Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
APA Khabar semua?
Harap baik baik sahaja..
Dengan anak anak kecik, semua benda adalah Baharu
Entry Kali ini Kay nak kongsikan pengalaman Kali pertama Khadeejah menekap.
Cerita banyak-banyak tak best.
So let's enjoy some pixx.
Sekian, terima kasih.
|
Kenapa buat tekapan? Kay ada belek belek Buku seni tahun 4. Ada macam- macam lah seni antaranya capan ( pakai pelepah pisang, kentang yang dipotong untuk dibuat corak), anyaman, Dan sebagainya. Tetapi yang menari Minat Kay ialah seni tekapan. Sebab mudah.
AL kisah...Lepas Khadeejah siap buat kerja sekolah, Kay ajak dia buat seni tekapan. Gambar diatas adalah hasilnya. Mula mula, Kay tekap keychain yang ada gambar burung hantu. Lepas tu Kay teringat masa sekolah rendah, matapelajaran matematik ada satu masa kena tekap duit syiling dan buat kiraan. Makanya, Kay suruh Khadeejah ambil coins dalam tabung. Kay cakap keluarkan ten cents, twenty cents Dan fifty cents. Alhamdulillah Khadeejah tahu. Sambil sambil tu ajar dia mathematics. Khadeejah suka buat tekapan. Siap cakap, besok dia nak bawa buku conteng tu is sekolah. Masa Kali pertama Kay tunjuk kaedah tekapan, Kay cakap ' tengok Ni..Magic...'
Lepas tu Khadeejah cakap ' wahhh.. Mama pandai..'
Heheheh |
|
Yang ini sesi lain. Sesi Saja saja. Hasil tangan Ayshah Bella. 'mama!! Ini spider!' |
|
Yang ini hasil kerja Khadeejah. Ada cat, ada dog Dan ada bunny. Di bezakan dengan telinga yang berbeza.
Ada 4 haiwan yang mewakili Khadeejah, Ayshah, Shafeeyyah Dan mama Dan juga kapal terbang.
Ceritanya ialah, kami akan ke semenanjung (Malaya) bila cuti sekolah. |
|
Yang ini nak kongsikan ceritanya bila tiba-tiba Khadeejah lukisan hujan Dan matahari menghasilkan pelangi. Alkisah, Kali pertama Khadeejah Dan Ayshah nampak pelangi adalah di Miri, Sarawak pada tahun 2016, waktu petang Di penghujung tahun Di Dubai rasa nya tak pernah pula kami nampak pelangi sebab jarang jarang hujan. Bila nampak pelangi, Khadeejah akan Bertanya kenapa ada pelangi mama? Kay pun jawab la sebab ada hujan Dan matahari, barulah ada pelangi. Kebetulan Upin Dan Ipin pun ada episode pelangi, maka memudahkan Kay untuk terangkan. Ada juga Kay usik, sebab Naga turun ke Bumi untuk minum air ( ala macam dalam episode Upin Ipin tu....Hehehe) |
|
Yang ini pula semasa servis kereta di Toyota Service Center, Khadeejah Dan Ayshah main tanah liat. Mereka uli panjang panjang. Kay pun menyebabkan juga. Kay pusing pusing Dan buat kepala ular sebab itu saja yang teringat di kepala. APA yang menarik perhatian Kay ialah, Khadeejah ambil pensil ( Masa tu bawa kerja sekolah Dan buat di lounge Toyota Service Center) Dan cucuk kan untuk dibuat mata ( sungguh detail si Khadeejah Ni). Ular besar tu Khadeejah punya. Ular kecil tu tak lain dan tak bukan, Ayshah punya lah...
Nampak tak ular kecil tu ada ekor terkeluar? Kay buatkan untuk Ayshah.. Khadeejah nampak..Dia pun nak jugakk..Tak mahu kalahhh |
|
Khadeejah dah pandai menulis. Di sekolah sekarang tengah berlatih tulis nama. Memandangkan di Toyota Service Center ada satu bahagian yang boleh letak sticky notes, makanya Kay suruh Khadeejah tulis. Sambil menulis, Kay ajar dia mengeja..Untuk perkataan Toyota, Kay suruh dia cari mana perkataan tersebut ( ada di dinding service center) Dan suruh Khadeejah salin. Menyalin adalah Salah Satu perkara yang akan dilakukan di sekolah rendah. Makanya, dari sekolah tadika, perlu didedahkan dengan aktiviti ' menyalin' perkataan. |
No comments:
Post a Comment