Thursday, October 30, 2014

Resipi Lepat Labu Inti Serikaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Hehehe..Entry kali ni Kay nak kongsikan resipi Lepat Labu Berinti Serikaya.
Haa...Kay tak biasa makan Lepat Labu..apatah lagi berintikan Serikaya!
Kay biasa makan Lepat Pisang sahaja.
Resipi ini istimewa sebab di ajar oleh Dian, kawan serumpun iaitu Indonesia.
Bilangnya Dian, Lepat ini dipanggil Timpan..Iaitu manisan dari Acheh yang dibungkus dengan daun pisang.
Cerita banyak banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Kami menggunakan 3/4 daripada separuh biji labu

Labu dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk.

Santan dicampurkan bersama labu.

Agak-agak santan menutupi keseluruhan labu dan dimasak sehingga empuk.

Bagi resipi ini, menggunakan TEPUNG BERAS. Gambar diatas ialah tepung beras yang dibeli di Dubai. Macam dari India saja. Seeloknya kita gunakan tepung beras dari Malaysia sebab Kay perhatikan tepung beras di Dubai ni kasar. Tak sehalus tepung beras yang dijual di Malaysia.

Sementara menanti labu empuk, sekarang mari kita sediakan inti Serikaya. Bahan-bahan nya ialah 1 cawan gula.

1 cawan telur (pecahkan telur telur kedalam penyukat 1 cawan)

 Dalam kes kami, 1 cawan telur bersamaan dengan 5 biji telur.

Gaulkan gula dan telur.

Masukkan 1 cawan santan pekat.

Tambahkan 1 sudu teh garam dan 1 penutup esen vanilla.

Untuk memudahkan kerja, campuran bahan bahan untuk membuat serikaya dipukul dengan handblend.

Selepas dipukul, masukkan ke dalam kuali dan sedia untuk dimasak.

Warna kuning cair diawal proses memasak serikaya.

Lama-kelamaan menjadi warna kuning pekat.

Seterusnya serikaya memekat.

Serikaya memekat sehingga berbiji-biji.

Serikaya disebelah kiri dan labu disebelah kanan.

Selain menggunakan labu, boleh juga menggunakan pisang. Tapi bukan sebarang pisang. Gambar pisang diatas tu pun tak boleh juga. Pisang diatas tu sesuai untuk dibuat pengat atau pisang goreng.hehehe

Inti Serikaya yang telah siap.

Labu pun sudah empuk dan dibiarkan sedikit sejuk.

Sementara menunggu labu sejuk, sediakan daun pisang. 

Daun pisang dipotong menjadi segiempat tepat.

daun pisang yang telah siap dipotong dan dibersihkan, di layurkan atas api bagi tujuan melembutkan daun.

Ketulan labu diambil dan lenyekkan.

Hanya gunakan labu. Airnya hanya digunakan sedikit.

Tepung beras dimasukkan sikit demi sedikit ke labu yang telah dilenyekkan menggunakan tangan.


Tepung beras ditambah lagi sehingga paste tidak melekat dipermukaan mangkuk.

Inilah rupa labu yang telah siap bercampur dengan tepung beras. TIPS: Seeloknya labu tidak sejuk sepenuhnya, mesti suam (luke warm) supaya bila lenyekkan labu bercampur dengan tepung beras, tepung beras itu akan masak sedikit (matang) dan mengeluarkan minyak. 

Lenyekkan lagi dengan menggunakan spatula. Sekarang sedia untuk dibungkus dengan daun pisang. 

Daun pisang disapukan dengan sedikit minyak. Kemudian baru diletakkan paste labu. Ratakan paste labu.

Kemudian letakkan inti serikaya diatas paste labu.

Angkat kedua-dua belah daun pisang untuk menutup inti serikaya. Kemudian rapikan paste labu tersebut.

Lipat daun pisang seperti gambar di atas.

Sediakan air yang mendidih. Bila air dah mendidih, barulah diletakkan lapisan periuk yang telah disusun lepat labu.

Lepat Labu disusun dalam satu lapisan sahaja. Jangan di timpa antara satu sama lain.

Inilah dia Lepat Labu Inti Serikaya yang sudah siap dikukus.
Serikaya nya bau wangi dan sedap. Cuma lepat labu nya agak kurang enak bak kata guru yang mengajar iaitu Dian. Mungkin disebabkan kami menggunakan tepung beras yang di beli di Dubai dan juga memasak melenyekkan labu, labu tersebut telah sejuk. Sepatutnya labu mesti dalam keadaan suam supaya bila dicampurkan tepung beras, tepung tersebut akan matang dan mengeluarkan minyak. Barulah akan dapat lepat labu yang kenyal (chewy). Lepat labu yang kami buat ini bila digigit, ianya pecah. 

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...