Thursday, August 16, 2018

Viu subscribe message

Assalamualaikum dan selamat petang.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kaki ini Kay nak kongsikan pasal Viu.
Kay tahu sikit la Viu ni tempat kita boleh tengok cerita Korea etc.
Kay pernah ke laman web nya. Tapi tidaklah sampai nak melanggan.
Kay perasan ada Apps Viu dalam HP Kay dan dah uninstall the Apps.
Ini mesti kerja anak anak yang main tekan aje bila Kay bagi mereka tengok YouTube sekejap di HP Kay.

Cerita banyak banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Kay dapat mesej ni. Haa...bila pulak aku subscribe.Lepas tu dia tulis RM10. Dah dibayar kah? Potong dari bill aku kah?
Kay pantang kalau tiba tiba ada cas. 


Kay terus telefon number yang tertera. Alhamdulillah sekejap sahaja talian diangkat.
Kay cerita kan perihal SMS yang diterima. Yang menjawab panggilan ialah wanita. Dia bertanyakan apakah talian yang Kay gunakan. Dan siapa nama Kay. Kay berikan maklumat tersebut. Wanita tersebut memberitahu yang dia akan batalkan dalam masa 24 jam.

Dalam masa beberapa minit, Kay terima SMS pembatalan. Alhamdulillah. Apa apa pun yang RM 10 tibKay tak pasti sudah di cas atau bagaimana.  Kay tak sempat nak bertanya kan tadi. Apa apa pun, dah batalkan pun kira OK. Kay tak ada masa nak tengok cerita Korea bagai...Nak uruskan anak anak dan rumah..Tak habis habis...

Ayshah dan soalan cepumas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Di Miri sekarang panas dan tidak hujan nak masuk seminggu.
Yang bestnya ialah, kalau basuh baju, cepat kerinG.
Yang tak bestnya ialah panas bila bak tidur. Pasang air cond pon macam tak sejuk.
Kalau hujan turun pula, hujan lebat dan seterusnya akibatkan banjir....
Hurm...apa apa pun semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

Ok berbalik kepada tajuk diatas...Apa soalan Ayshah?

Cerita banyak banyak tak best.
So let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Ayshah:Mama, itu van. Bukan bas. Tapi kenapa dia tulis Bas Sekolah?
Mama: hurm...haah la...itu van. Bukan bas. Mama pun tak tahu kenapa. Nanti mama tanya Auntie yang bawak van tu...
Untuk pengetahuan, Kay jadi supir untuk The Bellas. Untung mereka, Mama boleh ambil kat sekolah. Kay dulu dulu naik bas sekolah je...Hehehe
Apa apa pun, Kay berpuas hati dapat menghantar ke sekolah. Keselamatan lebih terjaga dan yang paling best ialah, dapat berbual atau menasihat anak sebelum atau pulang sekolah..
Kay akan nasihat, belajar rajin rajin. Dan dengar cakap cikgu.
Bila balik sekolah, Kay akan sediakan botol susu untuk Ayshah sebab dia suka minum susu dalam botol. Setiap kali masuk dalam kereta, dia akan tanya, 'ada susu tak?'.
Lepas minum susu, Kay akan tanya, ada kerja sekolah tak? Belajar apa? Atau apa yang berlaku di sekolah.
Selalu nya cerita pasal kawan kawan disekolah. Sekejap kawan dengan A, sekejap kawan dengan B. Besok A dan B Taknak kawan....haaa...
Atau ceritanya pasal kalau Ayshah dapat sticker atau cop sebab pandai baca dan tulisan cantik.

Wednesday, August 8, 2018

Khadeejah dan keputusan pertandingan bercerita Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan keputusan pertandingan bercerita Bahasa Melayu.

