Entry kali ni Kay nak kongsikan makan besar sempena Tahun Baru Cina 2014 yang dikira agak istemewa untuk Kay dan juga keluarga.
Mengapa? Sebabnya makan besar kali ni Mak Mertua a.k.a Nenek di buat di Dubai (musim sejuk lagi tu..) disamping kehadiran cucu-cucu..Khadejah Bella 2 tahun 11 bulan dan Ayshah Bella 2 bulan.
Sebenarnya mak dan bapa mertua datang ke Dubai dengan tujuan untuk menyambut cucu kedua (Ayshah Bella disamping menjaga Kay berpantang).
Plan asal nak tinggal di Dubai selama 2 bulan tapi dipanjangkan tempoh supaya Nenek dapat sambut Chinese New Year di Dubai.
Memandangkan Chinese New Year kali ni agak istemewa (ditambah Mak Mertua dah lebih 20 tahun tak makan besar dengan anak lelaki tunggalnya yang sentiasa sibuk. Kalau Hari Raya Aidilfitri memang tiap-tiap tahun balik cuma raya Cina ni tak selalu Lau Kong balik untuk makan besar dengan emaknya), makanya Kay punya la bersemangat menghias rumah dengan alas berwarna merah bagai.
Sebenarnya, Kay nak la bagi meriah sebagai tanda terima kasih kepada mak mertua sebab sanggup datang ke Dubai untuk menyambut cucu kedua dan sekali gus menjaga Kay berpantang. Lagipun memang sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, setiap kali Tahun Baru Cina, Mak Mertua akan masak special dari hari-hari biasa. Walaupun sudah memeluk Islam tapi darah Cina masih mengalir dalam badan.
Sebenarnya, Mak Mertua Kay pun tak berapa sihat.. Ada penyakit 3 serangkai(kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi). Tapi Mak Mertua gagahkan juga diri nak datang terutamanya nak tengok cucu!!
Kay bersyukur sebab Mak Mertua sangat-sangat sayangkan cucu. Ha..lagi satu, dah menjadi adat orang Cina untuk anak perempuan yang lahir, dihadiahkan emas. Memang Khadeejah Bella dan Ayshah Bella dapat hadiah rantai emas dari Nenek dan Atok dan buah rantai dari Mak Usu Khasmah. Terima kasih..
P/s:
Ibu mana yang tak sayangkan anak. Mak Mertua memang sayangkan anak-anak(ada 2 je anak..seorang lelaki (Lau Kong) dan seorang perempuan (Mak Usu Khasmah). Lebih-lebih lagi Lau Kong merupakan anak sulung dan anak lelaki tunggal. Jadi sebagai menantu dan Kay juga telah menjadi ibu, makanya Kay mahu bersama-sama membuat hati Mak Mertua gembira menyambut tradisi beliau dengan kehadiran anak lelaki dan juga cucu-cucunya.
Mak Mertua pula kalau menimang cucu, siap cakap " Nenek sayang cucu lebih dari Nenek sayang bapak kau" hahaha..Memang beruntung sangat dapat mak mertua yang sayang cucu!!!
Ok cerita banyak-banyak tak best so enjoy some pics!!
Sekian terima kasih.
Lao Seng. Sayur campur. Dihiris halus-halus. Kemudian digoreng. Ada lobak merah, batang celery, kulat hitam, daging ayam, hotdog dan cendawan |
Yang ini MAk Mertua tengah salut dada ayam dengan telur dan serbuk roti. |
Beginilah rupa udang butter. |
Inilah Lao Seng yang telah siap digoreng. |
Menu nasi ialah Nasi Tomato. Kami gunakan beras basmathi. Sukatan yang kami gunakan ialah 6 pot beras, dan 7 pot air. |
inilah rupa dada ayam yang telah siap digoreng bersama dengan sos pencicah yang dibuat sendir..Bukan sos cili Kimball atau Maggie tau!! heheh |
Haa..Yang ini Daging Lembu Lada Hitam. Resipi nya .. |
Yang ini pula daging itik panggang (belah kiri) dan daging turkey (ayam belanda atau orang Sarwak panggil Ayam Kolok) belah kanan. |
Ini pula Kari Daging. |
No comments:
Post a Comment