Apa khabar semua?
Diharapkan dalam keadaan yang baik baik sahaja.
Dah makan?
Nak makan mee goreng mamak?
Kay dah berguru dengan Kak Liana..Penang Mai...Hidung mancung anak Mami..
Hahaha...Terima kasih Kak Liana seba sudi berkongsi resipi dan membuat demo khas kepada anak murid.
Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi amak ibadah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Apa yang istemewanya Mee Gorang Mamak versi Kak Liana ialah Mee goreng nya tidak berbau hanyir telur.
Apakah tips nya?
Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!
Sekian, terima kasih.
Perkara pertama ialah panaskan minyak dalam kuali. Nampak tak kuali tu macam kuali yang orang pakai kat kedai kan? kan? hehehe |
Untuk resipi mee goreng mamak, kentang rebus diperlukan. Telur rebus adalah untuk hiasan. |
Ini adalah bahan tumis yang terdiri dari cili kering, tomato, bawang putih dan bawang merah. Bahan kisar ini kemudiannya dimasak tanpa minyak sehingga likat. |
Ini adalah bahan-bahan perasa ialaitu garam, kicap manis, sos tiram, sos tomato, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. |
Bahan kisar yang telah dimasak hingga likat kemudian ditumis dengan minyak panas. |
Masak bahan tumis sehingga garing. |
Sementara menunggu tumisan garing, boleh la hiris-hiris kentang rebus. TIPS: Gunakan jari untuk mendapatkan hirisan kentang yang sekata. |
Setelah bahan tumisan garing, masukkan bahan perasa iaitu sos tiram, kicap manis, garam, sos tomato, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. |
Sudip digunakan sebagai sukatan. |
Lepas letak semua bahan perasa, cuba rasa. Nampak tak jari jari tengah calit sudip tu?? hehehe |
Kemudian masukkan udang segar yang teah dikupas kulitnya. |
Masukkan mee kunig dan gaul sehingga sekata. |
Kemudian masukkan hirisan kentang rebus. |
Lepas dimasukkan kentang rebus, tambahkan sedikit garam sebab dikhuatiri masakan kurang masin. Bergantung kepada citarasa masing-masing. (Ada yang kuat masin, ada yang tak kuat masin) |
Tambahkan lagi kicap manis. Kemudian masukkan taugeh. P/s:Boleh juga masukkan sawi ataupun kobis. Ikut citarasa masing-masing. |
Gaulkan telur dan mee sehingga sekata. |
Inilah dia Meem Goreng Mamak yang telah siap dihias dengan taburan bawang goreng dan telur rebus. Enak dimakan dengan hirisan cili dan kicap. Selamat mencuba!! |
No comments:
Post a Comment