Entry kali ni Kay nak tulis pasal pengalaman berbuka di hotel sekaligus konon-konon sambut harijadi di sini la..
Huuhh..Jimat duit Lau Kong..Kalau tak Kay dah demand nak candle lite dinner tadi..
Tapi dengan 2 orang tuan puteri (Khadeejah Bella dan Ayshah Bella) mana nak makan candle lite dinner dengan aman...
Apa-apapun Kay bersyukur kerana diberi peluang untuk menyambut hari lahir yang ke 30 tahun (ouh dah masuk 3 series). Lebih indah lagi disambut dalam bulan Ramadan bersama Lau Kong dan anak-anak dan rezeki kami sekeluarga sebab hari ini company ada buat majlis Iftar di Fairmont Hotel Dubai..
Dapat la Kay bercuti dari memasak..hehehe
Ok..Cerita banyak bayak tak best so lets enjoy some pixx!!
Sekian terima kasih.
Ouh..Ambil gambar Lau Kong yang segak berbaju melayu warna biru dan kebetulan kami lalu di hadapan kedai Burger Elevation yang juga berwarna biru sama macam warna baju Lau Kong!! |
Kami juga lalu depan kedai yang menjual makanan dan minuman yang diperbuat daripada UNTA!!ouh Kay dah cuba Hotdog Unta..ok la..Cuma sekali itu sahaja Kay beli lepas tu tak beli lagi...hehhe.. |
Ini adalah pemandangan yang menghadap laut dari tingkat 34 Fairmont Hotel Dubai. |
Susunan diatas meja.. |
Bahagian sup dan roti. Ada 2 jenis sup iaitu Lentil Soup dan Mushroom Soup. |
Yang ini bahagian Salad.. |
Dalam kotak tu ialah lilin..Cantik kotak nya..itu yang Kay ambil gambar..ahahaha |
Yang ini tempat letak pinggan..Kay suka perhiasan kotak kayu dan lampu gantung tu...nampak tak??? |
Susunan buah-buahan... |
Roti Naan dan Dhal Makhani.. |
Daging Lembu... |
Moroccan Delights |
Me n Lau Kong..Dengan tema BIRU!! |
Antara pekerja syarikat yang berbangsa Arab.. |
Yang ni Kay nak tunjukkan susunan kerusi di meja pertanyaan. Kerusi disusun begitu. Kalau di Malaysia kerusi menghadap meja kan? Di Dubai, kerusi disusun sebegitu... |
No comments:
Post a Comment