Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ini Kay nak kongsikan perkembangan puteri ke 3 Kay.
Alhamdulillah pada 26 September yang lepas, genap Shafeeyyah Bella berusia setahun.
Sepanjang setahun, Shafeeyyah membesar dengan sihat.
Vaksin sepenuhnya dan ada yang ambil extra vaksin.
Sekarang Kay nampak dia nak bercakap. Mulut dah ber 'da..da..ta..ta..' dan bermain dengan lidah sampai melelel air liur tersembur sembur.
Gigi dah ada 4 batang diatas dan 4 batang dibawah. Oh..gigi dibawah tumbuh dulu.
Belum lagi berani mahu berjalan jika dilepaskan tangan. Jika di pimpin, Shafeeyyah boleh melangkah. Tapi bila dia tak mahu, dia akan lepaskan tangan dan merangkak.
Jika di meja kopi, dia akan tawaf habis sambil menjatuhkan semua barang diatas meja.
Makan juga berselera. Susu badan sepenuhnya dan direct feeding.
Sepanjang nak tumbuh gigi, ada juga dedar sikit badan nya.
Dia dah pandai minta makanan dengan menganga mulut dan mintak barang (botol air) dengan menunjukkan tangan ke arah barang.
Dia dah pandai tepuk tangan juga. Kay nyanyikan lagu 'Tepuk Amai - Amai" sambil berayun di atas buaian. Melekek lekek juga Shafeeyyah bila di agah agah.
Haa..last but not least, bila anak anak genap satu tahun, kami akan buat acara mengutip barang.
Shafeeyyah Bella kutip buku dahulu, kemudian duit. Yang ketiga, peha ayam KFC. Heheheh.
Macam Khadeejah dahulu, yang pertama dia kutip duit.
Ayshah Bella, dia kutip peha ayam dan kemudian duit.
Itu sahaja yang sempat Kay kongsikan.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ayshah Bella ringan tulang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Tajuk entry kali ini ada serius sikit..heheh.. Masuk kandan...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat. Jom baca Quran.. heheh.. Entry kali ini Kay nak kongsikan bagaimana nak reset ...
No comments:
Post a Comment