Tuesday, December 20, 2011

Cabaran Menyusukan Anak

Salam..
Tajuk macam mencabar..hihii
Erm, Kay nak berkongsi lah sikit pasai menyusukan anak nih..Memang mencabar..Ape yang mencabarnya?
Mencabar bila nenen dah luka (crack @ sore nipple), ditambah dengan susu yang banyak. Kesian bila tengok anak nak nenen, tapi kite macam taknak bagi sebab nenen sakit. Kalau bagi, kite macam nak nangis atau gigit barang untuk tahan sakit.
Haa..Kay dah rase dah. Alhamdulillah, Kay mengharungi cabaran ni dengan Opah.
Opah yang juga berpengalaman crack nipple masa menyusukan Mak Su. Tapi Opah punya jalan penyelesaian, ialah makan ubat untuk memberhentikan susu, sebab masa tu Mak Su dah 2 tahun dan gigi pun dah penuh..jadi memang boleh la untuk amik pil berhentikan susu.
Macam Kay ni, Khadeejah Bella baru 8 bulan lebih, rasanya rugi sangat kalau buat keputusan untuk berhentikan susu..ditambah lagi Kay surirumah sepenuh masa, dan dinasihatkan oleh Pak Andak untuk menyusukan Khadeejah Bella sampai 2 tahun untuk imuniti badan Deeja..
Kay pun ada bertanya pada Kak Yati (penasihat breastfeed) yang menyatakan crack nipple ni sementara saje. Untuk memulihkan crack nipple ni ialah, jangan bagi anak nenen sampai luka sembuh atau kering. Bila dah kering, baru bagi nenen, kalau anak salah nenen, betulkan cara nenen.Sementara nak tunggu nenen kering, perahkan susu keluar.
Kay ada juga bertanya dengan kawan, Cath yang berkongsi, sepanjang menjaga 2 orang anak, dia tak pernah kene sore nipple. Dia ada beritahu yang ada jual nipple shield 2 breast shield.
Jadi, Kay pun pegi la beli (masa tu kat Sibu) dapat la 1 set nipple shield yang berharga RM7.90
Awal-awal pakai, Deeja boleh la hisap, cuma dia tak biasa. Kay pun rasa kurang sakit.
Kemudian balik JB, Deejah dah mula taknak nipple shield sebab bila dan guna nipple shield, budak rasa tak berapa puas hisap nenen.
Beberapa hari juga suruh Deejah hisap guna nipple shield (Opah panggil topi keledar)..Ada masa Deejah mengaruk, nangis macam orang kena dera pun ade gak.
Tapi Alhamdulillah, sekarang ni dia dah biasa. Nenen Kay pun dah bertambah baik. Selain dari guna topi keledar, Kay sapukan juga air susu pada nenen dan biarkan nenen berangin supaya cepat kering dan sembuh.
Kay ada juga mengadu nasib dengan sepupu Kay (Along). Dia pun sama gak, sekarang ni sore nipple. Tapi masih gagah untuk susukan Haiqal.

Apa-apa pun Kay, bersyukur sebab dapat mengharungi cabaran menyusukan anak ni dengan Opah. Paling tidak, masa sakit nenen, ada orang yang prihatin dan menyokong belakang kite.
Kay hampi-hampir putus asa nak berhentikan susu, tapi berkat sokongan Opah, Along, Cath dan PakAndak, Kay tak meneruskan niat tersebut..hihihi..

Hurm..kalau ikutkan hati, boleh je nak stop susu badan, tapi memandangkan khasiat susu badan ni baik, Kay kuatkan semangat untuk susukan Deejah sampai 2 tahun, InsyaAllah.

Untuk pengetahuan, Kay ada juga bagi Deeja minum susu formula. Lactogen dan NAN. Tapi, Deejah ni tak biasa minum dari botol usu dan tak biasa susu lain selain dari susu badan, makanya, Deejah ada kesukaran sikit untuk menghabiskan susu formula tu. Kay akan bagi susu formula sekali sekala la memandangkan dah beli. Sekarang ni nenen dah semakin pulih. Kay akan bagi Deejah minum nenen. Yeayyyy!!!



Sekian.

No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...