Salam dan selamat malam..
Sekarang ni jam menunjukkan pukul 11.45 malam waktu Dubai..
Khadeejah tengah tido, so Kay boleh la update cerita terkini lagi sensasi..cewahhh...
Ok..kali ni Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama menyambut Hari Kebangsaan (National Day) bagi Emiriah Arab Bersatu (United Arad Emirates)
.
Sedikit info UAE:
- UAE National Day disambut pada 2 December setiap tahun.
- Tema pada ulangtahun yang ke 41 ini adalah " Spirit of the Union"
- Terdapat 7 Emirates yang bergabung membentuk United Arab Emirates iaitu (Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Fujairah, Sharjah, Ras al Khaimah dan Umm al-Quwain.
- Fujairah merupakan Emirate yang paling kecil.
- HH Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan merupakan Presiden pertama UAE selama lebih 30 tahun.
- Burung kebangsaan UAE ialah Falcon.
- Volcano Fountain pernah menjadi tarikan utama di kawasan Corniche, Abu Dhabi, tetapi telah dimusnahkan bagi tujuan mencantik kawasan di sekitar Corniche.
- University pertama di UAE ialah United Arab Emirates University yang terletak di Al Ain.
- Palm Islands merupakan pulau buatan manusia yang terbesar dan juga dikenali sebagai Eighth World Wonder.
- Sebelum ketujuh-tujuh Emirates bersatu atau bergabung, UAE merupakan antara negeri termiskin di Arab Region.
- Sekarang, UAE merupakan negara kedua terkaya selepas Qatar!!!
Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web..hehehe..
Ok..Now lets enjoy the pics!!!
|
Gambar ni diambil di booth Many Faces One Nation di Deira City Centre..Haa..bergaya sakan kitorang...heheheh |
|
Kami datang ke The Dubai Mall naik Metro dari Emirates Tower Station ke Burj Khalifa Station. Kemudian dari Metro Station, kami naik feeder bus. Haa...hari ini dalam sejarah sebab Kay kali pertama naik bus di Dubaii!!!..Haa...sememangnya Metro ramai sangat orang dan kami sekeluarga bernasib baik kerana koc yang kami naiki tak sesak, jadi muat nak masukkan stroller..Tapi kami balik ke rumah jalan kaki seba takut Metro ramai orang dan taxi ramai yang beratur menunggu...(walaupon jarak dari The Dubai Mall dan rumah tak la jauh sangat dan tak la dekat sangat..tapi memandangkan cuaca sejuk dan selesa untuk berjalan, makanya kami berjalan kaki pulang ke rumah..sambil berjalan, dapatla menghapuskan lemak lemak tepu di badan...hahahah) |
|
|
Khadeejah bergambar di bahagian terowong atau tempat pejalan kaki dari Burj Khalifa\ Dubai Mall Metro Station yang akan terus menuju ke The Dubai Mall. Bila tunnel ni dah buka, maka, senang lah orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Metro datang ke The Dubai Mall untuk bershopping!! hehehe..Bukan apa, buat masa sekarang ni, untuk pergi ke THe Dubai Mall dari metro station, perlu jalan kaki dan tiada kawasan berbumbung (sangat penting kalau cuaca sangat panas, macam Kay, memang tak lah nak pegi ke The Dubai Mall naik metro musim panas..baik naik taxi walaupon kene bayar mahal..hehehe) |
|
Bergambar di Union House. Itu ialah tempat untuk orang ramai menulis postcard yang di tujukan khas kepada HH Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, President of the UAE. |
|
Bergambar sikit kat The Dubai MAll..Sekarang ni dah sejuk..tapi tak sejuk sangat...hehehe..mungkin lagi beberapa minggu baru la Dubai jadi sejukkkk... |
|
Dapat bendera UAE percuma di Information Counter, The Dubai Mall... |
|
Nampak tak lelaki Arab yang berjubah putih kat bawah tu? Mereka sedang membuat pertunjukan tarian tradisi orang Emirates. |
|
Memang ramai sangat orang..Meriah!! Dan untuk pengetahuan, sempena UAE National Day, The Dubai Mall dibuka sehingga pukul 3 pagi!!!! Jalan la sampai bengkak kaki..hahahah |
|
Yang ini pula ada sesi menulis nama dalam bahasa Arab. Alhamdulillah nama Khadeejah tu sangat familiar, jadi mudah untuk penulis khat tu tulis nama Khadeejah..Hehehe |
|
Asyik gambo Kay je..this is my Lau Kong with my Lil Princess. Khadeejah tengah mamai nak tido tu... |
|
Sebelum bergerak balik, Kay sempat mencuba kopi Arab percuma. Rasa kopi arab tu macam ada letak halia.. |
Sekian...
No comments:
Post a Comment