Sunday, July 6, 2014

Manisan Arab

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ni Kay nak berkongsi pasal salah satu makanan orang Arab iaitu Manisan..
Haa..Bila cakap manisan je Kay akan terus teringat pada manisan orang India..
Kalau kita tengok cerita Tamil, kalau hari besar macam Deepavali mereka akan makan manisan, kalau majlis perkahwinan pun makan manisan..Haa..Kay ada juga koleksi beberapa keping gambar manisan India yang Kay ambil di Lulu Hypermarket Al Barsha..Masa tu tengah nak Deepavali jadi ada booth yang jual manisan India..Kay cari balik gambar tu dan kalau jumpa Kay akan share kemudian..
Ok..Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pics!!

Sekian terima kasih.


Ini adalah khemah yang didirikan dalam Carrefour Hypermarket dalam Mall of Emirates. Memandangkan sekarang bulan Ramdhan, makanya didirikan khemah khas. Kalau hari bias, tiada khemah ni..Ini kiranya decoration untuk Ramdhan Kareem lah...


Yang ini namanya bokaj..Kay pernah makan sebab Kay beli mixed Arabic Sweets..Campuran Baklawa dan Bokaj.. Rasa Baklawa dan bokaj ni sama (menurut lidah Kay) yang bezanya ialah bentuk sahaja..

Yang itu lah Baklawa..Macam mana rasanya? pernah tak makan kuih sepit? yang disaluti dengan gula halus? Itu lah yang Kay rasa bila kali pertama makan Baklawa. Baklawa ni ada macam macam rasa..Antara nya Peanuts Baklawa, Pistachio Baklawa dan sebagainya..

Yang ini Mamoul..Yang berintikan kurma!! Bila tengok Mamoul ni teringat kuih RAYA!! Tak sabar nak balik Malaysia dan makan KUIH RAYA!!!!! Heheheh

Ini Mamoul berintikan kacang walnuts

Yang ini Kay tak pernah rasa..cuma ambil gambar sahaja..hehehe

Yang ini pun Kay tak pernah rasa..InshaaAllah lain kali Kay cuba..

Kay beli 200g Baklawa Peanut
Dan juga 200g Mamoul Berintikan Pistachio

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...