebatian tu kembang, masukkan dalam acuan dan kukus selama 15 minit.
- Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul bersama dengan garam.
Selamat mencuba!!
Sekian..
Nasi di blend dengan air dan kemudian masukkan gula putih. |
Dalam bekas yang lain, gaulkan Yis, Tepung Beras dan Tepung Gandum sehingga serata. |
Kemudian campurkan nasi yang telah diblend bersama gula ke dalam bekas tadi. |
Ok..Sekarang Kay buat 2 bahagian sebab nak buat apam warna hijau. |
Memandangkan kertas kuih tu lembut, maka Nenek pon kate kuta pakai acuan besar. Dan kita buat sekaligus. Hijau dan Putih... |
Untuk buat Apam yang berbelag-belang, lapisan pertama, kita letakkan warna Hijau, kemudian, letakkan warna putih, secara berselang -seli sampai la habis. ..Pastikan kita tuang dari tengah. |
No comments:
Post a Comment