Tuesday, January 31, 2012

Resipi Kari Ayam

Salam,
Selamat pagi..
Sekarang kat Dubai baru pukul 1120 pagi.
Kay nak kongsikan resipi kari ayam.
Ni bukan sebarang kari, sebab Pak Andak yang masak. Rupa-rupanya Pak Andak ada bakat terpendam dan juga mewarisi skil memasak dari Tok Bak @ Tok Cen..hehhehe..
Just to share, semalam kami berjalan ke Ibn Batuta Mall..
Walaupon kami balik penat, Pak Andak offer kan diri untuk masak dinner..
Dan memang berbaloi Kay tunggu sebab, memang sodap...heheheh

Bahan-bahan:
  1. Ayam
  2. Serbuk kari
  3. Bawang putih
  4. Bawang merah
  5. Halia
  6. Bunga lawang
  7. Bunga cengkih
  8. Kulit Kayu Manis
  9. Buah pelaga
  10. Air
  11. Minyak
  12. Garam 
  13. Santan
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar sehingga kuning.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah dicampurkan dengan serbuk cili sikit (ikut citarasa masing masing, kalau nak lagi pedas, tambah banyak..) (serbuk kari dan serbuk cili ni dibancuh dulu dengan sedikit air)
  5. Biarkan sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan air dan masukkan ayam.
  7. Kemudian masukkan kentang.
  8. Bila dah mendidih, masukkan santan. Bila dah masukkan santan, kena sentiasa kacau supaya santan tak pecah supaya masakan nampak menarik
Selamat mencuba!!

Apa-apapun, thank you Pak Andak for cooking for us last night..Lau Kong pon puas hati makan..Kay pon bersenang-lenang main dengan Khadeejah Bella sambil menuggu makan malam yang disediakan oleh Pak Andak..

Sekian.

Gambar yang diambil khas dari periok..muahaha..

1 comment:

  1. Bravo! kalu mcm tu...tuko je bidang plak, Chef Famy!

    Mak Long...

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...