Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan bagaimana Kay dan suami bersepakat untuk memilih nama bagi puteri ketiga kami.
Alhamdulillah, semalam bersamaan hari Jumaat, 26 Ogos 2016, 23 Zulkaedah 1437,
Shafeeyyah Bella Bt Khanif selamat dilahirkan secara normal.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, lebih afdhal si Ayah memberikan nama anak. Tetapi jika si Ibu mempunyai nama yang molek, dibolehkan untuk diberikan nama tersebut.
Untuk pengetahuan, semua nama puteri kami dipilih oleh suami. Kay ikut sahaja sebab nama- namanya elok dan baik.
Kay dan suami sudah bersepakat untuk menamakan anak anak perempuan dengan nama- nama isteri junjungan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.
Puteri pertama kami ialah Khadeejah Bella.
Puteri kedua kami ialah Ayshah Bella.
http://kay-hussin.blogspot.my/2013/12/disebalik-pemilihan-nama-ayshah-bella.html?m=1
Puteri ketiga kami ialah Shafeyyah Bella.
Siapakah Safiyah, Shafiyyah, Safiyyah?
Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Nabi Muhammad. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.
Sumber: Wikipedia
Shafiyah binti Huyay (Bahasa Arab صفية بنت حيي, Shafiya/ Shafya/ Safiyya/ Sofiya) (sekitar 610 M - 670 M) adalah salah satu istri ke-11 Muhammad yang berasal dari sukuBani Nadhir. Ketika menikah, ia masih berumur 17 tahun.[1] Ia mendapatkan julukan "Ummul mu'minin".[2] Bapaknya adalah ketua suku Bani Nadhir, salah satu Bani Israel yang bermukim disekitar Madinah.
Sumber: Wikipedia bahasa Indonesia.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh la mencarinya di internet atau buku- buku.
Berkaitan ejaan nama Shafeeyyah, double E seperti ejaan nama puteri sulung kami iaitu Khadeejah.
Bella? Mengapa kami meletakkan Bella? Ini adalah untuk simpan nama Bell dari Atok ( bapa mertua Kay, Mohammad Bell).
Al- kisah...Atok mempunyai bapa angkat dari Spain yang bekerja di Sarawak, ingin membawa Atok pulang ke Spain.
Tetapi Ayah sebenar Atok, En Razali tidak mengizinkan.
Jadi, bapa angkat Spain itu suruh Atok simpan namanya iaitu Bell.
Info tambahan..
Bella ialah nama perempuan. Dalam bahasa Itali dan Latin, maknanya ialah cantik.
Dalam French, Belle membawa maksud cantik.
Itu lah kisah nya.
Makanya, kami suami isteri bersetuju untuk letakkan Bella bagi semua puteri kami, dan Bell bagi putera kami.
Pernah dengar nama Ustaz Don Daniyal?
Nama Don ialah nama yang diberikan pada adik beradik lelaki, dan Donna untuk adik beradik perempuan.
Kay pernah dengar penjelasan Ustaz Don Daniyal di YouTube mengapa namanya Don.
Apa- apapun, sebagai Ibu bapa,kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Kita mulakan dengan pemilihan nama yang baik-baik.
Semoga anak-anak Kita dilindungi. Ameen.
P/s:
seronok mencari nama anak. Terutamanya bila nama yang dipilih berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW. Kay dapat belajar sirah dan mengambil iktibar dari cerita tokoh-tokoh Islam.
Last but not least... ciao Bella!! Means hi beautiful!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ayshah Bella ringan tulang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat. Jom baca Quran.. heheh.. Entry kali ini Kay nak kongsikan bagaimana nak reset ...
No comments:
Post a Comment