Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman imunisasi Ayshah Bella di Dubai.
Untuk pengetahuan, di Dubai ada 3 vaksin yang wajib diberi (sila rujuk gambar dibawah).
Doktor cek keseluruhan (perut, mulut, telinga, paru-paru).
Kay ada bertanyakan beberapa persoalan..Antaranya ruam susu di kulit pipi, ruam lampin, tersedak masa minum susu, berak..
Jawapan doktor ialah:
- Rashes di muka biasa..Kalau sikit tak apa...Tiada losyen yang diperlukan. Kalau ruam di bahagian pipi semakin banyak, Kay diminta ambil gambar dan whatsapp Doktor..hahaah..senang..
- Sekarang ni bila dah masuk 2 bulan, Ayshah paling lama tak berak 2 hari, Jadi Kay bertanya Doc..Doc jawab 5 hari tak berak ok.. Tapi hari ke 6 kalau tak berak, datang klinik.
- Dalam mulut Ayshah ada warna putih di bahagian pipi dalam. Doc kata fungal infection. Maka ada ubat yang diberikan. (sila rujuk gambar dibawah)
- Kay ada tanya lagi pasal tersedak masa minum susu. Kadang-kadang Ayshah minum gelojoh dan susu banyak sangat. Jadi risau la kalau Ayshah tersedak. Doc cakap itu normal. Cuma kene berhati-hati. Bila 6 bulan baby akan ok..Pandai nak control kot..
- Pesan Doc lagi kene sentiasa pastikan tangan bersih. Sabun dan sanitised.
Enjoy some pix below.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment