Friday, September 2, 2016

Shafeeyyah Bella genap berusia seminggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak update perkembangan Shafeeyyah pada hari ke enam.
Alhamdulillah, Shafeeyyah sihat.
Susu badan pun banyak. Rezeki Shafeeyyah..
Kuning memang ada.
Makanya Kay pastikan Shafeeyyah menyusu badan dengan kerap.
Kalau agak lama tidur, Kay akan kejutkan untuk menyusu.
Pada hari ketiga, iaitu bila sudah berada di Rumah, Kay risau sebab Shafeeyyah tak berak. Hari ke empat, ada temujanji dengan doctor kanak-kanak untuk pastikan Shafeeyyah sihat memandangkan pada hari kedua iaitu hari kami dibenarkan pulang, suhu badan Shafeeyyah berada di sempadan iaitu 37.4
Doctor izinkan kami pulang dan nasihatnya ialah jika suhu cecah 38, perlu segera ke hospital.
Alhamdulillah keputusan OK. Kuning tak berapa tunggi dan tiada jangkitan dalam darah yang menyebabkan badan Panas.

Hari ini genap Shafeeyyah berusia seminggu, tali Pusat belum tanggal.
Kepala sudah siap dicukur. Cukur sendiri oleh Walid. Tiada kenduri atau Majlis. Sama seperti Khadeejah dan Ayshah. Semua DIY.

Akikah juga sudah di selesaikan. Akan dibuat di Sibu, masa Ibadah Korban.  Satu bahagian lembu, berharga rm600.
Akikah Khadeejah dan Ayshah di buat di Kuala Kangsar. Masing-masing seekor kambing berharga rm700 kalau tak silap.

Itu sahaja perkembangan setakat ini.
Last but not least, so far, sepanjang seminggu menjaga Shafeeyyah, dia tak banyak meragam atau merengek.
Kay bagi susu badan, sedawakan dan letak diatas tilam. Senang.
Tak gunakan buaian. Begitu juga dengan Khadeejah dan Ayshah. Baringkan terus diatas tilam.

Let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Poo poo pada hari keempat. Sudah semakin cerah. Tidak hitam seperti hari pertama dan kedua.
Sejak hari ke Lima,keenam dan hari ini iaitu ketujuh, Shafeeyyah kerap membuang poo poo. Hasil buang an sudah kuning sepenuhnya.

Tali Pusat dalam keadaan baik dan kering. Cuma belum tanggal. Shafeeyyah mandi sekali sehari iaitu pada waktu pagi. Lepas mandi,akan disapukan alcohol yang diberikan 

Ini lah dia, kepala yang telah siap dicukur.








No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...