Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman kali kedua ke Malaysia Agro Food Festival yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 2 November 2014.
Pada tahun ini Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato' Sri Najib Bin Razak, mengadakan lawatan rasmi ke Dubai diatas undangan pemerintah Dubai yang juga Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.
Dato' Sri Najib Bin Razak yang juga Penaung Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) dijangka menyampaikan ucaptama pada forum tersebut yang berlangsung selama 3 hari bermula 28 Oktober (BERNAMA)
Sedikit Info:
8th World Islamic Economic Forum berlangsung di Persada Johor, Johor Bahru, Malaysia pada 4-6 December 2012.
10th World Economic Forum berlangsung di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu tahun ini iaitu 2014.
Tahun lepas, ada juga Malaysia Food Festival. Boleh klik link dibawah
http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/10/malaysia-agro-food-festival-2013-lulu.html
Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx.
Apa-apapun Kay berharap agar lebih banyak lagi produk makanan Malaysia dapat menembusi pasaran UAE. Dengan itu dapat memudahkan rakyat Malaysia yang berada di bumi UAE. Tak perlu lah kami mengangkut barang-barang makanan setiap kali kami pulang ke tanahair..
Selalunya, kalau balik ke Dubai dari Malaysia, beg-beg akan dipenuhi dengan produk makanan sahaja!!
Sekian, terima kasih.
|
Malaysia Agro Food Festival, 29th Oct- 2nd Nov, 2014 |
|
Discover the taste of Malaysia.
Give your taste buds a new treat!
Welcome to the Malaysia Agro Food Festival. Explore a wide range of fresh fruits, vegetables, easy-to-cook- parathas, and other packaged foods from the gardens of Malaysia. Go ahead, visit the food counter now and indulge in the unique taste of Malaysia.
|
|
Tahun ni meriah sebab ada hiasan Menara Berkembar PETRONASdan dihiasi dengan buah-buahan tempatan dan ada sebuah kerusi. Jadinya, boleh duduk dan bergambar!! |
|
Cantik!!! |
|
A towering statement from the food gardens of Malaysia.
PETRONAS Tower Facts!
The tallest twin towers in the world, 1483 ft, 88 floors, 4,252,00 sq ft, completed on 1st March 1999, cost of US 1.6 billion |
|
Antara booth yang Kay sempat beli sebungkus keropok lekor. Kalau ada banyak, Kay dah borong beberapa bungkus. Apa-apapun Alhamdulillah sebab dapat juga merasa sebungkus keropok lekor. |
|
Produk keluaran Syarikat Softa. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi En. Wan Mohd Faizal Azizi. Orangnya ialah yang bercermin mata di gambar diatas. |
|
Bukan sahaja ada keropok lekor, tetapiada keropok lekor krispi, popia sata, popia otak-otak, sata daun dan otak otak daun. Kay berharap agar produk syarikat SOFTA dapat menembusi pasaran UAE sebab keropok lekor dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan..Hehehe |
|
Yang ini pula booth yang menjual produk makanan laut khasnya dari bumi Kenyalang iaitu Sarawak. |
|
Pamplet yang diberikan untu penerangan lanjut. |
|
Antara produk yang dihasilkan dari seluruh negeri Sarawak. |
|
Ini adalah sampel udang kering dan keropok ikan tamban. |
|
Udang kering dalam bahasa Sarawak ialah Sesar. Sesar unjur ni boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat sambal. |
|
Untuk mendapatkan hasil produk diatas, boleh lah hubungi Kartini Bt Bujang seperti di dalam kad perniagaan diatas. |
|
Hiasan yang disediakan olehh pihak LULU GROUP untuk menyambut Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Malaysian Minister of Agriculture and Agro-Based Industry |
|
Ini pula booth yang mempromosikan minuman bijirin oat.
MasterChef Oat Cereal Drink is made from a mixture of the finest quality ingredients available throughout the world today. Our Oat Cereal Drink is blended together with the best cereal grains such as oats, wheat, corn, soya bean and rice to come up with a perfect blend which is not just healthy and nutritious but also simply delicious. Excellent companion for the busy executives on the go, the healths-conscious, those watching their diets, the elder and the youngsters. In shorts, its a complete nutritious beverage perfect for everyone.
Kepada kawan-kawan Kay di Dubai yang nak merasaai keenakkan Master Chef Oat Cereal Drink ini, boleh singgah ke rumah Kay sebab En Ahmad Zaini bagi Kay satu beg bungkusan oat ini secara percuma untuk dikongsikan bersama kawan-kawan dan mendapatkan feedback. |
|
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Encik Ahmad Zaini Abdul Rahman seperti di dalam kad perniagaan diatas. |
|
Yang ini pula booth Bio-Haruantech (M) Sdn. Bhd. Yang dalam gambar tu ialah Kak Shidah dan Founder syarikat tersebut, Mohammad Munir Bin Lukman Hakim yang sedang tekun memberikan penerangan berkaitan produk yang dihasilkan. |
|
Banyak produk yang dihasilkan ntaranya Rezza Brand, Rezz Brand Cafe dan Fruity Blendz |
|
Ini ialah pamplet yang mempamerkan produk Rezza Brand antaranya Bihun Segera, Kueh Tiaw Segerea, Bubur Nasi Rendang Segera, Sardin dan sebagainya. Produk ini ada di jual di 7Eleven, Giant, Carrefour, Mydin, Jusco di Malaysia!! |
|
Selain itu ada produk berasaskan ikan haruan. |
|
Ini sampel sup Belut bersama ginseng. Kata Munir, sup ini tidak hanyir. |
|
Yang ini pula sampel fruity blendz perisa manggis, roselle, nenas dan pisang bersama rumpai laut |
|
Macam-macam perisa ada.. |
|
Bergambar dengan semua yang menjaga booth. |
|
Yang ini pula booth yang mempromosikan kek terutamanya kek lapis. |
|
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malasia Berhad (ANGKASA) turut mempromosikan produk seperti pes asam pedas, pes rendang, pes sambal tumis. Ada juga muruku, kopi pra campuran dan biskut cip cokelat. Dalam banyak-banyak produk tersebut, Kay suka produk pes masakan. Disebabkan duduk dinegara orang, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat masakan Malaysia sukar didapati. Dengan menggunakan pes yang telah siap, dapat memudahkan kerja dan menyenangkan..hihih |
No comments:
Post a Comment