Apa khabar semua?
Entry kali ini Kay ingin berkongsi pengalaman kali pertama ke kedai kopi yang berkucing.
Pertama-tamanya Kay ingin ucapkan terima kasih kepada Kak Yati kerana mengwar-warkan Ailuromania Cat Cafe ini.
Jika anda berada di Dubai, khususnya kepada kawan-kawan penggemar kucing dan merindui kucing peliharaan anda di tanahair, Kay sarankan supaya anda datang ke sini untuk bermain-main atau meluangkan masa dengan kucing-kucing sambil menikmati hidangan ringan.
Memang seronok datang ke Ailuromania Cat Cafe.
Khadeejah dan Ayshah sangat gembira bila nampak banyak kucing berkeliaran.
Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!
Sekian. terima kasih.
Kami ke Ailuromania Cafe pada waktu malam selepas Isyak. Dari Syeikh Zayed Road, keluar ikut Exit 42. Cafe ini terletak di Umm Suqeim 3. Untuk keterangan lanjut boleh cari maklumat di internet. |
Ini adalah tempat duduk dikawan luar cafe. Sesuai untuk kaki rokok. |
Gambar yang menunjukkan ruangan kaunter dimana kita memesan minuman (teh, kopi) dan juga makanan ringan (donut, kek, muffins) |
Ini adalah ruang yang tiada kucing. (Bebas kucing). |
Lagi ruangan yang bebas kucing. |
Dinding yang dihias dengan gambar koleksi kucing-kucing yang ada di Ailuromania Cafe. |
Diruangan khas tersebut ada beberapa bekas makanan untuk kucing-kucing dan juga bakul-bakul untuk mereka berehat. |
Ada juga tempat untuk mereka "melabur". Nampak tak bekar empat segi dibawah katil berrtingkat tu? Kay perhatikan, kucing-kucing disini terlatih dan juga mesra dengan para pengunjung. |
Kami memesan Double Espresso, Cafe Latte, Red Velvet Cake dan Cookie Dough Ice cream. Jumlah keseluruhan ialah 107 dirham. |
Kucing nak minum air.. Pengunjung dilarang sama sekali untuk memberi makan kepada kucing-kucing disini. Kerana mereka mempunyai makanan khas. |
Lagi kucing..Bulu hitam, putih, kelabu. Kay bukan penggemar kucing dan Kay tak tahu jenis-jenis kucing. hehehe |
Yang ini kucing putih pula. |
No comments:
Post a Comment