Tuesday, August 28, 2018

Selamar Hari Lahir ke 2 tahun Shafeeyyah Bella

Assalamualaikum dan salam.sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Cuaca di Miri bagus. Panas. Kalau jemur baju pagi, tengahari dah boleh angkat.
Hari ini Kay mengemas kereta sebab esok akan mula sekolah setelah bercuti selama 1 minggu.
Kay juga memotong rumput menggunakan lawn mower.
Berbalik kepada tajuk di atas, Kay ingin berkongsikan cerita berkaitan sambutan hari lahir Shafeeyyah Bella yang ke 2 tahun dan sedikit perkembangan beliau.

Perkembangan Shafeeyyah:
1. Hari ini dalam sejarah. Tiba tiba waktu petang, Shafeeyyah datang ke Kay dan cakap perkataan ' kakak'. Dia nak mengadu pasal Khadeejah dan Ayshah. Mungkin kakak- kakaknya menyakat si Shafeeyyah. Walid juga mendengar perkataan tersebut dan terkejut dan gembira.
2.Antara perkataan lain yang Shafeeyyah boleh cakap ialah Mama, nak, cat, dog, fish.
3.Shafeeyyah masih belum boleh melompat.
4.Shafeeyyah masih belum boleh berlari pantas. Cuma boleh berjalan cepat. Bila Kay main-main nak tangkap mereka adik beradik, si Shafeeyyah mula la sibuk menyelamatkan diri dengan terkedek-kedek berjalan pantas.
5.Shafeeyyah asih susu badan sepenuhnya. Alhamdulillah rezeki susu badan masih ada. Senang Kay bawa dia berjalan. Kalau meragam atau nak bagi umpan, Kay bagi nenen sahaja. Habis cerita.
6. Pasal makanan, dia makan semua. Buah kegemaran ialah buah naga, buah mata kucing, buah pisang. Mee suah, nasi, cupcake.

Cerita banyak banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx!!


p/s: Semoga Shafeeyyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Ameen.


Sekian, terima kasih.

Kay buat Mi Suah..Konon nya makan mi suah untuk panjang umur .Menurut kepercayaan orang Cina.
Sebenarnya dah lama tak makan mi suah. Selalu Kay buat mi kuning, bihun...Makanya hari ni Kay masak la mi suah. Senang saja. Tumiskan bawang putih dan bawan merah. Kemudian masukkan lobak merah dan sedikit air supaya lobak lembuT. Akhir sekali, masukkan mi suah.
Kay ounya mi suah dah terkembang pula..hahaha

Kay buat telur rebus juga. 3 biji sebab ada 3 Bella. Kay tak makan, Kay tukang suap sahaja dan makan telur kuning sebab The Bellas tak suka telur kuning tu...Maka Kay la jadi tong sampah...Untuk elakkan pembaziran...

Gambar ni Kay nak.kongsikan perkembangan gigi. Gigi susu atas 8 biji dan bawah 8 biji dah keluar keseluruhannya. Ada 2 gigi geraham bawah sedang keluar. 

Shafeeyyah dah steady berjalan. Yang selipar kepit tu dia tak berapa nak pandai pakai sebab Kay selalu pakaikan kasut bersarung. Jadi dia tak berapa kuat nak kepit selipar tu. Lepas tu, di runah, dua selalu berkaki ayam bila bermain di luar. 

Ini gambar di Pullman Miri. Kami makan malam di sana.
Bila kakak kakak main kejar kejar dan pantas naik tangga, Si Shafeeyyah pun nak ikut juga.
Cara dia nak naik dengan cepat ialah menggunakan kaki dan tangan.
Apa apa je lah nak...Asal bahagiaaaaa....

Gambar ni Kay nak kongsikan pasal curiosity si Shafeeyyah.. Nak ambil itu ini.
Kalau diam saje, mesti ada benda dia buat tu. Ada satu masa, dia pergi main susu tepung Si Ayshah!
Kalau Kay sedang bersiap pakai make up, Shafeeyyah pun nak  juga...Makanya, Kay calit calitkan sikit, bedak muka, lipstik dan eyebrow pensil. Baru puas hati!! Kalau idak, mulut nya bising...sambil tangan tunjuk tunjuk pipi, bibir dan mata!!! Haru!!

Yang ini pula, dia tak takut langsung dengan kucing!!
Kucing nak mengawan, karang dia terkam si Shafeeyyah macam mana?
Kay dah halang si Shafeeyyah, tapi mana nak dengar. Lagi dia pergi mendekati dan duduk dekat kucing tu!! Alhamdulillah tiada apa apa buruk yang berlaku. Kucing kucing tersebut berlalu pergi dan Shafeeyyah tak dapat kejar mereka. hahaha

Yang ini Kay harap lepas main  mereka sihat. Sebab masa tu sedang hangat dengan Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD).
Mereka main di Sugar Bun di Bintulu. Kami dalam perjalanan pulang ke Sibu untuk menghantar Atok dan Nenek mengerjakan haji di Mekah.
Lepas main, Kay terus basuh tangan mereka dengan sabun.
Alhamdulillah, mereka ok dan tidak ada demam dan sebagainya.
Bawa anak anak kecik berjalan, kena berhati hati. Kalau demam, Kay juga yang tidak tidur malam...hehehe..


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...