Saturday, February 25, 2012

Suap Makanan Sendiri

Salam..
Kali ni Kay nak kongsikan bagaimana Kay ajar Khadeejah suap makanan sendiri ke dalam mulut..Atau baby weaning..
Hurm..tak susah sangat..
Sebelum tu, kay buat rujukan di Youtube..tengok macam mana baby suap makanan dalam mulut..
Mak Mertua juga ada berpesan supaya, kalau anak tak pandai suap makanan, jangan biasakan dia pegang makanan sebabnya dia akan main main dengan makanan..(which is no good)
Alhamdulillah..Berkat pesan Mak Mertua dan Kay pun strict, Khadeejah Bella tak main-main dengan makanan....
Ok..tak silap Kay masa Khadeejah 8-9 bulan, Kay dah bagi dia pegang makanan (seperti buah dan biskut)..
Sebelum Kay bagi dia makanan, Kay akan bagi Khadeejah cium bau makanan..(Dengan harapan Khadeejah tahu itu adalah makanan dan boleh di makan..Lagi satu Kay nak rangsang supaya Khadeejah terliur dengan makanan dan akan buka mulut..hehehe..berjaya taktik ini..)
Sekarang. Khadeejah sudah 11 bulan..Dan Kay selalu bagi dia makan kurma yang telah dikopek kulit..
Khadeejah sangat suka makan kurma tu..(memang kurma tu sangat sedap..Kay pown suke..hehhe)

Walaupun Khadeejah Bella dah pandai suap makanan sendiri, tapi dia tahu, bila masa dia tak boleh suap sendiri..Iaitu bila Kay nak suap dia makan nasi (dia nampak Kay pegang mangkuk), dia akan buka mulut..sangat behave Khadeejah ini...
Alhamdulillah..walaupun Kay surirumah sepenuh masa, Kay tak biasa kan dia manja sangat..Alhamdulillah..so far Khadeejah behave good..

Thank you Allah...

Sekian..

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...