Thursday, December 3, 2020

Selamat harijadi Ayshah Bella

 Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya.

Kes Covid 19 masih meningkat dan membimbangkan. Sila jaga SOP dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Sekolah pun ditutup sehingga tarikh yang akan diumumkan.


Seperti tajuk entri diatas, hari ini Hari jadi Ayshah Bella yang ke 7 tahun. Alhamdulillah dia sihat dan semua adik beradiknya sihat. 

Ingatkan dapat sambut disekolah sebab bila sekolah dibuka sekejap, katanya sekolah dilanjutkan hingga bulan dilanjutkan sehingga bulan December sebab PKP haritu, dah cuti hampir 3 bulan. 

Kay dah siap beli goodies untuk diberikan pada kawan sekelas Ayshah. Tapi, tak kesampaian apabila sekolah ditutup semula ekoran kes meningkat.


Apa apa pun, Kay bersyukur kerana anak anak sihat dan Selamat sepanjang musim COVID 19 ni.


Cerita banyak-banyak tak best.

So, let's enjoy some pics.


Sekian, terima kasih.


Beli kek secret recipe combo dengan mc Cafe rm12.99
Ayshah nak kek oreo, Shafeeyyah nak cheesecake, Khadeejah nak kek coklat.

Simple decoration for Ayshah. Dia cukup gembira. Siap tidur awal malam tadi. Dia bangun awal. Kay wish dia happy birthday. Layanan dia nak beli Domino's dan happy meal Chicken burger. Alhamdulillah. Lepas makan, buat kerja sekolah online. Walaupum Covid ,dan stay at home, pelajaran tetap diutamakan. Setiap Hari ada kerja sekolah pagi, dan sekolah Agama akan diberi pada waktu petang. Sabtu Ahad baru mereka rehat sebab tiada online homework.



Kay buat Juga kek until dikongsikan dengan jiran. Kebetulan jiran ada yang berpuasa Sunday Hari Khamis, rezekinya untuk berbuka puasa. Dibalasnya dengan pajeri nenas.  Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...