Cerita banyak banyak tak nest.
So let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Pertandingan diadakan di dewan sekolah.
Ada pro dan con buat di dewan sekolah bagi Kay yang membawa anak kecil (Ayshah 5tahun dan Shafeeyyah 2tahun).
Pro: tempat luas. Makanya kalau Shafeeyyah meragam, tak menjejas pertandingan sebab kawasan luas.
Con: Panas!!! Lain kali kena bawak kipas.. 

khadeejah tak menang. Cuma dapat hadiah participation. Dia menangis sebab ingat dapat Champion macam English Story Telling Competition.
Kay tengok Khadeejah buat dengan baik. Tapi tak apa. Cuba lagi tahun depan.
Ada lagi pertandingan. Iaitu pertandingan nyanyian yang akan diadakan pada bulan September.
Sekarang, focus untuk ujian bulanan pada 13-17 Ogos.

Tuesday, August 7, 2018

Khadeejah Bella dan pertandingan mewarna Insurans Great Eastern

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan hasil warna Khadeejah.
Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

p/s: Kay tidak harapkan menang. Cuma nak ambil peluang ini mengajar Khadeejah mewarna dengan kemas. Kalau menang (saguhati), lagi best..hahaha
Sebagai ibu, Kay berpuas hati dapat melakukan aktiviti ini dengan Khadeejah.

Cikgu tak bagi semua murid. Siapa yang nak, minta dengan cikgu.
Bagus juga Khadeejah minta. Dengan membawa (tugasan extra) ni balik rumah, Kay boleh ajar dia cara mewarna. Walaupun Kay tak pandai main denga warna, Kay ajar Khadeejah supaya warna dengan kemas. Kalau nak belajar main warna, kena private class dengan Mak Long Juliana di KL.hehehe

Pertandingan ini sianjurkan oleh syarikat Insurans. Kay bagi idea supaya dia tambah lukisan papan tamda ke tempat-tempat yang dia sudah pergi.
Iaitu kampong halaman Kay lah...iaitu JB,BP,KL dan Ipoh.
Ini la kelebihan bawa anak berjalan-jalan. Sambil berjalan, kita belajar.
Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman.
Kiranya Khadeejah, Ayshah dan Shafeeyyah biasa berjalan naik 'belon' pulang ke Malaya...
Alhamdulillah...

Yang slogan pula, Kay suruh Khadeejah tulis sikit je sambil minta input dari dia.
Kay tanya Khadeejah, bila kita selalu berjalan? Selalunya hujung tahun yang cuti sebulan. Kay akan suruh Khadeejah buat peperiksaan dengan baik, dan upah bawa mereka ke KL.
Jadi, slogannya ialah untuk merehatkan fikiran (setelah penat belajar) dan melawat tempat-tempat menarik (Angry Bird Indoor Theme Park di JBCC, suka sangat Khadeejah dan Ayshah main tali gayut gayut macam monyet tu)

Wednesday, July 25, 2018

Khadeejah Bella dan pemilihan pertandingan Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Hari ini 25 Julai ialah hari pemilihan wakil kelas 1D untuk pertandingan bercerita Bahasa Melayu.
Hanya seorang yang akan terpilih dari 3 orang murid.
3 murid- murid yang terpilih ini ialah murid yang mendapat A dalam ujian yang lepas.
Khadeejah adalah salah seorang dari mereka.
Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Datang idea nak buat macam ni selain dari melukis.
Semua bahan bahan ada di rumah. Kay guntingkan bentuk binatang dan lekatkan mata.
Khadeejah lukis mulut dan misai...
Yang ini saiz A4. Sebab bercerita dalam kelas.
Kalau terpilih, Kay akan fikirkan idea yang lain pula....Jeng jeng jengggg

Ini adalah skrip cerita. Alhamdulillah dia boleh menghafal semua skrip.
Perlu perbaiki intonasi. Khadeejah ni pelat huruf 'R'... hurmmmm


Tuesday, July 17, 2018

Khadeejah Bella dan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Cerita panas ....hahaha...
Kay nak abadikan momen Khadeejah menang tempat pertama
bagi pertandingan bercerita Bahasa Inggeris peringkat kelas.
Macam mana boleh terpilih peringkat kelas?
Sebab guru yang mengajar Bahasa Inggeeis yang syorkan nama Khadeejah.
Ini kali pertama Khadeejah masuk pertandingan bercerita.
Lepas ini, akan ada lagi iaitu pertandingan bercerita Bahasa Melayu.
Buat masa ini , Kay nak ceritakan pengalaman kali pertama ni.

