Sekarang ni pukul 10.43 pagi waktu Dubai..
Cuaca dah semakin sejuk dan berangin..
Kalau sidai kain kat balcony, kena pakai sepit, kalau tak, jawap nye melayang la kain baju..heheh..
Ok..Seperti yang dijanjikan, Kay nak kongsikan resipi membuat kek span perisa pandan..
Sedikit mukadimah, Kay memang suka sangat makan kek span..
Selalunya makan kek span dari kedai je..tak pernah nak buat sendiri..
Nak dijadikan cerita, masa Kay balik ke Sibu sempena Hari Raya Qurban 2012 yang lepas, impian Kay nak buat kek span tertunai juga..hehehe..Thanks to Mak Usu (my sister in law) for helping me and thanks to my mother in law sebab sudi menurunkan ilmu membuat kek span...(sebenarnya, bukan kek span saje Nenek tahu buat, bermacam macam kek Sarawak, Nenek pandai buat..Kalau ada masa Kay akan kongsikan resipi kek yang lain...heheh)
Bahan-bahan:
1.50g gula dicampurkan dengan putih telur
2.100g gula dicampurkan dengan kuning telur
3.6 biji telur di asingkan dan hanya 5 biji putih telur digunakan
4.100g santan
5.1 sudu cream of tartar, dimasukkan ke dalam putih telur
6.1 sudu teh baking powder dimasukkan kedalam telur kuning bersama sedikit garam
7.50g minyak makan
8.125g tepung naik sendiri
Cara-cara:
1.pukul kuning telur dengan gula sampai kembang. Masukkan santan, baking powder, sedikit garam dan minyak. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri dan gaul rata.
2.Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Baru masukkan cream of tartar. Kemudian gaul hingga sebati.
3.Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur. Gaul perlahan-lahan.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan api sederhana selama 30 minit.
Inilah hasilnya..kek span yang gebu dan lembut. |
Tips:
Sekian!!!
No comments:
Post a Comment