Sunday, September 16, 2012

House Warming 2012

Salam dan selamat petang..
Kay nak kongsikan pengalaman pertama Kay buat majlis di rumah..
Bukan apa, sebelum ni kalau orang nak datang rumah, Nenek (my mother in law) ada kat rumah..
Jadi bahagian masak-memasak memang Nenek yang handle..Ditambah lagi Nenek memang sangat pandai memasak terutamanya memasak untuk kuantiti yang besar dan banyak..
Tak tidur dengan lena juga Kay sebelum majlis House Warming tu..hehehe,,
Bukan apa, Kay takut makanan tak cukup dan sebagainya..
Menu untuk majlis house warming adalah:

  1. Itik Panggang (Lau Kong yang masak)
  2. Kambing panggang (Lau Kong yang masak)
  3. Kari Kepala Ikan Salmon )En Shahimi tolong masakkan, kami provide barang-barang untuk memasaknya..)
  4. Asam Pedas Ikan Merah (Sarawak Style, Lau Kong yang masak)
  5. Kuah Kacang (Kay masak)
  6. Udang Butter (Kay masak..untuk pengetahuan, ini adalah masakan pertama yang Nenek ajar Kay masa mula-mula Kay kawen dengan Lau Kong..sebab tu Kay ingat sampai mati..heheheh..Kay pun memang suka makan udang..)
  7. Nasi putih
  8. Air Tembikai
Majlis kami bermula dari pukul 12 tengahari hingga pukul 4 petang.
tetamu yang dijemput terdiri dari kawan-kawan Lau Kong, kawan-kawan Kay dan juga jiran tetangga yang satu floor.
Dengan membuat majlis house warming ni Kay boleh berkenalan dengan jiran tetangga yang terdiri dari warga India dan Syria..Ada satu keluarga dari India, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai doktor (si isteri merupakan pakar kanak-kanak dan si suami ialah pakar mata), pasangan warga Syria (terdiri dari suami, isteri dan sepasang anak) membuka perniagaan kafe dan satu lagi pasangan India (terdiri dari suami, isteri dan 2 orang anak lelaki) suami sahaja yang bekerja, si isteri merupakan volunteer untuk Arts of Living. Bila anak-anak ke sekolah, beliau akan menghadiri sesi Arts of Living. Sebelum datang ke Dubai, Mrs Deepak merupakan seorang tenaga pengajar.

Ok..berbalik kepada majlis makan-makan sempena masuk ke rumah baru..
Alhamdulillah..majlis berjalan lancar dan ramai yang datang..
Makanan juga mencukupi dan rasa best juga rumah ada 2 bilik sebab ada tetamu yang menggunakan bilik untuk meletakkan anak-anak yang tidur petang..(Biasa la..kalau berjalan dengan anak-anak kecil..ada yang nak tidur dan bermain..)
Bila ada bilik extra, kanak-kanak bermain di dalam bilik (sambil melihat pemandangan di luar yang sungguh mengasyikkan..) jadi ibu bapa dapat la makan dan berbual dengan aman di ruang tamu..hehehe

Enjoy the pics!!

Belum pukul 12 tenghari dan meja pun belum penuh dengan makanan.

Khadeejah tolong Kay kemas meja yang penuh dengan kuih raya

Itik Panggang yang disediakan oleh Lau Kong

Kuah Sate or Kuah Kacang yang Kay sediakan..

1 kg Butter Prawn

Kambing sedia untuk dipanggang..dalam 4-5 kg rasanya..


Alhamdulillah..Tetamu ramai dan semuanya berjalan lancar..

Bilik untuk kanak-kanak yang datang untuk berhat dan juga bermain.

Kanak-kanak melihat ke luar tingkap..Ada swimming pool kat bawah tu..Jadi mereka tengah skodeng mat salleh berjemur kot..heheheh
Sekian..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...