Wednesday, April 4, 2012

The Devil Wears Prada

Salam..
Selamat petang..
Sekarang pukul 412petang..
Khadeejah sedang tido jap..Nanti bila dah bangun Kay nak kena mandikan dan buat apa yang patut sebelum Lau Kong balik..(Walid mesti nak anak cantik dan wangi..hehheh)
Haa..Hari ni Kay nak share la pasal tajuk movie di atas..
Movie tersebut merupakan movie yang mempunyai sentimental value kepada Kay dan Lau Kong..
Nak di jadikan kisah..Masa Kay layan Twitter, Dubai One ada tweet..(sila baca di gambar bawah)..
So Kay pon gatal-gatal tangan pi balas tweet tersebut..Tak disangka-sangka pula Dubai One nak tayangkan movie tersebut..
Hehe..Apa-apa pun, thank you Dubai One!!

ps: Hati masih berbunga-bunga sebab tak sangka movie yang di cadangkan oleh Kay akan di tayangkan di Dubai One esok bersamaan 5 April 2012, pada pukul 10 malam..(Kalau Lau Kong bawa balik satu handbag Prada pon ok gak..hikhikhik..)

Sedikit info berkenaan Dubai One:
  1. Merupakan saluran televisyen yang bertempat di Dubai
  2. Merupakan saluran yang berbahasa Inggeris
  3. Antara rancangan yang disiarkan ialah
  • That's Entertainment (Macam Melodi la..Gossip from Hollywood and Bollywood dan apa saja berkaitan dunia hiburan di Dubai ni..)
  • Studio One (Live show macam MHI, WHI..)
  • Out and About (Haa..yang ni Kay suka tengok sebab dalam rancangan ni, dia akan bitau tempat mana yang boleh dilawati, restoran mana yang boleh try test, aktiviti yang boleh dilakukan..dan sebagainya..More towards information..)
  • Emirates New (Ni berita la..)
  • Emirates 24/7 ( Ni live show membincangkan pasal Dubai in terms of economy etc)
Sekian..

Conversation Twitter Kay dan Dubai One

No comments:

Post a Comment

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...