Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal gift basket yang di buat sendiri.
Tiba- tiba nak beri gift basket untuk guru kelas Khadeejah sempena Tahun Baru Cina.
Di Facebook, ada kawan Kay ambil upah buat gift basket. Cantik gubahan nya. Pakai netting Dan paper flowers.
Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.
Sekian, terima kasih.
|
Ini gambar depan hamper. Kay letak paper ribbon saje. Sebab itu saja yang ADA Dan sempat buat. Kay sangat berpuas hati dengan hasil yang dibuat secara tiba-tiba..hahah |
|
Yang ini bahagian belakang. Kay buat hamper kecil saja. Antara barang makanan dalamnya ialah keropok udang, kuaci, air laici, biskut Gery (Kay Baru pertama Kali beli. Ramai orang cakap best. Rupa-rupanya biskut Gery tu biskut Gula Dan bahagian lagi Satu tu di sapu coklat atau pun cheese). Tak banyak barang yang Kay letak sebab buat Bakul kecil.
Tips: beli makanan yang bungkusan nya warna merah. Baru cantik hasilnya.
Menurut kepercayaan orang Cina, warna merah Dan emas membawa tuah.
Warna Hitam tak baik. Jadi elakkan warna tersebut. |
|
Inilah dia guru kelas Khadeejah. Mrs Huang. Tengok muka pon dah takut. Kecil sahaja Mrs Huang Ni. Kay datang ke sekolah agak awal sebab nak bagi hamper Ni. Tak mahu lah Masa bagi tu, ramai ibubapa yang lain tengok. Heheh..
Masa Kay datang tu, murid-murid tengah duduk ditempat masing masing,buat kerja. Mrs Huang duduk di meja guru. Kay pun masuk ke kelas Dan cakap ' I have something to give you. It's a hamper. I made it myself'.
Reaksi pertama Mrs Huang ialah...Wah..Terima kasih. Dan dia menghulurkan tangan. Kay pun sambut la. Dan ucapkan Happy Chinese New Year.
Kemudian Khadeejah datang ke depan. Mrs Huang pun pelik Khadeejah Dan cakap terima kasih.
Kay happy sebab Mrs Huang peluk Khadeejah sebab Mrs Huang memang garang orang nya. Jarang jarang senyum. Mungkin kepenatan mengajar sebab sepanjang Kay ambil Khadeejah pulang sekolah, memang Kay nampak mereka belajar non stop
Cikgu akan ajar berulang- ulang kali. Untuk pelajar yang Naik bas sekolah, mereka keluar pukul 1130 pagi. Yang lain, keluar pukul 1145. Dalam Masa 15 minutes tu, guru akan suruh murid murid duduk dilantai Dan baca perkataan yang diajar pada Hari tersebut.
Haa.. penat ke tak penat? |
|
Dalam Kereta, Khadeejah senyum aje. Sebab Mrs Huang peluk dia tadi. |
|
Cantik tak? Hehhehheh |
No comments:
Post a Comment