Entry Kali ini Kay tulis secara langsung semasa menyaksikan perlawanan akhir (penentuan pingat emas dan Perak) Datuk Lee Chong Wei menentang Chen Long.
Kay menonton Di saluran 724 HyppTV bersama Khadeejah.
Bagus juga menonton bersama dia sebab Kay bole ajar mathematics bila jumlah mata meningkat.
Bukan setakat mathematics,tetapi juga bendera Malaysia.
Kebetulan sekarang ialah bulan 8 iaitu bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia.
Alhamdulillah, di tadika Khadeejah ada ajar berkaitan bendera Malaysia sempena bulan merdeka. Juga beberapa lagu kemerdekaan.
Setakat 9.29 ini China mendahului dengan 20 manakala Malaysia 17 Di set yang pertama.
Apa apapun Kay harap Datuk Lee Chong Wei dapat emas bagi acara ini.
Bila menonton sukan terutamanya bola speak dan badminton, Kay akan ingat pada Mak ( panggil Opah sebab ada 3cucu dah).
Opah sebenarnya sangat aktif bersukan.
Masa sekolah dulu main netball dan hoki.
Tak silap, Kay pernah nampak gambar Opah main hoki pakai skirt pendek. Zaman dulu-dulu.
Masa bekerja di jabatan kerajaan, sebelum berkahwin, Opah aktif badminton dan ping pong.
Walaupun sudah tua, tetapi skill bermain itu masih ada.
Sudah masuk ke set kedua. Set pertama dimenangi oleh Chen Long |
Sesi pemberian pingat. Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat Perak, 3 Kali berturut-turut di Temasya Olimpik. Tahniah! |
No comments:
Post a Comment