Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap dalam keadaan sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin berkongsi resipi mudah membuat cupcake yang mudah dan semestinya sedap.
Rasa cupcake ni macam cupcake yang dijual dalam beg plastik warna merah.
Dulu ( masa Kay sekolah) Kay suka makan muffin atau cupcake yang dijual dalam beg plastik merah tu.
Dalam beg plastik merah tu ada 6 biji ( kalau tak silap) dan dijual pada harga RM 3.50 ( kalau tak silap juga).
Sebenarnya dah lama Kay tak makan cupcake dalam beg plastik merah tu.
Kebetulan Kay pergi bertandang ke rumah Kak Yuhaili ataupun nama glamour, Kak Ayu.
Lepas makan cupcake tu, terus Kay teringat kek cawan dalam beg plastik merah dan disebabkan itulah, Kay ingin berkongsi resepi ini. Sebab bila makan kek cawan ni, terus mengingat kan kembali kepada rasa kek cawan beg plastik merah.
Kak Ayu cakap kat Perak namanya Kek Permaisuri.
Kak Ayu cakap kat Perak namanya Kek Permaisuri.
Kak Ayu pandai buat kek, roti dan yang seangkatan dengannya lah..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan menunjukkan satu persatu cara membuatnya. Semoga ilmu ini dapat menjadi amal jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan menunjukkan satu persatu cara membuatnya. Semoga ilmu ini dapat menjadi amal jariah dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Kebetulan kami berdua puasa dan kiranya cupcake ini untuk hidangan anak- anak dan dessert kami berbuka nanti lah..
Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!
Sekian terima kasih.
200g unsalted Butter yang sepatutnya pada suhu bilik.
Tetapi dah terlebih panaskan dalam microwave dan mencair.
Telur dipukul dan masukkan gula. Pukul sehingga kembang. Masukkan 1 penutup esen vanilla. Kemudian masukkan unsalted butter. Pukul sehingga sebati. |
Kertas cupcake jenama Wilton yang menarik dan berwarna ceria. Jika anda ingin mencari kedai menjual barangan membuat kek di Dubai, sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2015/04/pengalaman-kali-pertama-ke-kedai.html |
No comments:
Post a Comment