Cerita banyak banyak tak best.
So, le's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.


Kay orang yang terawal datang ke bilik pertandingan sebab guru BI dah pesan supaya datang tepat pada masanya. Jika lewat, mengganggu perjalanan program. Ada dalam 48 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 5. Guru BI Khadeejah iaitu Miss Ling merupakan emcee untuk majlis ini. Ada 4 orang hakim yang mewakili kelancaran, persembahan, pronunciation dan lagi satu Kay lupa laaa...
Semua peserta dapat hadiah fail tu. Dan top 5 dapat piala.
Agak.mencabar juga Kay datang ke majlis ini dengan Shafeeyyah Bella ( menangis sebelum nak tidur tengahari dan Kay ada keluar sekejap untuk reda kan tangisan  Shafeyya) dan Ayshah Bella (sempat lagi tidur). Nasib baik ada Youtube. Kay bagi mereka layan Youtube sampai nak habis bateri HP. hurmmmm..
Kay ada bawa bekal 2 biji roti hotdog dan sebotol air masak. Habis Khadeejah makan sementara nak tunggu peserta lain bercerita ( Khadeejah dah lepas bercerita..hehee..)

Alhamdulillah Khadeejah dapat tempat pertama dari 8 peserta tahun 1.
Peserta kedua memberikan persaingan yang sengit sebab intonasinya sedap yang membawa tajuk Ugly Duckling. Cuma dia ada terberhenti sebab terlupa skrip.
Al-kisah, Khadeejah boleh bercerita dengan baik tanpa terlupa skrip. Lepas habis baca cerita, Khadeejah menuju ke arah Kay dan menangis.
Mungkin dia gugup. Bila Kay tanya kenapa dia menangis, jawapannya sebab ramai orang tepuk. Dan Khadeejah ada bertanyakan pada Kay, adakah dia telah bercerita dengan baik. Jawapan Kay, sudah tentu dia sudah buat yang terbaik.
Nasib baik dia menangis lepas habis bercerita. kalau menangis masa cerita....HARUUUUUU


Antara faktor yang membantu Khadeejah menang juga ialah propS " The Wind" dan "The Sun"
Props ni buat last minute juga...Kay pening kepala juga macam mana nak buat props.
Perkara pertama yang Kay buat ialah melawat bilik pertandingan.
Makanya Kay ada idea, apa bahan yang sesuai untuk.digunakan.
Kay nampak ada meja, maka sesuai untuk pakai kanvas.
Kebetulan ada kanvas di rumah. Kay cuma beli poster colour dan kaki frame.Itu lah hasilnya.

Props ni Kay nampak, menarik perhatian penonton sebab dalam 48 peserta, hanya Khadeejah yang bawa props. Pada Kay, props ini hanya beri sedikit mata. Yang penting ialah intonasi ..heheh
Bagus juga buat props ni. Khadeejah suka buat dan idea lukisan ini adalah dari dia. Semasa buat lukisan ni, boleh release stress...

Thursday, July 12, 2018

Ayshah dan kawan kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal Ayshah dan kawan-kawan.
Hurm...budak budak kecil di sekolah, isu nya "tak nak kawan".

Cerita banyak banyak tak best.
So,lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Yang ini kawan cekau (atau cubit pakai kuku). Tak berdarah cuma berbekas.
Cikgu yang beritahu Kay masa balik tadi. Kay cakap ok sahaja.
Belum lagi Kay nak berjumpa dengan pelajar tersebut. Sebab pada Kay asal Ayshah MAHU ke sekolah, itu sudah ok. Lagi pun, cikgu memang tahu kejadian tersebut.
Kay tanya kenapa kawan B tu buat. Ayshah cakap sebab dia nak berkawan dengan kawan A, tapi kawan B tak bagi.
Di sekolah tadika, kejap kawan. Kejap tak kawan. Pada Kay, asal cikgu tahu perkara tersebut, Kay ok..
Kalau lebih teruk, baru Kay akan jumpa pelajar tersebut untuk nasihat supaya berkawan sama sama.


Viu subscribe message

Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Entry kaki ini Kay nak kongsikan pasal Viu. Kay tahu sikit ...