Friday, September 14, 2012

Abu Dhabi Part 1

Salam..
Selamat malam..
Entry kali ni Kay nak kongsikan sikit pasal pengalaman Kay berjalan ke Abu Dhabi..
Minggu lepas merupakan kali pertama Kay melawat Abu Dhabi..Kami semua excited sebab Walid dah boleh bawak kereta..Yeayy..Jadi lepas ni, makin senang lah kami nak bergerak..
Ok..Kami datang ke Abu Dhabi atas undangan kawan Walid..Next time mereka pula datang ke rumah baru kami di Dubai (ada 2 bilik, sebelum ni di rumah lama hanya 1 bilik..)..
Sebelum bergerak ke Abu Dhabi, kami singgah di Union untuk membeli buah tangan (buah anggur)..
Tepat jam 8.15 malam kami bergerak dari kawasan Dubai International Financial Center menuju ke Abu Dhabi..hehehhe..
Khadeejah Bella pada awalnya bila masuk dalam kereta, tak boleh duduk diam. Tangan asyik nak menekat punat radio, pegang air-cond etc..Jadi, Kay berpindah duduk kat belakang. Lebih selamat..
Dalam 20 minit masuk kereta, Kay bagi nenen, Khadeejah pun terlelap..
Haa..baru la rasa aman sikit.. Ditambah lagik radio memutarkan lagu-lagu evergreen..Lau Kong pon happy sambil drive..heheheh.
Perjalanan lancar walaupun banyak kereta yang menuju ke Abu Dhabi..
Ada di satu tempat, speed limit ialah 140 km/hr..wow!!
Bila nak keluar dari highway, kami tersesat kejap sebab Kay tersilap tengok google map (tak pakai GPS sebab tak ada..hehehe)
Dalam 10 minit kami tersesat di Yas Island..Hehehe..
Lau Kong boleh buat lawak dalam kereta, kalau kami masuk Amazing Race mesti dapat nombor corot..kahkahkah...
Alhamdulillah..akhirnya dalam pukul 10 lebih malam kami sampai ke rumah kawan Lau Kong yang terletak di kawasan Corniche.
Rezeki kami pula sebab di bawa ke tempat kawan Malaysia yang membuat open house sempena raya..
Puas juga la kami makan Nasi Ayam, Rendang, Nasi Impit dan Kuah Kacang..
Sebenarnya kami bercadang untuk melawat pusat bandar Abu Dhabi, ambil gambar dan pulang ke Dubai..
Sebab kami akan datang semula ke Abu Dhabi untuk melawat Ferrari World dan bershopping di Abu Dhabi..
Jadinya, lepas makan-makan kami pulang ke rumah kawan Lau Kong dan bermalam di sana.
Keesokkan paginya, dalam pukul 8 pagi kami bergerak keluar (kami sarapan dengan Nasi Impit, Rendang dan Kuah Kacang yang dibekalkan oleh tuan rumah semalam..)

Kami dah sampai Abu Dhabi!!Khadeejah tidur dalam pangkuan Lau Kong..Jadi sempat la Kay snap gambar..

Keesokan paginya, Kay snap gambar dari rumah kawan Lau Kong..Tu la bangunan di Abu Dhabi..
Tak banyak bangunan-bangunan tinggi seperti di Dubai..

Kawasan luar rumah kawan Lau Kong yang terletak di kawasan Corniche..Rumah ni antara sewa rumah termahal di Abu Dhabi..Tapi memang patut mahal pon sebab cantik dan luas..
Rumah ni ada 4 bilik, 3 bilik air...

Lepas sarapan di rumah, kami terus menuju ke pusat bandar Abu Dhabi..Yeayyy!!
Memang awal pagi..kereta pon tak banyak lagi...hheheheeh

Tu pintu gerbang salah satu istana Sultan Abu Dhabi..
Gambar senget sebab Kay snap gambar dari dalam kereta..ehheh

Yang ni pula, Panggung Abu Dhabi..Ala macam Istana Budaya la..

To know more about Abu Dhabi, feel free to go to the website..

Ini lah rupa teksi di Abu Dhabi..Warna silver..

Dalam perjalan balik ke Dubai, kami singgah sebentar di Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan..

Ni gambar yang diambil dari mode panorama dari kamera digital Samsung ST66

Masjid yang sangat luas dan cantik..

Sampai sini saja ..Semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang..

Sekian..

1 comment:

  1. waahh..bestnye! masjid tu cantik la..
    "masuk amazing race mesti dapat nombor corot". hahaha

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...