Apa khabar semua?
Harap dalam keadaan sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin kongsikan pengalaman Kay ke kedai khas menjual barangan membuat kek di Dubai.
Haa..Kay tak pandai buat hiasan kek. Ada juga niat dihati untuk belajar.
InshaAllah kalau Kay buat, semestinya akan dikongsikan di dalam blog!
Resipi kek yang Kay tahu juga terhad..Antaranya kek sarang lebah/semut, Kek Span dan Kek Cokelat Moist Kukus.
Untuk resipi boleh klik
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-kek-gula-hangus.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2012/12/resipi-kek-span-perisa-pandan.html
http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/12/resipi-kek-coklat-moist-kukus.html
Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!
Sekian terima kasih.
p/s: Terima kasih Khadijah Bt Zainalabidin sebab sudi membawa Kay ke Kedai Wilton yang terletak di Mercato Mall, Dubai. Disamping berkongsi tips dan ilmu pengetahuan dalam menghias kek. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat menjadi amal jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Inilah kedai yang menjual barangan membuat kek. Nama kedai nya ialah Wilton. Wilton mempunyai 2 cawangan iaitu yang terletak di Mercato Mall (cawangan yang besar) dan satu lagi terletak berhampiran dengan First Gulf Bank Metro Station. Wilton merupakann milik Tavola iaitu kedai yang menjual barangan dapur seperti sudu, garpu, senduk, barangan elektrik berjenama antaranya KitchenAid dan Kuvings. Wilton merupakan kedai yang khas menjual barangan untuk membuat kek dan merupakan pembekal kepada supermarket seperti Spinneys, Waitrose dan sebagainya.. Kay ada membeli slow juicer jenama Kuving's di Tavola yang terletak di Mall of The Emirates.. Sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/12/my-new-kitchen-gadget-kuvings-slow.html |
Ini adalah fondant jenama Wilton. Berharga 39 dirham. |
Ayshah Bella dah dapat kaki. Makanya, satu kedai kek dia pusing.. Kebanyakan barangan yang dijual di Wilton adalah dari Amerika Syarikat. |
Pelbagai pilihan.. |
Pilih sahaja mana corak yang berkenan dihati. |
Ayak tepung. |
Haa..Kay berminat nak buat cake pop. Tapi belum lagi sampai hajat untuk membelinya. Kay ada tengok Cake Pop machine.. |
Jenama Lekue ni banyak peralatan yang menarik untuk membuat cookies, kek dan sebagainya. |
Dibahagian disebelahnya, ada menjual peralatan untuk membuat kek. |
Pelbagai bentuk loyang. |
Decorating Set. Sesuai untuk beginners seperti Kay. Tapi Kay belum beli. Buat lawatan sahaja untuk hari ini. |
Complete set. |
KitchenAid dan Magimix |
Add caption |
Rolling Tool Caddy. Berharga 500++ dirham |
No comments:
Post a Comment