Thursday, April 16, 2020

Ayshah Bella berpuasa penuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Perintah Kawalan pergerakan (PKP)  dilanjutkan 2 minggu lagi.
Alhamdulillah sebab Kay risau juga jika sekolah dibuka.
Takut anak anak yang sakit.
Alhamdulillah kami ok,  kerja sekolah semua pakai Google classroom dan Zoom.
Printer pun Kay dah beli.  Macam tergerak hati nak beli sebab cikfu bagibkerja sekolah yang ada lukisan. Kay tak mampu nak melukisnya...
Alhamdulillah harganya RM159.  postage RM9.  Kay beli masa promo Lazada Birthday.. Berbaloi dan memudahkan kerja pembelajaran.

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini dalam sejarah sebab Ayshah Bella puasa penuh.  Alhamdulillah.  Peluang PKP ini Kay gunakan untuk anak anak berlatih berpuasa.

Kemungkinan besar PKP akan dilanjutkan sehingga lepas raya.  Bermakna kami berpuasa dalam rumah sahaja.  Tiada sekolah dan belajar online.
Alhamdulillah semoga anak anak dapat berpuasa penuh  hendaknya.
Masa berbuka,  Kay hidangkan telur rebus 2 biji dan air Coke dengam ais sebab Ayshah suka Coke.  Tapi, Kay hadkan.  Itu pun sebab dia berpuasa. Jadi Kay pejam mata sahaja.

Cerita banyak-banyak tak best.
So,  let's enjoy some pixx.
Sekian, terima kasih.


Mendapat pujian dari guru.  Alhamdulillah 



Alhamdulillah.  Ayshah rajin menulis.

Agama tidak dilupakan.... Jawi belajar juga... 

Kipas angin heavy duty beli masa PKP.  Rm138 Ada promo.  18 inch.  Ada 5 speed. 


Ayshah suka tulisan sambung.  Tapi Kay nasihatkan, kalau tulis,  buat tulisan biasa sahaja. 

Belajar diwaktu PKP.  ALHAMDULILLAH beli printer masa 27 March 2020. Lazada birthday, harganya 159 je.  Sekarang 200 lebih. 

Ayam panggang oven PKP.  Anak anak suka.  Alhamdulillah .

Asam pedas ikan pari campur bendi Perintah Kawalan Pergerakan

Penjarakan sosial dan beratur cek suhu badan dan sanitasi tangan

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...