Friday, December 23, 2011

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Salam..
Selamat malam.
Kay nak berkongsi resipi Ketam Masak Lomak Cili Api.

Bahan-bahan:
  1. Ketam
  2. Santan
  3. Daun Kunyit
  4. Kunyit hidup (kalau pakai serbuk kunyit pun boleh)
  5. Garam
  6. Serai
  7. Cili Api (ambil bilangan genap sebab petua cakap kalau genap tak podas)
  8. Nenas
Cara-cara:
  1. Kunyit hidup di tumbuk bersama cili padi.Dan serai dititik.
  2. Masukkan santan bersama-sama dan kunyit. Daun kunyit tak perlu dihiris. Masukkan sehelai atau 2 helai.
  3. Masukkan kunyit hidup, cili padi dan serai ke dalam periuk dan kacau tanpa henti. Sebab kalau berhenti, akan pecah minyak. Bila pecah minyak, maka tak cantik la masakan.
  4. Bila dah mendidih, masukkan nenas dan ketam.
  5. Agak-agak ketam dah masak, matikan api.
Sekian.

Selamat Mencuba!!!

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...