Monday, December 19, 2011

Bagaimana menyediakan bubur nasi bagi bayi berusia 8 bulan

Salam..
Kay ada berjumpa dengan nurse di sebuah klinik kerajaan untuk bertanya berkaitan dengan penyusuan sebab nenen Kay masih tidak baik lagi. 
Memandangkan Khadeejah Bella dan berusia 8 bulan, Kay mengambil kesempatan untuk bertanya dengan nurse, bagaimana persediaan makanan untuk bayi 8 bulan.
Nurse memberitahu yang bila anak nak berusia 8 bulan, untuk menyediakan bubur nasi, tak perlu dikisar kemudian di masak.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah masukkan segenggam beras kedalam periuk dan masak sehingga pecah.
Alasan disebalik kenyataan yang dibuat ialah, bila kita kisarkan beras kemudian dimasak, makanya, banyak air yang diperlukan. Bila banyak air, maka bila di suap pada bayi, makanya, kuantiti nasi yang masuk tidak banyak (sebab banyak air).
Bila banyak air, tubuh bayi tidak mendapat kuantiti makanan yang diperlukan untuk membesar. Jika ini berlaku, boleh menyebabkan berat badan menyusut atau tidak berubah.
Kay cuba kaedah yang disarankan oleh nurse. Alhamdulillah Khadeejah Bella tak menolak nasi lembik yang disuapkan. Malahan dia dah mula mengunyah. Kuantiti nasi lembik yang dimakan juga agak banyak dan memuaskan.
Untuk pengetahuan, sebelum ni Kay memberi Khadeejah Bella makan nestum. Nurse kata tak baik bagi makan nestum sebab nestum sangat manis (memang diakui pun, sangat manis).
Bila diberi makan nestum, kata nurse lagi, bila bayi meningkat ke 1 tahun, dia akan mula kurang selera makan, maka akan akibatkan berat badan merosot atau pun tak berubah.
Pesan nurse lagi, sebaiknya berikan anak makan ikan sebab ada DHA. (erm, susah untuk mendapat bekalan ikan di Dubai, sebab harganya mahal, jadi Khadeejah makan ikan puas-puas kat Malaysia lah..Opah masak sedapp...hihihi)

Apa-apapun, Kay bersyukur sebab dapat berjumpa dengan nurse dan berkongsi ilmu yang didapati dengan semua!!

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...