Thursday, March 1, 2012

Semoga Roh Arwah Nek Mah dicucuri Rahmat

Salam..
Selamat pagi..
Kat Dubai baru pukul 8 pagi..
Pagi ni, Kay dapat berita nenek saudara Kay (Nenek Mah) yang tinggal di Singapura telah meninggal dunia..
Hurm..terus teringat tentang Nek Mah..
Memori yang takkan pernah Kay lupa ialah masa kecik-kecik, kalau Nek Mah datang melawat keluarga Kay, sebelum pulang ke Singapura, Nenek Mah mesti akan bagi duit..
Bukan duit syiling tau, tak main la duit syiling...hehhehe..duit kertas warna merah..Tak silap Kay 10 dollar atau 20 dollar..Dan kalau tak silap, masing-masing dapat duit tau, bukan berkongsi adik-beradik..
Lagi satu kenangan dengan Arwah Nek Mah, ialah beliau hadir di majlis persandingan Kay di JB..
Walaupun sakit lutut (tak silap otot tisu beliau dah haus), Arwah Nek Mah datang juga..Dengan segerombolan saudara-mara dari Singapura..
Kali terakhir Kay dan Lau Kong berjumpa dengan Arwah Nek Mah dan Arwah suami beliau adalah 2 atau 3 tahun lepas..
Kay berjalan-jaalan di Singapore sambil melawat saudara.

Innalillahhi wainna ilaihi roji'un..

Semoga roh Arwah Nek Mah dicucuri rahmat..

p/s: memori kanak-kanak sangat kuat..jadi berbuat baik lah pada kanak-kanak..

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...