Tuesday, May 21, 2013

Silk Street Market in Beijing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Haa..Entry kali ni Kay nak kongsikan tempat yang menarik untuk membeli-belah..
Masa Kay datang ke sini ada terserempak denagn rombongan dari Malaysia sebab Kay dengar ada seorang pakcik ni cakap loghat Kedah..

Sedikit info pasal Silk Street Market ni ialah.. Ia merupakan tempat membeli belah yang terletak Chaoyang District. Tempat ini menawarkan pilihan yang banyak untuk barangan tiruan. Pada tahun 2006, jumlah pelawat yang datang ialah 20 000 untuk hari-hari biasa dan antara 50 000 - 60 000 pelawat pada hari hujung minggu. (Ramai tak??)
Waktu operasi ialah 9 pagi hingga 9 malam.
Tempat yang Kay pergi ni baru dibuka pada 2005 bagi menggantikan Xiushui Market.

Sumber dari Wikipedia.

Cerita banyak-banyak tak best so enjoy the pics!

p/s: Kami bergerak ke Silk Street Market naik teksi dan pulang ke hotel menggunakan Beijing Subway. Nantikan di entry yang akan datang.

Sekian.
Kami bergerak ke Silk Market dalam pukul 6.30 petang pada hari Jumaat. Iaitu hari terakhir Lau Kong ada meeting. Hari-hari sebelum ni kami tak berjalan sangat disebabkan kekangan masa. Pemandu teksi WANITA!. Dan tempat memandu tu ada pelindung bagi mengelakkan dari dirompak. Harga teksi adalah 50 yuan.

Sempat Kay tangkap gambar rumah di sekitar kawasan Beijing dari dalam teksi.


Ada buku Beijing Walker dan juga yang bawah tu iklan arak cina..hehehhe..Kat China ni banyak produk nya sendiri.
Inilah dia pemandangan hadapan Silk Street Market. Ramai orang.

Ni information counter di dalam Silk Street Market.

Display pelbagai jenis fabrik yang terdapat didalam Silk Street.

Haa..Pakcik ni orang Malaysia..Kay dengar dia cakap loghat Kedah. Kat luar sebelum Kay masuk dalam shopping center ni Kay ada nampak rombongan yang pakai tudung. Orang Malaysia la kot.  Kay tak la pergi tegur mereka sebab mata dah rambang nak shopping.

Ni di aras satu. Kedai yang menjual pakaian. Ada t-shirt. Baju wanita.. Trench Coat dan sebagainya.

Kay tak berminat nak beli carpet kat sini.. Ambil gambar je la..

Haa..tapi Kay berminat nak beli duvet. Duvet kat sini dibuat dari pure silk. Puas hati la dapat tawar sampai muka penjual tu masam. Kay dah lama nak beli duvet. Kat Dubai ada cuma mahal lagipun dibuat dari polyester. Kay nak beli duvet king size untuk katil baru Kay!!

Banyak kedai yang jual Chinese Silk..Kay tak berminat nak beli kainsilk. So ambil gambar pun jadi la.. Yang menarik nya..ada juga perkhidmatan menjahit. Kalau nak buat kot, mereka akan jahit dan akan hantar ke depan pintu hotel. 24 jam. Menarik tak?

China sememang nya terkenal dengan mainan kanak-kanak. Banyak pilihan. Yang penting kena tawar!
Kay ada beli sebentuk buah rantai jed dan sepasang anting-anting jed. Ni kira kenangan datang ke Beijing.. Tak la mahal..Kay beli yang biasa..kalau yang luar biasa beribu-riban.

Tumpang ambil gambar je..Ni kat kedai yang jual gifts. Kay beli beberapa keping fridge magnet. Pada kay dah cukup murah tapi bila Kay baca trip advisorm, sepatutnya boleh bargain 3 keping fridge magnet untuk 10 yuan. Takpe, lain kali kali kalau datang lagi sekali, Kay akan bargain sampai macam tu.







Macam-amcam ada..Kipas, chopstick, uncang dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...