Lama Kay tak update blog sebab sibuk berpuasa dan beraya di Malaysia dan pulang ke Dubai seterusnya masuk rumah baru.
Ok..Bagi sesiapa yang ingin bercuti ke China, perlulah memiliki visa.
Macam mana nak apply visa? Masa suntuk untuk membuat visa? Jangan risau..
Untuk pengetahuan semua, Kay pun pertama kali apply visa ke China..Sebelum pergi buat visa, Kay search di Google dan bertembung dengan pelbagai blog yang juga berkongi cara bagaimana untuk memohon visa ke China. Blog-blog tersebut sangat membantu dan atas faktor itu juga, Kay nak berkongsi sedikit pengalaman Kay agar dapat membantu sesiapa yang ingin memohon visa ke China.
Kay memohon visa China di bangunan OSK yang terletak di Jalan Ampang.
Kami keluar rumah pukul 7:30 pagi sebab dari salah satu blog yang Kay baca, ramai orang nak buat visa (dan memang benar..barisan dah panjang pada pukul 8:30 pagi walaupun waktu urusniaga pada pukul 9 pagi).
Semasa Lau Kong beratur, Kay dah cuak sebab risau urusan lambat sebab lepas buat visa, kami ada urusan lain yang perlu diselesaikan..Maklumlah kami sekarang duduk di Dubai..
DAlam pukul 8.45 pagi, pintu dibuka dan masing-masing menunggu di tempat duduk yang disediakan.
Lau Kong ambil borang dan isi borang. Bagi sesiapa yang dah siap isi borang awal-awal, mereka duduk sementara menunggu nombor giliran dipanggil.
Kay risau lagi sebab Lau Kong belum ambil nombor sebab tengah isi borang..
Tetapi dari pengalaman Kay ni, tak perlu risau sebab urusan sangat cepat..Kenapa?? Sebab terdapat 14 kaunter bagi urusan permohonan visa (application), 3 kaunter pembayaran (cashier), 1 kaunter memungut visa (passport collection), dan 1 kaunter untuk memungut visa berkumpulan (group passport collection).
Dokumen yang perlu di bawa untuk pemohonan visa ke China:
1.Passport
2.1 keping gambar (tak kisah berlatar belakang putih atau biru..untuk pengetahuan, bagi memohon visa Dubai, memerlukan gambar berlatar belakang putih)
Dalam kes Kay ni, disebabkan masa suntuk Lau Kong hanya dapat bercuti selama 2 minggu sahaja, jadi kami buat visa dan collect pada hari yang sama juga. Jumlah keseluruhan untuk satu visa (multiple entry, untuk tempoh 2 tahun dan collection pada hari yang sama membuat permohonan) ialah RM400. Visa Khadeejah Bella juga berharga RM400.
Tetapi jangan risau..bagi yang mempunyai banyak masa, anda boleh collect visa ikut masa-masa yang diberikan iaitu dalm tempoh 4 hari, bayaran pemprosesan ialah RM40 dan sebagainya..boleh rujuk di blog yang lain..(Kay tak sempat nak share).
Waktu untuk memungut passport yang telah siap ialah dari pukul 2 ptg- 4 ptg.
Inilah bangunan OSK. KAy capture gambar ni dari parking lot bersebelahan. Bayaran ialah RM4 sekali masuk. Ada juga parking berbayar DBKL di tepi jalan tapi terlalu penuh. |
Masuk ke Bangunan OSK dan naik lif ke tingkat 2. |
Ramai orang beratur dan dalam pukul 8.45 pagi, pintu dibuka. |
Banyak kaunter dan tak perlu risau..Semuanya berjalan lancar. |
Sekian..
Awww, thanks for the info.
ReplyDelete