Thursday, March 2, 2017

Resipi cucur manis

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.
Masak APA hari ini?
Yang Kay nak kongsikan ialah resipi cucur Manis yang Kay buat kali PERTAMA untuk minum petang.
Sebenarnya bukan untuk Kay, lebih kepada Khadeejah Dan Ayshah memandangkan mereka kurang makan. Dan mungkin dah bosan dengan menu menu yang Kay buat..
Kay lebih gemar cucur sayur ( kucai Dan taugeh Dan lobak merah sahaja..kurang suka kobis).

Terima kasih kepada Wan Ome sebab berkongsi resipi di kala Kay ketandusan idea memasak...
Semoga ilmu ini menjadi amal jariah bila dikongsikan . Ameen.



Seperti biasa, Kay akan kongsikan resipi yang Kay telah Cuba terlebih dahalu.

CUCUR MANIS KEMBONG
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
2. Tuangkan air panas, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
3. Biarkan doh sejuk
4. Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
5. Bentukkan doh
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat
  a) Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.
  B) Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

6. Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
7. Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.

Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Inilah hasilnya. Memang kembong seperti namanya. Kay pakai air Panas seperti resipi ( selalu Kay derhaka dengan resipi). Tak tahu pula kalau pakai air Sejuk boleh ke tidak sebab Kay tak buat.
Untuk jumlah cucur diatas, Kay menggunakan 1 cawan tepung ( ini memang pakai penyukat) Dan air Panas main tuang Saja (agak agak juga, jangan tercair Dan jangan terpekat) Sedikit garam Dan susu pekat agak agak (main tuang aje tak pakai penyukat).
Kay kecilkan sukatan sebab nak buat sedikit sahaja untuk anak anak.
Untuk menggoreng, Kay tak pakai air atau minyak. Main jemput jemput  terus masuk dalam kuali sahaja juga. Makanya kejadiannya tidak la molek sangat. ( Sebab derhaka kannnn).
APA APA pun Kay berpuas hati dengan kejadiannya. Gebu Dan lembut dalamnya.


Kay bawa cucur Ni ke sekolah Agama Khadeejah.
Alhamdulillah, Khadeejah Dan Ayshah suka makan.
Menurut kawan Kay, adunan yang sama, boleh di buat lempeng..
Kalau lempeng, Kay Suka lempeng kosong, di cicah dengan sambal tumis...Yummehhh..

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...