Hari ni hari Ahad..
Jalan jalan di Miri Bike Week bertempat di Permy Mall Parking Lot.
Tahun Ini mungkin Kali terakhir berlangsung di Permy.
Sebab tahun Depan, Akan berpindah ke Miri Marina Bay.
Kay bukan Lah penggemar motorsikal.
Tapi boleh bawa motorsikal. Dulu masa belajar, Kay bawa scooter.
Kay belum lagi mahu belajar bawa motor besar.
Mana lah tau Ada Antara puteri puteri Kay mahu bawa motor besar macam Erra Fazira, Kay OK Saja... hehehe
Tips:
1) Pakai cermin Mata hitam
2)Bawa payung
3)Bawa minuman
4)Pegang anak elok elok
Cerita banyak-banyak tak best.
So, lets enjoy some pixx!!
Sekian, terima kasih.
Antara bikers yang datang adalah Dari Sibu, Sarikei, Kota Kinabalu, Dan Brunei Darussalam |
Kay nampak, bikers Bergambar Kat situ dengan motor masing masing |
Ada Polis Bergerak bagi memastikan keadaan selamat Dan program berjalan lancar Dan Aman. |
Selain Dari pameran motorsikal, Jualan barangan motor, pendaftaran bagi sesiapa yang ingin mengambil lesen memandu, Ada pertandingan Mr Fitness!! |
Inilah Dia Hadiah bagi pemenang Mr Fit |
Ini digerai menjual minuman. Laku jual air sebab Cuaca panas. Yang menarik nya Ialah Bekas minuman nya... Harga air Ialah RM 9 termasuk Bekas minuman yang comel tu |
Kay sempat beli Nasi Ayam Berempah berharga 6 ringgit. Ada sambal belachan, timun Dan samba tempe |
No comments:
Post a Comment